Thursday, May 12, 2016

Takaful Tidak Seharusnya Menjadi Bebanan





Takaful tidak seharusnya menjadi beban untuk anda jika anda pandai membuat pilihan mengikut keperluan yang betul.

Coverage yang sama. 
Perlindungan yang sama.
Mengapa bayar lebih ?

MAA Takaful sangat digeruni oleh pesaingnya kerana mampu menawarkan jumlah PERLINDUNGAN BESAR pada caruman yang sangat kompetitif. 

Tuan/Puan boleh review polisi sedia ada tuan/puan dan bandingkan dengan apa yang boleh ditawarkan oleh MAA Takaful untuk tuan/puan lihat sendiri.

Konsultan takaful telah dilatih bagi memberi khidmat nasihat dalam membuat pilihan pelan takaful yang betul mengikut KEPERLUAN, bukan menekan pelanggan mengikut KOMISYEN. Jika bayaran takaful menjadi beban pada tuan/puan, mungkin ada yang tak kena dengan pelan yang disertai iaitu kurangnya FACT FINDING oleh konsultan takaful.

Fact Finding adalah proses pencarian fakta oleh konsultan takaful dalam menyediakan pelan solusi perlindungan takaful. Antara maklumat dalam fact finding yang biasa ditanya ialah maklumat pendapatan, hutang piutang, jumlah tanggungan dan lain-lain lagi yang penting untuk penilaian kewangan pelanggan.




Perubahan Mod Bayaran Medical Card MAA Pelan Terendah (M150): Bulanan Kepada Tahunan

Effective 1 Jun 2016, MAA Takaful mengambil langkah mengenakan bayaran TAHUNAN kepada pemohon medical card pelan terendah (M150: Coverage tahunan 50,000 R&B 150).




Sesiapa yang nak mohon medical card pelan terendah ini dengan bayaran BULANAN, mesti mohon sebelum 30 Mei ini.

Kadar bulanan mengikut umur, sebelum NCD & selepas NCD


0 - 5 tahun : Rm106/Rm85 - Lepas 1 Jun: Rm 1,102
6 - 15 tahun : Rm 44/Rm36 - Lepas 1 Jun: Rm 462
6 - 21 tahun : Rm 85/Rm69 - Lepas 1 Jun: Rm 856
22 - 29 tahun : Rm 69/Rm56 - Lepas 1 Jun: Rm 698
30 - 39 tahun : Rm 71/Rm57 - Lepas 1 Jun: Rm 711

Jadi, bagi tuan/puan yang berhajat untuk mendapatkan medical card dengan bayaran TERENDAH & dengan mod bulanan, sila buat pendaftaran segera sebelum 30 Mei 2016.

Selepas ini bayaran bulanan hanya untuk pelan yang lebih atas dari M150 sahaja.

Anak 12 Tahun Ganti Tugas Ayah

Setiap suami bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Dan daripada gaji suami tersebut, bergantungnya kehidupan sara diri ahli keluarganya yang mungkin terdiri daripada isteri, anak-anak kecil, ibu bapa di kampung, atau adik-beradik yang masih belajar.

Jika ditakdirkan berlaku kematian awal kerana penyakit, kemalangan, mati mengejut (semuanya hanya PENYEBAB sahaja, apabila telah tiba saat kematian seseorang manusia, ianya tidak boleh ditahan, ditunda atau ditangguhkan lagi), maka terhentilah aliran pendapatan untuk ahli keluarga yang bergantung hidup pada pendapatan si suami tadi.


Kita sama sekali TAK BOLEH elak kematian. Tetapi kita boleh merancang kematian kita supaya tidak memberi kesan kewangan kepada kehidupan ahli keluarga yang kita tinggalkan. Sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang anak lelaki;

◘ Tak mungkin kita sanggup melihat isteri kita kerja siang malam menyara kehidupan keluarga.

◘ Tak mungkin kita sanggup melihat anak-anak kita bersekolah dalam keadaan yang tidak sempurna keperluan asas mereka.

◘ Tak mungkin kita sanggup melihat ibu bapa kita menghabiskan sisa usia mereka dengan mengharapkan ihsan jiran tetangga.

Indahnya Ikhtiar Takaful itu untuk mereka yang memahami PERANCANGAN KEWANGAN dan PERANCANGAN KEMATIAN. Sebolehnya ambillah pelan takaful supaya anak-anak kita tak perlu ganti tugas kita jika telah ditakdirkan kita pergi terlebih dahulu.

