Sunday, June 26, 2016

Insurans Disediakan Majikan Adalah Tak Cukup

Selalu abg dapat rejection daripada mereka yang ada insurans/takaful yang disediakan oleh company (majikan).

"Takpe encik, saya dah ada insurans company."

Klien abg share surat insurans company beliau pada abg. Inilah dia KEKURANGAN perlindungan insuras/takaful daripada company.



1. Bila company tukar operator Insurans/Takaful, tak pasal-pasal SUBJECT TO COOLING PERIOD. Maka apa-apa penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh cooling period adalah TAK COVER. Naye wei.

2. Jumlah coverage hospital sangat kecil.

RM 10k setahun untuk kerani2 biasa
RM 30k setahun untuk exec level
RM 50k setahun untuk managerial level

Mintak maaf cakap, RM 10k, RM 30K, andai kata kena buat pintasan jantung, pembedahan yang kompleks, memang TAK CUKUP. Pembedahan appendiks yang kecil, endometriosis laparscopy pun sudah menelan kos RM 8k - 12k.

3. Company berhak menamatkan benefit insurans/takaful untuk staff pada bila-bila masa sahaja. Jadi bagi staff yang dah claim, ada rekod kemasukan ke hospital, dah ada penyakit, dah TAK LAYAK lagi untuk apply dan terima coverage personal insurans/takaful yang ada di pasaran. Kalau layak pun akan dikenakan syarat tambahan seperti bayaran loading dan pengecualian exclusion.

Itulah realitinya.

Walaupun company dah bagi perlindungan insurans/takaful, tuan/puan MESTI ambil perlindungan sendiri di luar.

Analoginya mudah, jika company beri tuan/puan kemudahan rumah, kereta, adakah tuan/puan tak perlu beli rumah,kereta sendiri ?

Tentunya tuan/puan akan beli harta sendiri kerana apa yang company bagi hanyalah bersifat SEMENTARA dan tidak kekal.

Cuma dalam bab insurans/takaful, tuan/puan hanya layak memohon ketika masih sihat dan tiada rekod penyakit. Jadi cepat-cepat apply perlindungan peribadi selagi masih SIHAT.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D