Thursday, June 30, 2016

Kenapa Takaful Tak Cover Orang Yang Dah SEDIA ADA Penyakit?

Selalunya soalan ini akan ditanya oleh orang yang dah sedia ada penyakit tapi tak dapat nak daftar takaful lagi;

Kenapa Takaful Tak Cover Orang Yang Dah Sedia ADA Penyakit

Komen abg, syarikat takaful BUKAN badan kebajikan. Syarikat takaful selaku pengendali wang caruman peserta takaful, menguruskan duit peserta yang mencarum selama mereka sihat dan adalah sangat TIDAK ADIL bila orang yang dah sakit masuk TERUS HABISKAN duit tabung yang dikumpul oleh peserta yang masuk dalam keadaan sihat.

Perlu diingatkan, duit claim yang dibayar adalah datangnya daripada hasil tabung tabarru' yang disumbangkan oleh setiap peserta takaful. Jadi kalau orang yang dah sedia ada penyakit, kemudian baru ada kesedaran nak daftar, lepas daftar terus pulak nak masuk hospital, sekali claim RM 90,000, agak-agak apa jadi pada tabung tabarru' tadi ? Lingkup la duit peserta-peserta lain yang dah daftar awal-awal masa sihat untuk jamin masa depan mereka ketika sakit. Kan abg dah cakap di awal tadi, takaful bukan badan kebajikan untuk orang yang dah ada penyakit 'tukar' duit kecil menjadi duit besar dalam masa singkat !

Jadi, abg terus terang cakap, kalau dah sakit tak memang tak boleh nak daftar la terutama pelan berkaitan perubatan, elaun hospital. Hanya pelan-pelan tertentu sahaja yang boleh diambil oleh orang yang dah sakit, bergantung pada jenis dan tahap penyakit yang dihidapi. Itu pun abg tak jamin permohonan boleh lulus.


Di posting ini juga abg nak share satu perkongsian dari rakan MAA Takaful, Tuan Sobri Sunan (Add FB beliau di sini) berkenaan maklumbalas seorang abam yang tidak berpuas hati dengan takaful.

Sebenarnya, abam ni duk pertikai kenapa takaful tak terima orang dah sakit. Mungkin abam ni juga terlupa, bukan setakat syarikat takaful menolak permohonan pendaftaran orang sakit, hatta kalau abam ni pergi ke pejabat kebajikan, pejabat zakat sekali pun, abam ni tak akan dapat bantuan kewangan penuh sekalipun memerlukan kos puluhan ribu ringgit. Kenapa tidak abam tu pertikaian bahagian bantuan kewangan tersebut ?

Ha, apa pun kita baca sendiri perkongsian rakan abg di bawah ini;


Ada yg PANAS dengan post saya tentang Takaful dan Tawakkal semalam. Jadi ini lah sms yg saya terima (gambar).





-------------------------------
SOALAN PERTAMA
-------------------------------


Abam ni query kenapa syarikat Takaful tak nak cover orang yg dah ada sakit kritikal kalau dah yakin pada kuasa Allah.

Jawapan saya mudah..

Katakan ahli keluarga / best frend abam disahkan sakit jantung teruk yg tak dapat nak diubati lagi, dan dia nak pinjam RM20,000 untuk belanja sara hidup keluarga. Agaknya abam nak beri pinjam atau tak?

Kalau beri pinjam dan dia meninggal, siapa yg akan bayar hutang tu, betul?
Hutang tu tak kan tiba-tiba dibayar habis walau setinggi mana iman abam kan?

Jadinya..
Sama juga dengan syarikat Takaful.
Yg dah ada sakit kritikal ni berisiko sangat tinggi dan memang akan claim banyak berbanding orang sihat.
Jadi, produk Takaful biasa memang tak boleh apply. Ada produk special lain untuk apply..
Tiada isu keyakinan pada Allah atau tidak.
Disebabkan yakin lah perlu ada Takaful supaya kita lebih bersedia hadapi ujianNya.
Tak ada duit ni abam, iman pun boleh goyah tau.

---------------------------
SOALAN KEDUA
---------------------------

Abam ni cakap kalau syarikat Takaful tak boleh allow orang sakit kritikal untuk ambil polisi, jadi jangan persoalkan orang lain yg yakin dengan ketentuan Allah.

Jawapan saya....

Kami sebagai konsultan, tak pernah pun persoalkan keyakinan abam pada Qada' dan Qadar Tuhan. Bagus tu. Saya pun wajib percaya kerana ianya sebahagian dari Rukun Iman.

Yakin dan bersangka baik pada Allah itu wajib bagi kita orang Muslim. Tapi abam, andai perlu pilih, samada sakit berduit macam biasa atau sakit jatuh miskin susah, mana yg abam mahu??

Haa...tahu pula pilih nak berduit.

Abam, masuk syurga pun kena berusaha beribadah tau. Bukan dok goyang kaki + bersangka baik dan yakin ja terus dapat greenlight boleh masuk. Kalau tak buat ibadah, ke neraka lah kita.