Apa yang terjadi pada orang lain sebenarnya adalah muhasabah dan pengajaran buat diri kita sendiri.

Wednesday, May 11, 2016

Rumah Dilelong Kerana Peminjam Kemalangan Hilang Upaya

Kejam gila bank ni. 

Owner hilang upaya Jun 2015.
La ni baru Mei 2016.

Tak cukup setahun lagi, tapi bank dah lelong rumah semasa owner terlantar di hospital.






Semak loan masing-masing whether policy takaful pinjaman perumahan masing-masing melindungi amaun pinjaman apabila peminjam ditimpa penyakit kritikal dan hilang keupayaan keseluruhan.



Baca posting asal disini [Klik Sini]

Tabung Duit Biru

Apabila kita ditimpa sakit, kita terpaksa tanggung perbelanjaan perubatan yang tak pernah kita masukkan dalam senarai perbelanjaan bulanan.

Bil elektrik, bil air, sewa rumah, pinjaman bank, pinjaman ASB, semuanya tidak akan memberikan IHSAN PENGECUALIAN bayaran apabila anda tidak mampu membuat pembayaran kerana habis duit untuk belanja perubatan.


Cukup tiga bulan anda tak bayar, elektrik, air dipotong, mana yang bersangkut dengan bank, sampai la surat tuntutan mahkamah. Kalau ada Court Mammoth, lagi haru, tambah lagi ugutan nak sita rumah dan sebagainya.

Sekarang ni cara yang paling baik untuk jamin masa depan tuan/puan ialah dengan memasukkan perbelanjaan perubatan ke dalam senarai perbelanjaan bulanan ketika masih sihat melalui caruman Takaful. 

Tak perlu asingkan banyak pun, sehari RM 3 dah cukup tuan/puan.

Ya, sehari RM 3.
Buat tabung 'biru'.
Cukup sebulan, masukkan sebagai caruman Takaful.

Tuan/puan boleh berhabis RM 30 sehari,
Abg cuma mintak simpan RM 3 je sehari untuk kebajikan diri tuan/puan sendiri. 


Kalau susah jugak, tak tahu la abg nak cakap apa. Sendiri mahu beringatlah ya. Biar susah sikit sekarang supaya tak susah lebih teruk pada masa akan datang.

Jin Qorin Kembar Kepada Manusia

Setiap manusia dilahirkan bersama kembarnya iaitu jin Qorin. Tugas jin Qorin ni adalah menghasut diri kita untuk melakukan dosa dan kemungkaran, mendatangkan perasaan was-was dalam ibadat.

Tugas Qorin berakhir sebaik sahaja kita meninggal dunia sebagaimana berakhirnya tugas malaikat Roqib & Atid yang ditugaskan mencatat segala amalan baik buruk yang kita buat atas dunia.




Langsuir, pocong, pontianak dan segalanya adalah jenis-jenis jelmaan jin dan syaitan yang menganggu manusia untuk memesongkan akidah manusia yang sepatutnya TAKUT PADA ALLAH.

Jaga amalan solat, kerjakan amalan yang baik kerana itu yang lebih utama daripada kita takut kepada jin dan syaitan. Jin dan syaitan juga adalah makhluk ciptaan Allah. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan hendaklah kita meletakkan taqwa kepada Allah s.w.t

Isu Claim: Miselling Salah Jualan Agent Takaful

Baru-baru ni panas pasal cerita miselling atau salah jualan dalam takaful. Miselling atau salah jualan ini adalah satu kesalahan besar kerana memberi maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan kepada pelanggan takaful. 

Antara contoh salah jualan yang kerap dikesan ialah dengan menakutkan pelanggan bahawa syarikat takaful yang lain tidak sehebat syarikat takafulnya. Berikut adalah maklumat tidak tepat yang sering disampaikan kepada pelanggan;



1. Company takaful dia paling kukuh dan top dalam market. Senang nak buat claim. Company lain tak kukuh, nak bankrap, claim susah nak bayar.

2. Pelan takaful dia siap ada saving. Pelan takaful orang lain tak ada saving, bayar hangus burn, tak bagus macam dia punya.



