Tuesday, May 3, 2016

Beli Takaful Rosak Akidah ?

Kekadang abg jumpa orang yang tak nak beli takaful, atas alasan agama seperti tak mahu bergantung nasib pada takaful. Takut nanti rosak akidah, bergantung pada selain dari Tuhan, katanya.

Lalu abg bertanya...

Abg: "Encik bekerja ke setiap hari?"

Klien: "Mestilah..."

Abg: "Kenapa Encik bekerja teruk-teruk, keluar pagi, balik petang setiap hari?"

Klien: "Eh! Saya ni ketua keluarga. Kena la cari rezeki untuk sara hidup isteri dan anak-anak saya!"


Abg: "Betul cakap Encik. Encik bekerja, sebab nak cari duit, untuk tanggung sara hidup encik dan keluarga. Itulah yang dinamakan USAHA YANG SUNGGUH-SUNGGUH Encik. Apa jadi kalau Encik tak bekerja, tapi serah bulat-bulat pada Tuhan?" 

Tanya abg untuk menguji dia..

Klien: "Err... betul jugak tu, Nak tak nak, saya memang kena kerja jugak, untuk cari duit untuk keluarga. Tak buat apa-apa, doa saja, bukan usaha yang dituntut oleh Islam."

"Hahhh! Faham pun Encik!" Abg masuk mencelah.

"Tapi kalau Encik tak boleh bekerja selama-lamanya, BAGAIMANA? Contoh kalau Encik sakit teruk berpanjangan, sampai hilang keupayaan untuk bekerja?"

Nauzubillah.. mintak dijauhkan, katanya.

"Mintak atau doa saja, tanpa usaha yang sungguh-sungguh, tak akan selesaikan masalah Encik kalau musibah itu berlaku. 

Sebab itu diwujudkan Takaful, Encik. Sebagai persediaan awal kita menghadapi sesuatu musibah. Takaful boleh GANTI-SEMULA INCOME kita yang hilang bila ditimpa bencana musibah sebegitu. Takaful itulah cara usaha sungguh-sungguh yang paling berkesan berbanding cara-cara lain".

Kita ikhtiar dulu sungguh-sungguh, dengan ambil pelan takaful. Qada dan qadar ketentuan yang terjadi, selebihnya kita berserah pada Allah.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D