Friday, June 24, 2016

Infaq Pampasan Manfaat Takaful

Buat pengetahuan semua terutama kepada pemegang sijil takaful MAA Takaful. Anda boleh menginfaqkan sebahagian/semua bahagian pampasan manfaat takaful kematian kepada badan kebajikan berdaftar di Malaysia. 

Proses infaq ini adalah melalui program khas MAA Amanah Trust dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB) di mana selepas berlaku kematian peserta takaful, MAA Takaful akan menyerahkan jumlah pampasan manfaat takaful kematian mengikut jumlah yang telah dipersetujui ketika hayat peserta takaful, kepada Amanah Raya Berhad untuk disampaikan kepada badan kebajikan yang telah dipilih peserta tadi ketika hayatnya.



Abg kongsikan petikan berita berkenaan infaq pampasan takaful MAA Amanah Trust yang telah dibuat oleh seorang arwahyarham.

Arwah telah mencarum MAA Takaful selama 3 tahun dan meninggal dunia kerana komplikasi kanser darah.




Sebanyak 40% daripada wang pampasan takaful iaitu RM 55,145.63 telah diinfaqkan arwah kepada Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah Senawang.

Kalau tuan/puan juga berhasrat untuk infaqkan wang pampasan takaful selepas meninggal dunia, boleh bukak akaun takaful dengan abg. Insyallah kita bukak akaun takaful ni bukan sahaja untuk ikhtiar menghadapi musibah atas dunia, malah juga untuk amal jariah selepas kita tiada. 


Moga-moga Allah menerima niat baik dan amalan kita.

2 comments:

  1. Anak saya pun ada masuk insurans hero Etiqa...kemalangan dh 3 bln...patah kaki n tercabut lutut...x blh claim sbb apa...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. better tuan tanya etiqa, saya bukan agent etiqa, tak tahu benefit apa yang tuan bayar

      Delete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D