Monday, June 6, 2016

Aktiviti Riding Jumpa Klien


Hidup kat KL ni sangat scary untuk frequent traveller takaful consultant macam abang ni. Maunya tak scary, kalau nak jumpa klien on time ikut janji appoinment, kena keluar awal kalau naik kereta. Silap jalan sikit, boleh kena trafic jem, mau lewat appoinment. Tu belum lagi nak kira bayar tol pergi jumpa klien. Tol Elite la, Guthrie la, Duke la, Sprint dan macam-macam tol lagi padahal jarak masing-masing dekat ja pun. Dah sampai kat tempat appoinment, kena cari parking pulak, dah dah sah-sah tengah hari weekday semua parking penuh dan kena la bayar masuk carpark yang berbayar. Ahhh semuanya duit, tu baru nak appoinment aje pun. 

Dan sukacitanya dimaklumkan takaful consultant macam abg ni tak ada mileage claim ye, semua perbelanjaan perjalanan atas tanggungan duit poket sendiri. Takde sesiapa bayar claim perjalanan, tol dan parking. Jadi pada klien yang suka buat cancellation appoinment, memang abang tak layan la nak jumpa next time, because abang nak jumpa next people yang lebih serious.


Jadinya, abang pilih untuk riding aje bila keluar. Tak payah risau kos tol, parking pun senang merata-rata sampai depan pintu office klien, cuma kalau hujan terpaksa duduk bawah jambatan :p

Senang bila riding, nak appoinment jumpa klien, hantar polisi, collect medical claim, hantar request medical report dekat hospital, semua boleh setel dalam masa satu hari.

Agent takaful naik motor je ? Ceh, abang kalau bawak BMW, Merc, abang tak layan la korang takat nak qoutation takaful paling murah, takat RM 100 ke bawah. Buang masa dengan modal abang je. Baik abang layan corporate qoutation, employee medical benefit lagi masyuk. Tapi sebab fikirkan kebaikkan untuk korang, pelan RM 50 pun abang layankan aje. Agent lain buat gelak je weh pelan RM 50 tahun 2016. Huhuhuhu...

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D