Jadi,
Ibadah itu USAHA kita untuk ke syurga Allah.
Takaful juga USAHA kita untuk hadapi ujian Allah.
Saya tak nampak ada salah dan tipunya..

Wallahualam.. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Takaful For "Dummies"

Takaful For "Dummies"

Penerangan ringkas abg tentang program takaful untuk dummies. Nak tahu lebih lanjut, kena la buat appoinment dengan abg okay.

Takaful atau insurans telah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan seharian. Takaful menawarkan pelan perlindungan & pelaburan komprehensif yang berteraskan kepada nilai² Islam dan mengikut syariah. Takaful bebas dari unsur riba, perjudian dan ketidakpastian.


Kenapa perlu takaful?

Konsepnya sama seperti kenapa anda mengambil takaful atau insurans untuk kenderaan anda seperti motorsikal dan kereta. Tujuannya adalah bagi melindungi harta anda daripada kerugian kewangan yang bakal berlaku dari pelbagai risiko seperti kemalangan, kecurian dan sebagainya.


Akan tetapi, persepsi masyarakat Malaysia terhadap takaful untuk diri sendiri masih di tahap yang rendah. Mereka ini tidak mengetahui bahawa diri mereka adalah lebih bernilai daripada harta benda yang lain dan seharusnya diri mereka perlu mendapat perlindungan takaful.






Apabila sesuatu bencana atau musibah berlaku terhadap diri anda, anda bakal kehilangan perkara yang penting dalam kehidupan anda iaitu PENDAPATAN


Kita perlukan pendapatan untuk menyara kehidupan seharian seperti makan & minum, membayar rumah, kenderaan dan sebagainya. Dalam pada kita menguruskan pendapatan kita, ramai yang terlupa untuk melindungi PUNCA PENDAPATAN itu, itu DIRI empunya badan.

Sekiranya anda meninggal dunia, keluarga anda akan kehilangan 3 perkara:


1) Kehilangan suami / isteri
2) Kehilangan ayah / ibu
3) Kehilangan pendapatan

Anda tidak akan nampak keperluan dan manfaat takaful ketika waktu sekarang. Tetapi anda akan bersyukur kerana anda telah mempunyai pelan perlindungan takaful apabila sampai waktu anda memerlukannya.

Takaful menawarkan perlindungan bagi perkara seperti :

1) Kad rawatan hospital (medical card)
2) Pampasan penyakit kritikal
3) Pampasan tuntuntan kemalangan
4) Pampasan kecacatan kekal
5) Pampasan kematian
6) Khairat kematian





Jangan tunggu sehingga esok kerana anda tidak tahu apakah bencana atau musibah yang bakal menanti di hari esok. Mulakan langkah anda untuk mendapatkan perlindungan & pelaburan shariah sekarang.



Jika terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan, sila jangan malu untuk bertanya. Tak tanya, sesat jalan.


Add facebook di sini 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

MAA Certificate Card & Medical Card


Wow, sangat mengujakan !

Sukacitanya diberitahu kepada semua pelanggan MAA Takaful yang mula mendaftar bermula 1 April 2016, anda akan menerima Certificate Card eksklusif bersama-sama buku sijil takaful anda.

Certificate Card ekslusif ini boleh menjadi alat rujukan pantas anda untuk butiran perlindungan sijil takaful, boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Ianya boleh menjadi bukti pemilikan perlindungan sijil takaful dari MAA, juga untuk memudahkan pendaftaran tuntutan (claim) pada masa akan datang.

Moh ler kita daftar sekarang.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, June 29, 2016

Sikit-Sikit Stop Insurans

Sikit-sikit stop insurans.

Yeah, abg faham dalam hidup ni memang banyak perkara nak pakai duit. Tapi itu bukan alasan untuk kita stopkan insurans.

Nak kahwin, dapat anak, beli rumah, nak pergi bercuti, terus nak stop bayar insurans. Sedangkan insurans atau takaful ini adalah ASAS perlindungan kewangan yang utama.

Terus terang abg cakap, orang kita memang macam ni. Terlalu lemah dalam mengalihkan risiko dan membuat perancangan awal.

Tengok pada bangsa lain. Mereka kaya raya hasil daripada tinggalan perlindungan insurans yang diambil oleh ahli keluarga mereka. Waris mereka yang dapat duit pampasan insurans, mereka bertindak bijak dengan bukak bisnes melalui duit pampasan takaful, modal perniagaan mereka dapat sekaligus tanpa perlu berhutang dengan sesiapa dan mereka menggajikan orang lain untuk buat kerja-kerja melakukan perniagaan mereka.

Mereka yang dapat pampasan insurans, menggunakan wang tersebut untuk hantar anak study oversea tanpa buat hutang langsung.