3. Pelan takaful mahal sebab senang nak claim nanti. Pelan takaful yang murah, claim susah nak bayar, cepat bankrap.

4. Dia punya takaful paling Islamik sebab nama takaful dia di hadapan. Orang lain punya takaful kurang Islamik kerana nama takaful dia paling hujung.

5. Dia punya takaful semua boleh claim. Orang lain punya takaful banyak klausa tersembunyi.

6. Dia punya medical card 1st party punya card. Orang lain punya medical card, 3rd party punya card.

7. Dia punya polisi gah macam Ferrarchi, terbaik punya walaupun value coverage sekadar Rm30k. Orang lain punya polisi cap Protog walaupun value coverage Rm300k, susah nak claim.

Miselling atau salah jualan ini dilakukan oleh segelintir kumpulan agent dan berlaku di semua syarikat takaful. Cuma, ada kumpulan dari syarikat yang sama yang terlalu ketara misellingnya. Bila abg tanya klien abg yang dapat maklumat miselling;

"Agent takaful mana yang cakap benda ni ?"

Klien: "Agent tuuuuuuuut"

Mungkin syarikat takaful tersebut perlu buat tindakan pembetulan dengan melatih agensi mereka cara penjualan dan pemasaran yang betul. Mungkin kerana terlalu mengejar untuk mendapat ranking market share no. 1, menjadi product pusher, apa saja cara akan digunakan semata-mata untuk mendapatkan pelanggan termasuk aktiviti miselling. Market share tidak mencerminkan apa-apa untuk pelanggan, kerana yang menjamin masa depan pelanggan ialah BUTIRAN JAMINAN yang tertulis dalam polisi takaful mereka. :)

Testimoni Klien Takaful

Alhamdulillah, abg nak share sedikit testimoni daripada klien-klien abg yang mendaftar takaful dengan abg kat sini.

Testimoni ini bukanlah nak menunjuk abg ni agent takaful yang terbaik atau agent poyo, tapi cukuplah sekadar acknowledgement untuk bakal-bakal klien yang nak berurusan abg. Setiap agent juga adalah manusia biasa, mungkin lebihnya di sini, kurangnya di sana. Apa pun kita kena memberi dan menerima dengan sebaiknya.


Untuk info juga, ada klien abg yang tak pernah jumpa face to face sejak dari mula daftar takaful sampai la sekarang, dari Sabah, dari Sarawak, Alhamdulillah mudah berurusan walaupun lokasi yang berbeza. Urusan pendaftaran, claim semuanya dihujung jari sekarang, emel, applikasi android Mediexpress, tiada lagi halangan sempadan.

Okay, jom tengok apa kata klien-klien abg.

Testimoni 1





Testimoni 2 (Klien Terengganu)





Testimoni 3





Testimoni 4




Testimoni 5



Testimoni 6 (Klien Terengganu)



Testimoni 7




Testimoni 8 (Klien Pulau Pinang)




Testimoni 9





Testimoni 10 (Klien Sarawak)




Testimoni 11



Testimoni 12




Testimoni 13




Testimoni 14 (Klien Sarawak)




Ha cukup-cukuplah testimoni tu. Cubalah jadi klien abg kalau nak tahu. :)

Tuesday, May 10, 2016

Skim Pesakit Bayar Penuh (FPP) Di Hospital Kerajaan

Beberapa hospital kerajaan telah mula melaksanakan skim Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP). Skim FPP ini seperti rawatan di hospital swasta di mana pesakit boleh memilih doktor pakar yang dikehendaki & menikmati kemudahan wad eksekutif. Pesakit juga tidak perlu menunggu lama untuk  giliran mendapatkan rawatan melalui skim FPP ini.




Bayaran deposit minima yang diperlukan ialah sebanyak RM 3,000 atau 50% daripada anggaran keseluruhan rawatan (yang mana LEBIH tinggi).

Untuk maklumat pemilik sijil medical card MAA Takaful, medical card MAA Takaful hanya boleh mengeluarkan Guarantee Letter (GL) dan memberi kemudahan CASHLESS tanpa tunai di 101 hospital panel termasuk dua (2) hospital separa kerajaan ini;

• UKM Specialist Hospital (HUKM)
• UM Specialist Hospital (PPUM)

Bagi Hospital Kerajaan dengan skim FPP, buat masa ini medical card MAA Takaful tidak boleh digunakan untuk pengeluaran Guarantee Letter (Cashless Facility) seperti kemudahan yang dinikmati di 101 hospital panel, tetapi bayaran bil hospital kerajaan skim FPP boleh dituntut semula melalui basis 'pay and claim' dan tertakluk kepada terma sijil takaful masing-masing.

