Post kali ni abg nak cerita pelan kad hospital @ medical card MAA Takaful, Medica2015. Medical card Medica2015 ni adalah pelan medical card standalone. Bermakna anda boleh ambil medical card tanpa perlu attach dengan takaful hayat. Maka anda bayar caruman MURAH & PURE PROTECTION.
Terdapat 6 pilihan pelan medical card card Medica2015. Bermula dari pelan P150 dengan had tahunan RM 50,000 sehingga pelan P1000 dengan had tahunan RM 500,000.
Medica2015 TIADA HAD seumur hidup (no lifetime limit). Maksudnya jika anda ambil pelan P150 dengan had tahun RM 50,000, setiap tahun boleh guna medical card RM 50,000 sampai anda mencapai usia 80 tahun. Katalah tahun 2016 anda guna medical card RM 40,000, maka baki boleh guna tahun 2016 ialah RM 10,000. Tahun depan 2017 limit direset semula dan boleh guna RM 50,000 untuk tahun 2017. Begitulah untuk tahun-tahun seterusnya. Kad ini tiada limit seperti syarikat takaful lain yang meletakkan limit seumur hidup sebanyak RM 600,000 dan lain-lain amaun.
Jom tengok Jadual Manfaat medical card Medica2015 ni:
Senarai Hospital Panel MAA Takaful (101 Hospital @ 10 Mei 2016):
Okay tentu anda nak tahu berapa caruman bulannya medical card ni. Medica2015 ada diskaun NCD 20% jika tiada tuntutan selepas 12 bulan polisi medical card. Jadi untuk caruman P150, P250 dan P300 boleh rujuk jadual di bawah untuk tengok caruman tahun permulaan (kolum tanpa NCD) dan caruman tahun berikutnya bila tiada claim (kolum dengan NCD). Untuk pelan atas P300 boleh whatsapp abg untuk info caruman, abg tak letak sini sebab tak nak bagi pening kepala banyak-banyak kolum, nanti anda jugak tak faham nak baca.
Saja nak bagi tahu, medical card Medica2015 ni tiada klausa Portfolio Withdrawal (PWC) dan ianya adalah GUARANTEED RENEWAL. Maksudnya di sini, kalau anda dah buat claim besar, MAA Takaful tak akan halang anda untuk terus renew medical card anda setiap tahun dan tidak akan sama sekali membatalkan polisi medical card anda kerana MAA Takaful menggunakan NON-CANCELLABLE CLAUSE. Klausa ini SANGAT PENTING untuk menjamin medical card anda sentiasa boleh digunakan tanpa penarikan semula oleh syarikat takaful.
Pembatalan medical card Medica2015 anda hanya akan berlaku dalam 4 keadaan iaitu;
Pembatalan medical card Medica2015 anda hanya akan berlaku dalam 4 keadaan iaitu;
1. Anda tidak membayar caruman. Dah tak bayar, nak cover macam mana lagi kan.
2. Berlaku penipuan, salah nyata dalam permohonan anda. Contohnya dah ada penyakit itu ini, tapi tak declare masa memohon sebab nak ambil kesempatan guna medical card. Bayar sikit, claim nak terus banyak (changing small money to become big money).
3. Anda sendiri memohon untuk pembatalan.
4. Umur anda mencapai usia maksima perlindungan 80 tahun.
Okay itu saja abg nak share tentang produk medical card Medica2015 MAA Takaful. Ada apa-apa persoalan boleh tanya melalui komen atau whatsapp terus 013.404.4072. Kalau boleh kenalkan sikit diri tu dulu bila whatsapp ya. Peace.
Tuan.. sedikit pertanyaan tentang ncd. Jika pelanggan telah mencarum lebih 12 bulan dan telah layak terima ncd,pada bulan ke 15 pelanggan lupa utk buat byran dan polisi luput, utk hidupkan semula, adakah pelanggan masih layak terima ncd?
ReplyDeleteTuan irwan, jika polisi telah luput dah hidupkan semula, maka NCD yang diterima tidak lagi sah. Perlu mula bayar caruman tanpa NCD.
DeleteTuan.. sedikit pertanyaan tentang ncd. Jika pelanggan telah mencarum lebih 12 bulan dan telah layak terima ncd,pada bulan ke 15 pelanggan lupa utk buat byran dan polisi luput, utk hidupkan semula, adakah pelanggan masih layak terima ncd?
ReplyDeleteSalam. Nk tnye skit. Maa cover x klau untuk pesakit luar. Tak masuk wad.
ReplyDeleteWasalam. Pesakit luar hanya untuk kes kemalangan, fisioterapi kemalangan, fisioterapi dan radioterapi kanser sahaja.
DeleteAssalamualaikum tuan..maaf tumpang bertanya..adakah caruman bulanan medical card stand alone ini akan meningkat seiring dgn peningkatan usia atau caruman terus kekal sehingga usia 80 tahun?
ReplyDeleteWsalam. Caruman meningkat mengikut lingkungan umur peserta.
Delete