Abg nak buat teguran terbuka. Bila kita pertama kali nak berurusan dengan orang tak dikenali melalui telefon
1. Berilah ucapan salam atau ucapan selamat. Sekarang bukan zaman nokia, taip panjang-panjang nanti "some text is missing". Tambahan jika menggunakan Whatsapp/Telegram, satu sen kredit pun tak akan bergerak jika mendoakan salam.
2. Kenalkan diri dulu. Sekurang-kurangnya kenalkan nama ringkas dan dari mana.
Pengalaman abg, orang yang tak kenalkan diri memang TAK BELI/TAK AKAN jumpa abg untuk appoinment takaful.
Yang akan berkekalan dan berpotensi menjadi klien adalah mereka yang kenalkan diri di awal permulaan urusan. Sebabnya kita akan lebih cenderung untuk berurusan dengan orang yang kita dah kenal dan kita percaya pada orang yang kita kenal berbanding anonymous (entah siapa).
Bukan nak bagi sentap kat sesiapa, tapi ubahlah sikap dan adab kita. Kita nak berurusan yang terbaik dengan orang, maka amalkan adab yang baik.
Kalau bab nak minta pertolongan orang, kita punya kalam mukadimah punyalah berbunga, siap tanya "Apa khabar" bagai.
Insyaallah kita baiki adab kita bersama-sama.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D