Pada masa akan datang, tidak mustahil skim FPP ini akan digabungkan dan diintegrasikan dengan GL syarikat takaful. Ini bagi membolehkan pesakit yang mempunyai medical card takaful mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dengan skim FPP dan menyelesaikan bil melalui GL takaful. Win-win situation, di mana pesakit boleh mendapatkan rawatan pakar pilihan mereka dan hospital boleh menjana hasil daripada bayaran GL takaful.

Oleh itu, abg mengambil kesempatan untuk berpesan kepada tuan/puan yang masih sihat, mendaftarlah takaful perubatan dengan segera. Kerana kemungkinan akan datang kos perubatan kita perlu tanggung sendiri 100% dan waktu tu kita nak daftar takaful, kesihatan kita dah tak layak lagi untuk daftar.

1 medical card AKSES ke 101 hospital pakar

Tak perlu mengeluarkan belanja ribu-ribu ringgit apabila sakit, cukuplah anda belanja puluhan ringgit ketika sihat dengan memiliki medical card takaful.

UPDATE 30 Jun 2016: 

Berita baik untuk warga Kelantan.

Medical MAA Takaful kini BOLEH digunakan di private wing HUSM Kubang Kerian.


Akan datang Insyaallah lebih banyak private wing hospital kerajaan akan mula menerima medical card takaful khususnya medical card dari MAA Takaful.

Kad Hospital Medica2015 (Medical Card Standalone)




Post kali ni abg nak cerita pelan kad hospital @ medical card MAA Takaful, Medica2015. Medical card Medica2015 ni adalah pelan medical card standalone. Bermakna anda boleh ambil medical card tanpa perlu attach dengan takaful hayat. Maka anda bayar caruman MURAH & PURE PROTECTION.

Terdapat 6 pilihan pelan medical card card Medica2015. Bermula dari pelan P150 dengan had tahunan RM 50,000 sehingga pelan P1000 dengan had tahunan RM 500,000. 

Medica2015 TIADA HAD seumur hidup (no lifetime limit). Maksudnya jika anda ambil pelan P150 dengan had tahun RM 50,000, setiap tahun boleh guna medical card RM 50,000 sampai anda mencapai usia 80 tahun. Katalah tahun 2016 anda guna medical card RM 40,000, maka baki boleh guna tahun 2016 ialah RM 10,000. Tahun depan 2017 limit direset semula dan boleh guna RM 50,000 untuk tahun 2017. Begitulah untuk tahun-tahun seterusnya. Kad ini tiada limit seperti syarikat takaful lain yang meletakkan limit seumur hidup sebanyak RM 600,000 dan lain-lain amaun.

Jom tengok Jadual Manfaat medical card Medica2015 ni:




Senarai Hospital Panel MAA Takaful (101 Hospital @ 10 Mei 2016):



Okay tentu anda nak tahu berapa caruman bulannya medical card ni. Medica2015 ada diskaun NCD 20% jika tiada tuntutan selepas 12 bulan polisi medical card. Jadi untuk caruman P150, P250 dan P300 boleh rujuk jadual di bawah untuk  tengok caruman tahun permulaan (kolum tanpa NCD) dan caruman tahun berikutnya bila tiada claim (kolum dengan NCD). Untuk pelan atas P300 boleh whatsapp abg untuk info caruman, abg tak letak sini sebab tak nak bagi pening kepala banyak-banyak kolum, nanti anda jugak tak faham nak baca.


Saja nak bagi tahu, medical card Medica2015 ni tiada klausa Portfolio Withdrawal (PWC) dan ianya adalah GUARANTEED RENEWAL. Maksudnya di sini, kalau anda dah buat claim besar, MAA Takaful tak akan halang anda untuk terus renew medical card anda setiap tahun dan tidak akan sama sekali membatalkan polisi medical card anda kerana MAA Takaful menggunakan NON-CANCELLABLE CLAUSE. Klausa ini SANGAT PENTING untuk menjamin medical card anda sentiasa boleh digunakan tanpa penarikan semula oleh syarikat takaful. 

Pembatalan medical card Medica2015 anda hanya akan berlaku dalam 4 keadaan iaitu;

1. Anda tidak membayar caruman. Dah tak bayar, nak cover macam mana lagi kan.

2. Berlaku penipuan, salah nyata dalam permohonan anda. Contohnya dah ada penyakit itu ini, tapi tak declare masa memohon sebab nak ambil kesempatan guna medical card. Bayar sikit, claim nak terus banyak (changing small money to become big money).

3. Anda sendiri memohon untuk pembatalan.

4. Umur anda mencapai usia maksima perlindungan 80 tahun.


Okay itu saja abg nak share tentang produk medical card Medica2015 MAA Takaful. Ada apa-apa persoalan boleh tanya melalui komen atau whatsapp terus 013.404.4072. Kalau boleh kenalkan sikit diri tu dulu bila whatsapp ya. Peace.

Friday, May 6, 2016

Pelan Takaful Anak Juvenil

Pelan Takaful untuk anak di MAA Takaful sangat murah. Tak perlu caruman yang mahal. Kenapa perlu bayar RM 200 - RM 300 untuk takaful anak anda sedangkan anda boleh gunakan duit lebihan bulanan anda untuk buat simpanan di tempat lain yang lebih menguntungkan seperti amanah saham, tabung haji dan lain-lain.

Ingat, core takaful adalah PROTECTION. Mengatakan takaful adalah pelan 'saving' adalah kenyataan yang boleh mengelirukan dan misleading. Kami di MAA Takaful tidak mendidik pelanggan kami dengan pelan 'saving' kerana sebenarnya ia merugikan, bayaran yuran wakalah memakan portion 'saving' dan perkataan pelan 'saving' itu boleh dimanipulasi agent melalui amaun takaful saver. Jika merujuk kepada kepada ilustrasi jualan, pastinya anda dapat melihat jumlah 'saving' dan jumlah perlindungan yang mungkin jumlahnya tidak seperti yang anda harapkan.





Pelan Takaful Anak Juvenil

Caruman Bulanan RM 55

Gantirugi Tunai Sekaligus 
46 Penyakit Kritikal - RM200,000 
Hilang Upaya Kekal - RM200,000
Meninggal dunia apa jua punca - RM200,000
Elaun Hospital - RM50 sehari / RM1,500 sebulan
Khairat Kematian - RM7,000 

Tujuan pelan ini untuk ganti semula income pencari nafkah yang hilang sekiranya anak sakit kritikal berpanjangan. 



Sekiranya anak ditimpa penyakit kritikal, ibu bapa tak akan berdepan dengan masalah untuk bercuti tanpa gaji bila takaful bayar manfaat penyakit kritikal RM 200,000. Anak masuk wad, ibu bapa boleh tuntut elaun harian hospital RM 50, seminggu masuk wad dah RM 350. Boleh meringankan beban kewangan ibu bapa. 

Sekali lagi, carumannya hanya RM 55 sebulan.
Kenapa bayar lebih ? MAA Takaful

Pemohon Takaful Dengan Rekod Penyakit Cyst

Pemohon takaful dengan rekod penyakit cyst masih mempunyai 'sinar' harapan untuk diterima sebagai peserta takaful dengan syarat tambahan seperti loading, exclusion atau lain-lain syarat bergantung kepada laporan perubatan penyakit cyst yang dihidapi.

CSYT adalah ketumbuhan BUKAN KANSER. Kos pembedahan cyst adalah sekitar RM 8,000 - RM 15,000 bergantung pada lokasi cyst tersebut. Jika pemohon takaful kad hospital mempunyai rekod cyst, kemungkinan tinggi untuk diterima dengan syarat tambahan dan laporan rekod perubatan adalah diperlukan untuk tujuan permohonan.


Berbeza dengan penyakit CARSINOMA, kika pemohon menghidap carsinoma, takaful TERUS DECLINE kerana carsinoma adalah kanser. Carsinoma In Situ pula adalah bermaksud tahap permulaan / terhad kepada kawasan tertentu.


Jom daftar KAD HOSPITAL sementara diberi NIKMAT KESIHATAN. Insyaallah akan datang bila kita sakit, kita dah buat persediaan awal dari segi KEWANGAN.

Boleh whatsapp abg untuk info 0134044072

Kematian Pra Matang

Kematian pra matang adalah satu takrifan untuk kematian di usia muda sebelum sempat mencapai usia tua. Implikasi kematian pra matang ialah ahli keluarga hilang tempat bergantung terutama jika yang ditinggalkan adalah isteri bersama anak-anak kecil.

Sebagai manusia, kita sama sekali tidak boleh mengelak daripada kematian kerana kematian itu pasti akan datang. Syarat mati adalah hidup.
Mati tak perlu tunggu tua
Mati tak perlu sakit
Sebagai konsultan Takaful, abg kerap menerima berita kematian jika bukan klien abg, berita tersebut daripada rakan-rakan konsultan yang lain. Menerima berita kematian pastinya mengingatkan kita bahawa satu hari nanti pasti akan tiba masa dan giliran kita.



Allah telah menetapkan tempoh kehidupan setiap makhluk yang diciptakannya.

Ada di antara kita akan disegerakan kematiannya, dan ada yang yang dikembalikan kepada peringkat umur yang lemah (tua kebudak-budakan).

Merancang Kematian: Pengurusan Hutang

Kita semua akan meninggalkan dunia ini. Maka rancanglah peninggalan kita dengan sebaik-baiknya dari aspek PENGURUSAN HUTANG.

Hutang adalah perkara UTAMA perlu diselesaikan apabila seorang manusia meninggal dunia. Terdapat hadis yang menceritakan keutamaan menyelesaikan hutang si mati, juga ada diceritakan Rasulullah tidak mahu solat jenazah yang berhutang sehingga ada waris si mati tampil menanggung hutang piutang si mati.


Persoalan ini perlu diselesaikan sementara kita masih hidup.

  • Apa hutang atas muka bumi yang kita dah buat.
  • Berapa jumlah hutang yang kita tinggalkan. 
  • Siapa waris kita yang perlu tahu dan bantu jelaskan hutang kita.
  • Bagaimana cara untuk waris selesaikan hutang kita. 

Salah satu ikhtiar menyelesaikan hutang apabila meninggal dunia ialah melalui penyertaan takaful.

1. Apabila berhutang, pastikan hutang itu dilindungi takaful (kebiasaannya pinjaman PERIBADI di bank akan dimasukkan sekali caj perlindungan takaful - term takaful).

2. Membuat satu polisi takaful Income Replacement untuk pewarisan harta dan penyelesaian hutang oleh waris. Dengan syarat polisi takaful anda bukan setakat coverage RM 30,000, RM 50,000. Ianya tak cukup untuk penjelasan hutang dan penyambungan kehidupan waris.

MAA Takaful Terus Meneraju Kecemerlangan Bersama Zurich

Info untuk semua client dan consultant dan agent pesaing.

Atas peraturan baru dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Islamic Financial Act 2013 -IFSA 2013) menyatakan takaful company tidak boleh mempunyai pegangan individu dalam syarikat melebihi 15%. Dan dari situ Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan syarikat yg terlibat seperti MAA Takaful mencari coperation atau kumpulan yang akan mengambil pegangan tersebut

Untuk pengetahuan MAA Takaful punya share 75% pegangan dipegang oleh YM Tengku Ya'acob (individu) dan lagi 25% pegangan dipegang oleh Baharain Solidarity Company, so bahagian pegangan individu itu mesti di beri pada kumpulan yg berminat. So sekarang ni Bank Negara Malaysia membenarkan Zurich (kumpulan/cooperation) untuk merisik mengambil pegangan individu dengan nilai tanpa hutang sebanyak RM1.1 Billion (nego). 

Bermaksud Zurich nak takaful lesen ni untuk berniaga dlm industri takaful di malaysia disebabkan bisnes takaful ni menguntungkan.

YM Tengku Ya'acob b Tunku Tan Sri Abdullah
Gambar dari www.proactiveinvestors.com.au


Ini adalah peluang kecemerlangan bagi kami sebagai konsultan MAA Takaful kerana Zurich adalah syarikat multinational yang bermodal besar. Selepas ini iklan MAA Takaful akan lebih meluas insyallah.

Lihat Kenyataan Media MAA Takaful. Kebanyakkan agent pesaing menyebarkan info tidak sahih berkenaan transaksi penjualan MAA Takaful ini.





Pembelian MAA Takaful Oleh Zurich Tidak Menjejaskan Pelanggan MAA Takaful

1. Kenyataan akhbar daripada Zurich menyatakan transaksi pembelian tidak akan memberi kesan kepada pelanggan MAA Takaful sedia ada. Semua kontrak polisi takaful adalah berkuatkuasa sehingga tamat tempoh sijil masing-masing.

2. Semua syarikat pengendali takaful adalah dilindungi oleh Bank Negara Malaysia dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

3. MAA Takaful akan menjadi satu-satunya syarikat pengendali takaful yang dimiliki sepenuhnya (wholly owned) oleh syarikat konglomerat Multinational. Syarikat pengendali takaful yang lain adalah secara kerjasama joint ventures.

4. Pelanggan MAA Takaful sedia ada tidak perlu risau tentang perlindungan yang telah didaftarkan dengan MAA Takaful kerana tiada perubahan akan dibuat terhadap polisi sedia ada. 





Thursday, May 5, 2016

MAA Takaful Kini Milik Zurich

Zurich Insurance Co. membeli kesemua kepentingan MAA Takaful Berhad daripada MAA Group dan Solidarity Group Holdings pada harga RM525 juta.

MAA Group Berhad menjual 75 peratus kepentingan MAA Takaful Berhad kepada Zurich Insurance Co. Ltd pada harga RM393.75 juta secara tunai.

Manakala Solidarity Group Holding BSC yang memegang baki kepentingan 25 peratus dalam MAA Takaful juga melupuskan pemilikannya kepada Zurich pada harga RM131.25 juta.

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/05/04/maa-sells-takaful-business-for-rm394mil-and-declares-special-dividend-of-35-sen/

MAA Group dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kos pelaburan asal dalam MAA Takaful berjumlah RM75 juta.

Mengambil kira cadangan pelupusan selesai pada 31 Disember lalu, MAA Group menjangka merekodkan keuntungan pro forma ke atas penjualan itu sebanyak RM289.5 juta.

Kenyataan itu dibuat selepas menerima kelulusan cadangan pelupusan itu daripada Menteri Kewangan melalui Bank Negara Malaysia surat bertarikh 27 April lalu.

"MAA Group dan Solidarity telah menandatangani perjanjian cadangan pelupusan MAA Takaful pada harga RM525 juta," katanya. - MalaysiaGazette

Ulasan tambahan abg :

Beberapa agent syarikat lain mengatakan MAA Takaful jatuh bankrap. Kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Pembelian dan penjualan syarikat (merger, acquisition, take over) adalah lumrah dalam perniagaan yang sedang berkembang pesat sehingga menarik minat.

Contoh, Takaful Nasional pernah diambil alih oleh Maybank dari MNI Insurance, dan kini menjadi Etiqa Takaful. Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), sudah tidak wujud lagi. Ia menjadi Bumiputera Commerce Bank (BCB) kemudiannya.

Apa jadi pada pelanggan-pelanggan sedia ada ? 

Jangan risau, semuanya adalah selamat, sijil takaful adalah berkuatkuasa mengikut polisi masing-masing. Semua itu adalah perkembangan bisnes dalami industri kewangan.

Kalau ada agent yang cakap;
1. MAA bankrap, kena jual saham.
2. MAA medical card 3rd party, tak boleh claim.
3. Polisi MAA dah tak valid
4. Atau apa-apa yang janggal bunyinya

Mohon PM abg beserta
1. Screenshot status posting
2. Nama agent tersebut
3. Syarikat yang diwakili agent tersebut

MAA Takaful is Cash-rich company. Boleh baca artikel The Star 30 April 2016 di sini.

smile emoticon

Wednesday, May 4, 2016

Pelan Takaful Kanser Awal

Pelan Cancer Care MAA Takaful


Pelan Cancer Care MAA Takaful adalah satu pelan khas yang membayar manfaat kanser awal kepada pemilik sijil Cancer Care. 

Berbeza dengan manfaat penyakit kritikal, yang mana untuk manfaat penyakit kritikal hanya dibayar apabila penghidap telah memenuhi keterangan penyakit kritikal seperti yang disenaraikan di Senarai 36 Penyakit Kritikal MAA Takaful. Sijil takaful bagi manfaat penyakit kritikal TIDAK MEMBAYAR kepada pemilik sijil bagi kanser awal atau Carsinoma In Situ (CIS).

Jadi Pelan Cancer Care ini adalah PELAN PELENGKAP kepada pelan takaful yang lain (medical card , pelan penyakit kritikal, pelan kemalangan). Dalam takaful ni memang banyak pelan dan setiap manfaat pelan adalah berbeza-beza mengikut objektif serta keperluan perlindungan pesertanya. