Friday, May 6, 2016

Merancang Kematian: Pengurusan Hutang

Kita semua akan meninggalkan dunia ini. Maka rancanglah peninggalan kita dengan sebaik-baiknya dari aspek PENGURUSAN HUTANG.

Hutang adalah perkara UTAMA perlu diselesaikan apabila seorang manusia meninggal dunia. Terdapat hadis yang menceritakan keutamaan menyelesaikan hutang si mati, juga ada diceritakan Rasulullah tidak mahu solat jenazah yang berhutang sehingga ada waris si mati tampil menanggung hutang piutang si mati.


Persoalan ini perlu diselesaikan sementara kita masih hidup.

  • Apa hutang atas muka bumi yang kita dah buat.
  • Berapa jumlah hutang yang kita tinggalkan. 
  • Siapa waris kita yang perlu tahu dan bantu jelaskan hutang kita.
  • Bagaimana cara untuk waris selesaikan hutang kita. 

Salah satu ikhtiar menyelesaikan hutang apabila meninggal dunia ialah melalui penyertaan takaful.

1. Apabila berhutang, pastikan hutang itu dilindungi takaful (kebiasaannya pinjaman PERIBADI di bank akan dimasukkan sekali caj perlindungan takaful - term takaful).

2. Membuat satu polisi takaful Income Replacement untuk pewarisan harta dan penyelesaian hutang oleh waris. Dengan syarat polisi takaful anda bukan setakat coverage RM 30,000, RM 50,000. Ianya tak cukup untuk penjelasan hutang dan penyambungan kehidupan waris.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D