Berbeza dengan pemikiran orang kita, bila dah terkena penyakit, kalut nak cari insurans. Tengah-tengah malam whatsapp/sms agent tanya nak daftar takaful macam mana. Bila bagitahu dah tak layak nak daftar, mulalah salahkan sana salahkan sini. Lepas tu orang kita salahkan pada takdir bulat-bulat. Sedangkan ikhtiar dan usaha tak dibuat ketika zaman sihat dan senangnya. 

Ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf iaitu kisah 7 tahun subur dan 7 tahun kemarau. Jika tidak keberatan, sila buka Al-Qur'an terjemahan, Surah Yusof, juz 12, ayat 43 hingga 53 dan baca terjemahannya dan cuba fahaminya. Bagi mengetahui intipatinya secara terperinci, rujuklah ustaz, orang alim, ulama', para hafiz untuk mendalami jus yang terkandung di dalamnya. 

Secara ringkasnya, kisah ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu iaitu di zaman Nabi Allah Yusof a.s. Pada ketika itu baginda Nabi Yusof a.s. telah dipenjarakan kerana fitnah Zulaihka. Raja Mesir ketika itu, Al-Aziz telah bermimpi bahawa 7 ekor lembu betina yang gemuk telah ditelan oleh 7 ekor lembu betina yang kurus, 7 biji gandum yang hijau dan 7 biji gandum yang kering, kemudian hujan. Hanya mukjizat Nabi Allah Yusof a.s. sahaja yang boleh mentafsirkan mimpi tersebut iaitu:- 7 tahun yang pertama (kiasan 7 ekor lembu gemuk) adalah 7 tahun yang makmur, bertanamlah dengan sungguh-sungguh, kemudian hasil tuaian itu sedikit digunakan dan banyak disimpan. Akan berlaku 7 tahun kemarau (kiasan 7 ekor lembu kurus) dan semua tanaman mati sehingga habis hasil yang disimpan semasa 7 tahun yang makmur tadi. Kemudian barulah turun hujan dan bermulalah pula 7 tahun yang makmur semula.

Kaitannya dalam kehidupan kita ialah kesenangan yang kita ada sekarang perlulah kita simpan dan beringat untuk waktu kesusahan yang akan datang.

Jadi jom ubah mindset kita dan dengan menyediakan perlindungan kewangan takaful patuh shariah untuk kesenangan waris-waris kita pada masa akan datang.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kemalangan: Bayaran Tuntutan Kematian Kemalangan Pelan Patina2016

Bayaran tuntutan kematian kemalangan pelan Patina2016 MAA Takaful.

Suami beliau beli pelan PATINA216, baru bayar suku tahun RM105, suami meninggal kemalangan motosikal selepas 2 minggu polisi lulus.



MAA telah serahkan pampasan RM 120,000 yang telah dihibahkan kepada isterinya. Walaupun tak banyak mana, sekurangnya boleh isterinya melunaskan hutang piutang dan merancang kehidupan selepas kematian pencari nafkah.

Pelan kemalangan PATINA ini melindungi diri 24jam sesudah lulus je permohonan tau. Renung-renungkan dan boleh daftar dengan abg, okay.

Nah no. 
0134044072 📞📞📞

Abg tak call orang sebab abg bukan telemarketer. Tapi korang yang kena call abg. Haaaaa



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pemohon Takaful Dengan Masalah Darah Tinggi (High Blood)

Sejak akhir-akhir ini beberapa rakan abg yang mohon takaful ditolak atau ditangguh permohonannya. 

Puncanya? 

Bacaan TEKANAN DARAH yang TINGGI

Sekadar nasihat umum . MOHON TAKAFUL SEKARANG sementara anda masih sihat. Walaupun anda rasa tak minat atau tak perlukan, pasangan dan anak anak anda akan perlukan pampasan takaful itu untuk meneruskan kehidupan mereka. 


Walaupun sekarang majikan cover anda dengan skim kelompok, akan tiba masanya anda tak lagi bersama majikan (diberhentikan atau bersara). 

Pada ketika itu anda akan kehilangan coverage dari majikan dan syarikat Takaful BELUM TENTU akan menerima anda kerana kesihatan atau bacaan BMI anda mungkin tak mengizinkan.

Nah abg share sikit kes-kes pemohon takaful yang ada masalah darah tinggi, tapi baru nak daftar masuk takaful.


Ada yang kena loading (bayar lebih daripada orang normal), ada yang kena pengecualian penyakit yang berkaitan darah tinggi dan worst come to worst permohonan terus ditolak (decline). Umur muda-muda pun banyak dah kes darah tinggi. Jadi, penyakit ni dah tak ada diskriminasi, tak kira umur, tak kira siapa pun.

Dapatkan nasihat pakar dari abg.
Demi kesejahteraan hidup anda sekeluarga

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Minyak Zaitun Pencegah Masalah Batu Hempedu (Gallbladder)




Minum satu sudu minyak zaitun pada waktu pagi ketika perut kosong dan juga satu sudu pada waktu malam sebelum tidur boleh mencegah daripada berlaku batu hempedu (gallbladder).

Tapi kalau dah confirm ada batu hempedu, minum sehari sebotol pun belum tentu sembuh.

Begitu juga takaful, ambil sebelum kena. Dah kena, ambil 10 pelan takaful dari 10 syarikat sekali pun satu pun tak boleh guna.

Jagalah kesihatan ketika masih sihat. Dan jangan lupa daftar pelan takaful sekali ya. Ramai orang yang dah sakit beriya-iya nak daftar takaful, siap nak ambil pelan yang paling mahal sekali yang abg offer. Tapi kesian, bukannya boleh apply pun. Sia-sia je abg submit, nanti keluar decline letter.

So, masing-masing pun dah besar. 
Beringat sebelum kena.
Jangan nanti dah terkena teringat-ingat pulak.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Panel Baru Medical Card MAA: Private Wing Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan

Berita baik untuk warga Kelantan.

Medical MAA Takaful kini BOLEH digunakan di private wing Hospital USM Kubang Kerian (juga dikenali sebagai Usains HUSM Executive Health Services).

😍😍😍



Wah wah, panel hospital MAA Takaful semakin berkembang dan kini telah mula diterima di private wing hospital-hospital kerajaan/separa kerajaan. Ini bermakna pemegang Medical Card MAA Takaful boleh mendapatkan rawatan yang lebih luas dan lebih banyak pilihan doktor pakar termasuk doktor pakar di hospital kerajaan/separa kerajaan.

Dan yang paling utama sekali ialah SEMUA KOS PERUBATAN DITANGGUNG oleh Medical Card MAA Takaful tanpa perlu keluarkan belanja perubatan berpuluh ribu ringgit tunai !

Daftar ketika sihat.

Dah tak sihat, baru nak beli medical card ?
Sorry la tak layak dah nak daftar.

Jadi jangan berlengah-lengah dan jangan leka sementara ada kesihatan yang baik, cepat-cepat lock pelaburan kesihatan melalui medical card takaful.

SENARAI HOSPITAL PAKAR DAN HOSPITAL PANEL MAA TAKAFUL


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, June 26, 2016

Takaful Bukan Sekadar Duniawi

Ada orang cakap pampasan takaful ni harta duniawi semata.

Sebenarnya, dengan pampasan takaful kita boleh pilih untuk dekatkan diri dengan Allah. 
Macam mana caranya ?
Andai hilang upaya, dapat RM 200,000, pergilah tunaikan haji tuan/puan dengan duit tu. Ada lebih lagi, infak pada anak-anak yatim dalam Rm 10,000. Apa ada hal ?


Masuk hospital, dapat elaun wad sehari RM 150 contohnya. Nanti bila kita keluar hospital, apa salahnya kita masukkan RM 50 daripada RM 150 elaun yang kita dapat tadi tu dalam tabung masjid. Tanda kita bersyukur pada Allah yang memberikan kesakitan dan juga memberikan kesembuhan pada kita.

Dan andai kita meninggal seawal usia, sebahagian pampasan takaful tersebut (malah keseluruhannya sekali) boleh kita wakafkan kepada badan kebajikan (MAA Takaful uruskan wakaf melalui Amanah Raya Berhad) untuk saham-saham akhirat kita.

Beruntunglah mereka yang dah memiliki takaful dan gunakanlah segala pampasan yang diterima untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

Masih pakai insurans konvensional ?
Berhijrahlah.

Masih belum ada apa-apa takaful ?
Daftar segera!

Bincanglah dengan abg dan rakan-rakan abg.
Insyallah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Adab Memulakan Bicara

Abg nak buat teguran terbuka. Bila kita pertama kali nak berurusan dengan orang tak dikenali melalui telefon


1. Berilah ucapan salam atau ucapan selamat. Sekarang bukan zaman nokia, taip panjang-panjang nanti "some text is missing". Tambahan jika menggunakan Whatsapp/Telegram, satu sen kredit pun tak akan bergerak jika mendoakan salam.

2. Kenalkan diri dulu. Sekurang-kurangnya kenalkan nama ringkas dan dari mana.

Pengalaman abg, orang yang tak kenalkan diri memang TAK BELI/TAK AKAN jumpa abg untuk appoinment takaful. 

Yang akan berkekalan dan berpotensi menjadi klien adalah mereka yang kenalkan diri di awal permulaan urusan. Sebabnya kita akan lebih cenderung untuk berurusan dengan orang yang kita dah kenal dan kita percaya pada orang yang kita kenal berbanding anonymous (entah siapa).

Bukan nak bagi sentap kat sesiapa, tapi ubahlah sikap dan adab kita. Kita nak berurusan yang terbaik dengan orang, maka amalkan adab yang baik.

Kalau bab nak minta pertolongan orang, kita punya kalam mukadimah punyalah berbunga, siap tanya "Apa khabar" bagai.

Insyaallah kita baiki adab kita bersama-sama.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Insurans Disediakan Majikan Adalah Tak Cukup

Selalu abg dapat rejection daripada mereka yang ada insurans/takaful yang disediakan oleh company (majikan).

