Wednesday, May 4, 2016

Pelan Takaful Kanser Awal

Pelan Cancer Care MAA Takaful


Pelan Cancer Care MAA Takaful adalah satu pelan khas yang membayar manfaat kanser awal kepada pemilik sijil Cancer Care. 

Berbeza dengan manfaat penyakit kritikal, yang mana untuk manfaat penyakit kritikal hanya dibayar apabila penghidap telah memenuhi keterangan penyakit kritikal seperti yang disenaraikan di Senarai 36 Penyakit Kritikal MAA Takaful. Sijil takaful bagi manfaat penyakit kritikal TIDAK MEMBAYAR kepada pemilik sijil bagi kanser awal atau Carsinoma In Situ (CIS).

Jadi Pelan Cancer Care ini adalah PELAN PELENGKAP kepada pelan takaful yang lain (medical card , pelan penyakit kritikal, pelan kemalangan). Dalam takaful ni memang banyak pelan dan setiap manfaat pelan adalah berbeza-beza mengikut objektif serta keperluan perlindungan pesertanya. Nak pilih pelan yang betul, kena jumpa dan bincang dengan agent atau konsultan takaful (dah nama pun consultant kan seharusnya ada perbincangan problem-solving).

Terdapat 7 pilihan bagi Pelan Cancer Care MAA Takaful seperti di jadual ini. Bermula dengan pelan paling rendah iaitu pelan 1 dengan jumlah perlindungan kanser RM 25,000 sehingga pelan 7 dengan jumlah perlindungan kanser RM 500,000.



Kadar Caruman


Kadar caruman tahunan bagi pelan ini adalah seperti jadual di bawah. Kadar caruman untuk lelaki lebih rendah berbanding kadar caruman perempuan disebabkan faktor gender yang mempengaruhi risiko penyakit kanser ini lebih cenderung kepada golongan perempuan.

Jadual caruman yang ditunjukkan adalah bermula untuk pelan 2 (RM 50,000), 4 (RM 100,000) & 5 (RM 200,000). Pelan 1 (RM 25,000) abg tak jual kerana tak relevan pun amaun perlindungan sebanyak tu pada zaman sekarang. Kanser apa yang kosnya bawah RM 25,000 sekarang ? 



Adalah tak berbaloi untuk abg promote pelan 1 sedangkan tujuan pelan ini adalah supaya pemilik sijil takaful yang menghidap kanser dapat jumlah tunai untuk buat apa-apa rawatan awal menyekat perkembangan kanser awal. RM 25,000 satu amaun yang sangat kecil untuk tampung perbelanjaan rawatan kanser yang mahal.

Paling kurang pelan kanser yang sepatutnya diambil RM 100,000. Tapi disebabkan caruman tahunan pelan kanser yang tinggi (berkadaran dengan risiko pesakit kanser di Malaysia), maka abg buka juga pelan RM 50,000.



Siapa Yang Perlu Daftar Pelan Cancer Care Ini ?



1. Golongan wanita. Kerana risiko wanita mendapat penyakit kanser adalah amat tinggi.

2. Golongan yang ahli keluarganya pernah mempunyai sejarah kanser.



Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan ni, silalah contact abg ya. Adalah hampir mustahil abg nak cerita A-Z dalam bentuk penulisan kat sini. Oleh sebab itu syarikat takaful melantik dan memerlukan agent-agent takaful macam abg untuk memberi penjelasan yang betul untuk produk takaful yang ditawarkan.

Juga untuk mendapat susunan keutamaan pelan takaful yang betul, digalakkan untuk berhubung dengan abg. 

Kadang-kadang disebabkan rasa diri tu lebih pandai dari agent, tuan/puan membeli pelan yang SALAH (contohnya beli pelan kemalangan semata-mata yang tak cover elaun hospital harian akibat penyakit yang hanya ada dalam pelan life takaful). Lepas tu meroyan tak boleh claim sebab salah pelan dan salah benefit. Deep kan ...


No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D