"Takpe encik, saya dah ada insurans company."

Klien abg share surat insurans company beliau pada abg. Inilah dia KEKURANGAN perlindungan insuras/takaful daripada company.



1. Bila company tukar operator Insurans/Takaful, tak pasal-pasal SUBJECT TO COOLING PERIOD. Maka apa-apa penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh cooling period adalah TAK COVER. Naye wei.

2. Jumlah coverage hospital sangat kecil.

RM 10k setahun untuk kerani2 biasa
RM 30k setahun untuk exec level
RM 50k setahun untuk managerial level

Mintak maaf cakap, RM 10k, RM 30K, andai kata kena buat pintasan jantung, pembedahan yang kompleks, memang TAK CUKUP. Pembedahan appendiks yang kecil, endometriosis laparscopy pun sudah menelan kos RM 8k - 12k.

3. Company berhak menamatkan benefit insurans/takaful untuk staff pada bila-bila masa sahaja. Jadi bagi staff yang dah claim, ada rekod kemasukan ke hospital, dah ada penyakit, dah TAK LAYAK lagi untuk apply dan terima coverage personal insurans/takaful yang ada di pasaran. Kalau layak pun akan dikenakan syarat tambahan seperti bayaran loading dan pengecualian exclusion.

Itulah realitinya.

Walaupun company dah bagi perlindungan insurans/takaful, tuan/puan MESTI ambil perlindungan sendiri di luar.

Analoginya mudah, jika company beri tuan/puan kemudahan rumah, kereta, adakah tuan/puan tak perlu beli rumah,kereta sendiri ?

Tentunya tuan/puan akan beli harta sendiri kerana apa yang company bagi hanyalah bersifat SEMENTARA dan tidak kekal.

Cuma dalam bab insurans/takaful, tuan/puan hanya layak memohon ketika masih sihat dan tiada rekod penyakit. Jadi cepat-cepat apply perlindungan peribadi selagi masih SIHAT.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Isu Claim: Bayar Murah Susah Claim ?

BAYAR MURAH, SUSAH CLAIM?


Ada segelintir ejen Takaful yang pandai-pandai cakap kes Child Protection Plan yang viral beberapa hari lepas kerana tuntutan ditolak, adalah disebabkan bayar murah. 

Bayar murah bukan masalahnya. 

Bayar murah lah bagus. Mana ada orang nak bayar Takaful mahal-mahal walaupun dia seorang ejen? 






Tuntutan kematian anak itu ditolak kerana pelan Child Protection yang diambilnya TIADA FAEDAH kematian ke atas anak. Itu sebabnya tak dapat claim. Bukan sebab bayar murah! 

Ini contoh CHILD PROTECTION PLAN untuk anak perempuan berumur 1 tahun. Bayar murah RM55 je sebulan, tapi kalau anak sakit kritikal, saya akan dibayar TUNAI SEKALIGUS RM200,000

Kalau anak hilang upaya kekal atau meninggal dunia apa jua sebab pun, dibayar TUNAI SEKALIGUS RM200,000. Masuk hospital dibayar elaun harian RM50 (RM1,500 sebulan). Ada khairat kematian lagi RM7,000.


Ini baru CHILD PROTECTION PLAN YANG SEBENAR!

Isu bayar murah susah nak claim, bayar mahal senang nak claim, adalah karut semata.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Takaful Pelan 'Saving'

Ramai orang tertipu dengan agen takaful. Buktinya ialah bila dia tanya

"Saya ambil pelan takaful yang ada SAVING"

"Saya nak cari pelan SAVING"

Abg cakap siap-siap la, hangpa cakap pelan "SAVING", hangpa kena sembelih la.



Mana ada pelan SAVING, dengan nak bayar caj coverage takaful lagi, wakalah fee lagi, lepas tu nak sumbat saving pulak.

Walaupun ada rider Takaful Saver, sejujur dan sebanyak manakah agent tersebut meletakkan rider tersebut dalam polisi yang dinamakan takaful saving ? Rata-ratanya akan allocate caruman kepada regular contribution dan hanya sedikit sahaja di rider Takaful Saver.

Apabila takaful diambil untuk saving, maka caruman yang sepatutnya RM 150, RM 200, akan melonjak naik kepada RM 300, RM 400. Ini kerana setiap item perlindungan ada caj yang perlu dibayar, ianya tidak diberikan secara percuma. Ditambah lagi caj wakalah, hanya sebahagian sahaja wang caruman yang dimasukkan ke dalam ''saving'' atau akaun pelaburan peserta takaful. Maka untuk mewujudkan 'saving' tersebut, hangpa terpaksa bayar caruman lebih mahal lagi bagi membolehkan lebihan yang lebih banyak diperuntukkan ke dalam akaun pelaburan peserta.

Bagi pemegang polisi takaful pelan saving, selepas 2-3 tahun mencarum dan dapat statement takaful, jangan terkejut apabila melihat 'saving' hangpa tidak seperti yang hangpa harapkan.

Lagi sadis, bila berlaku musibah pada pemegang polisi saving, cuma dapat ganti rugi pampasan setakat RM 20k, RM 30k. Nak bayar hutang pun tak cukup weh, apa lagi nak cerita family survival dengan amaun banyak tu pada tahun-tahun mendatang.

"Saya bayar mahal, beratus-ratus setiap bulan, ini aja saya dapat dari takaful ?"

Abg tegaskan setegas-tegasnya, takaful BUKAN INSTRUMENT SIMPANAN. Ianya adalah instrument perlindungan (protection) untuk musibah kehidupan dan melindungi kepentingan kewangan ahli keluarga kita pada saat musibah menimpa.

Polisi takaful mana yang hangpa akan pilih ?

A. Bayar RM 150
  • Perlindungan hibah kematian/hilang upaya RM 500,000
  • Tiada simpanan

B. Bayar RM 150
  • Perlindungan hibah kematian/hilang upaya RM 30,000
  • Anggaran simpanan tahun ke-10 sebanyak RM 8,000

Bayaran yang sama, tetapi jumlah manfaat yang berlainan. Jika Encik A sebagai pemegang polisi ditimpa kemalangan hilang upaya, apakah polisi B mampu menyelesaikan masalah kewangan beliau ?

Jika beliau ambil polisi A, RM 500,000 boleh bertahan selama 10 tahun malah jika dilaburkan semula, ianya boleh menjana pendapatan berterusan untuk Encik A meneruskan kehidupan tanpa bekerja, menyelesaikan hutang-piutang yang bersangkutan, malah jika diizinkan Allah, Encik A boleh terus menunaikan haji dengan wang takaful tersebut.

Renung-renungkan dan buka minda hangpa. Jangan tertipu dengan istilah 'saving' dalam pelan takaful. Utamakan jumlah COVERAGE hangpa.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pinjaman Perubatan: Bank Rakyat dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN)

Pinjaman Perubatan

Bank Rakyat dan Institut Jantung Negara (IJN) telah menjalinkan kerjasama strategik dalam industri perbankan dengan menawarkan pinjaman perubatan bagi pesakit yang dirawat di IJN. Petikan penuh berita di link ini.



Kebaikan:

1. Memberi dana perubatan segera. Kaunter khas dibuka di IJN dan Bank Rakyat terus bayar kepada IJN agar rawatan/pembedahan dapat segera dijalankan.

Keburukan:

1. Keluar sahaja dari hospital, pesakit/waris keluar bersama-sama hutang bank iaitu kos rawatan + 3.91% selama 10 tahun pinjaman.

Inisiatif Bank Rakyat & IJN ni bukanlah tak baik. Ianya baik dan boleh membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera.

TAPI seboleh-bolehnya, semasa kita sihat dan mampu bekerja ni, kita ambillah takaful perubatan. Janganlah sampai kita terpaksa berhutang apabila sakit nanti kerana kemampuan kita untuk bekerja dan membayar semula hutang selepas sakit pastinya dah tak sama seperti masa kita sihat.

Andaikan kita ambil pinjaman perubatan sebanyak RM 50,000 untuk pintasan jantung, maka untuk tempoh 10 tahun kita perlu membayar semula kepada bank sebanyak RM 504.09. Sudah tentu hutang baru ini akan menambah beban kewangan dalam hidup kita.


Alternatif dan ikhtiar yang boleh kita buat supaya kita TAK PERLU BERHUTANG pada masa akan datang ialah dengan membuat persiapan melalui caruman takaful.

Kaunter khas Insurans/Takaful juga ada dibuka di IJN, tak perlu buat pinjaman, hanya perlu tunjukkan Kad Hospital (Medical Card) anda sahaja.

Dana perubatan RM 100,000 setiap tahun
melalui medical card takaful

Umur 22-29 : Bulanan RM 90
Umur 30 - 39 : Bulanan 92
Umur 40-49 : Bulanan 130
Umur 50 - 54 : Bulanan 153

Info Pendaftaran Medical Card
013.404.4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Isu Claim: Jawapan Isu Viral Claim CIMB Aviva

Minggu ni kecoh sana-sini berkenaan dengan satu posting yang telah menjadi viral pasal tuduhan takaful (CIMB Aviva) tipu tak bayar claim. Ceritanya seperti abg screenshot bawah ni:







Berdasarkan screenshot dan posting tuduhan takaful tipu ini, ini adalah respon dan komen abg.

•Takaful Tidak Menipu•


Sila baca betul-betul.




Merujuk posting yang sedang viral berkenaan tuduhan takaful menipu tidak membayar tuntutan kematian anak seorang pemandu lori, hasil daripada semakan abg di polisi takaful beliau ialah;


◘ Tiada bayaran manfaat kematian 
untuk orang dilindungi ◘


Manfaat yang dibayar untuk RM 48 tersebut abg senaraikan dan ringkaskan seperti berikut:


Nama pelan: Takaful Child Protector Plan
Jenis Plan: Medical & Health Takaful


Ringkasan manfaat

1. Bayaran jika anak menghidap juvenil kritikal ilness - RM 20k

2. Bayaran hilang upaya keseluruhan juvenil - RM 20k

3. Elaun harian hospital - RM 100 sehari / ICU RM 300 sehari


Ok yang no 4 ni baca betul-betul

4. Manfaat kematian (anak kepada peserta/participant child) - Jumlah akaun individu peserta DITOLAK dengan apa-apa amaun tertunggak jika ada. Jumlah akaun individu ni adalah akaun yang selalu orang duk kata "simpanan @ cash value" takaful.


Maka, berdasarkan cerita yang telah diviralkan, CIMB Aviva hanya membayar kembali ''simpanan @ cash value'' kerana sekali lagi abg highlightkan bahawa pelan yang diambil TIADA MANFAAT KEMATIAN untuk anak beliau (person covered).


Jadi di mana telah berlaku penipuan?

Kat mana yang takaful telah tipu?

Bagaimana takaful hendak membayar manfaat yang tidak tertulis di dalam polisi takaful beliau?


Maka tuduhan yang mengatakan takaful telah menipu adalah tidak benar sama sekali.

Dalam hal ni, kemungkinan peserta sendiri TIDAK MENGETAHUI manfaat yang telah dibayar dan merasakan amaun RM 48 yang dibayar COVER SEGALA-GALANYA.


Abg tak salahkan peserta tersebut kerana sebagai orang biasa yang bukan ahli dalam bidang ini, mereka tak tahu apa-apa. Anggapan mereka, bila dah bayar takaful semua benda cover.


Sedangkan hakikatnya TIDAK semua dicover.

Kerana apa yang dibayar segala-galanya termaktub dan tertulis JENIS MANFAAT dan JUMLAH MANFAATNYA di dalam polisi berdasarkan jenis PELAN PERLINDUNGAN masing-masing.


5. Kepada yang viralkan dan sibuk kata takaful tipu, anda tidak memahami polisi yang telah diambil. Silap hari bulan, anda punya polisi cover apa pun anda tak tahu, cuma anda akan tahu bila nak claim, tiba-tiba tak boleh sebab tak cover.


Jadi bacalah kontrak bertulis masing-masing dan hentikan viral perkara yang anda sendiri tidak pasti ceritanya.


6. Di atas kes ini, abg cadangkan CIMB Aviva atau SUN LIFE Takaful membuat satu bayaran khas Ex-Gratia (special payments where there is no legal obligation to pay) kepada peserta tersebut.


7. Sekiranya polisi ini diambil melalui panggilan telefon/telemarketing or whatsoever, abg menggesa Bank Negara Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan segala-gala persatuan yang ada mengkaji semula penjualan insurans melalui panggilan telefon. Kerana ianya lebih banyak mengundang persepsi negatif dan memburukkan lagi industri takaful insurans di Malaysia.


8. Kebanyakkan orang ambil takaful sebab ada 'SIMPANAN'. Dey, takaful BUKAN instrument simpanan, bayar 5-6 tahun tak ada simpan banyak mana dalam takaful.


Jika agen takaful anda bercerita takaful adalah SIMPANAN, sila semak cash value masing-masing dan tunjukkan berapa puluh ribu simpanan telah dikumpul kerana dalam takaful perkara yang paling penting adalah BENEFIT/COVERAGE.


9. Usahlah diviralkan lagi kisah tersebut kerana sudah jelas tiada manfaat untuk dituntut atas insiden tersebut dan tuduhan yang dilemparkan juga tidak benar. Sebaiknya, kita tunggu jawapan rasmi daripada CIMB Aviva atau SUN Life takaful. 

Dan juga marilah kita bersama-sama hadiahkan doa serta al-Fatihah kepada adik Wawa, bagi yang berkempuan boleh sama-sama kita menghulurkan bantuan kewangan di bulan mulia ini.

===============

Harap posting ringkas abg ni dapat menjelaskan beberapa kekalutan yang mengatakan takaful tipu.

Belajarlah membaca kontrak polisi.
Kalau tak tahu dan tak faham, ramai ahli takaful boleh bantu review kontrak polisi dan beri nasihat secara percuma.

Masalahnya cuma pada kita. 
Kita bersikap ego dan poyo.

Dah jadi macam ni, kita nak viralkan atas legality, morality, tapi sebaliknya bangsa-bangsa lain melihat stupidity pada bangsa kita.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, June 24, 2016

Infaq Pampasan Manfaat Takaful

Buat pengetahuan semua terutama kepada pemegang sijil takaful MAA Takaful. Anda boleh menginfaqkan sebahagian/semua bahagian pampasan manfaat takaful kematian kepada badan kebajikan berdaftar di Malaysia. 

Proses infaq ini adalah melalui program khas MAA Amanah Trust dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB) di mana selepas berlaku kematian peserta takaful, MAA Takaful akan menyerahkan jumlah pampasan manfaat takaful kematian mengikut jumlah yang telah dipersetujui ketika hayat peserta takaful, kepada Amanah Raya Berhad untuk disampaikan kepada badan kebajikan yang telah dipilih peserta tadi ketika hayatnya.



Abg kongsikan petikan berita berkenaan infaq pampasan takaful MAA Amanah Trust yang telah dibuat oleh seorang arwahyarham.

Arwah telah mencarum MAA Takaful selama 3 tahun dan meninggal dunia kerana komplikasi kanser darah.




Sebanyak 40% daripada wang pampasan takaful iaitu RM 55,145.63 telah diinfaqkan arwah kepada Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah Senawang.

Kalau tuan/puan juga berhasrat untuk infaqkan wang pampasan takaful selepas meninggal dunia, boleh bukak akaun takaful dengan abg. Insyallah kita bukak akaun takaful ni bukan sahaja untuk ikhtiar menghadapi musibah atas dunia, malah juga untuk amal jariah selepas kita tiada. 


Moga-moga Allah menerima niat baik dan amalan kita.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, June 22, 2016

Bankrap Dalam 1 Hari

Nak senang punyalah susah.
Tapi nak bankrap hanya dalam masa 1 hari sahaja.



Andai terpaksa menjalani pembedahan jantung dengan kos anggaran awal sebanyak Rm 50,000. Jadi anda sebagai pesakit dan waris anda perlu sediakan deposit CASH Rm 45,000. Banyak tuuuuu (cakap dengan muncung-muncung sekali ke depan)....

Jangan duk perlekehkan kepentingan pelan takaful. Kos perubatan bukan perkara main-main.

Ada yang boleh bangkrap hanya dalam sehari. Dan realitinya ada juga yang terpaksa menjual rumah dan jual kereta hanya untuk 1 pembedahan.

Bila terkena batang hidung sendiri, usah lagi salahkan orang lain atas kedegilan dan kecuaian diri sendiri semasa sihat. Sikap kita pada masa senang kadangkala mengundang keburukan untuk diri sendiri pada masa susah.

Lihat perbezaannya,

Tak ada takaful, deposit Rm 45,000. Bergolok bergadai habis untuk kumpul Rm 45,000.

Ada takaful, boleh deposit Rm 400 sahaja, itu pun refundable apabila discharge.


Abg dah pesan na...

Kebajikan diri tanggungjawab sendiri. Maka beringatlah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Persiapan Khas Isteri

Sayang isteri ?


Siapa tak sayang isteri sendiri kan. 


Cumanya adakah kita dah buat persiapan yang sewajarnya andai kata isteri kita ditimpa masalah penyakit ? Maklum sajalah golongan perempuan adalah insan yang banyak terdedah kepada macam-macam jenis penyakit.

Kalau kita lalai dalam buat persiapan untuk isteri kita, andai isteri kita ditimpa penyakit sangat dibimbangi kita jadi buntu nak cari sumber kewangan untuk tampung penyakit isteri kita nanti. Bila otak dah buntu ni, macam-macam hal boleh jadi. Berhutang sana sini, lupa tanggungjawab lain, macam-macam lagilah.

Penyakit wanita kebanyakkannya BERKOS TINGGI. Paling kurang RM 5-6 ribu mesti habis. Bagi penyakit seperti kanser pulak, kalau kena RM 50-60 ribu, cuma tambah angka kosong aja dalam bil, BUNTU jadinya nanti.

Jadi abg ajak para suami semua buat persiapan awal dengan buat pelaburan kesihatan untuk apa-apa kejadian tidak diingini.


Medical card ISTERI lingkungan umur dari 22 sehingga 39 tahun.


Cover RM 100,000 setiap tahun
Panel 101 hospital terkemuka 
(KPJ, Pantai, Colombia Asia Prince Court etc)
Premium bulanan RM 90 sahaja
Tak ada claim, lepas diskaun jadi RM 70 



PLEASE, kalau anda berkira RM 90 sebulan untuk isteri anda, apakah anda mampu menyediakan RM 90,000 sekaligus jika isteri anda ditimpa penyakit terutama penyakit khusus gender wanita seperti kanser servik, kanser payudara, fibrosis, endometriosis, ovarian cyst dan lain-lain.

Sometime, untuk suami perokok, anda sanggup habiskan sebulan RM 200 hanya untuk penuhi badan dengan asap beracun dan nikotin. Bagi yang kaki motor pulak, sanggup habis RM 2k-3k untuk modified kenderaan masing-masing.

Bila sampai kepada kebajikan dan penjagaan kesihatan untuk isteri, anda kata mahal ? Tak berbaloi ? Adoyai cik abg. 




Dapat suami yang berkira ?

Tak ada pilihan lain melainkan si isteri sendiri perlu daftar medical card untuk melindungi kebajikan diri sendiri.

Saat suami sakit, kebanyakkan isteri akan berada susah-senang bersama suami. Saat isteri sakit, kebanyakkan suami akan mengeluh dan cari yang lain.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus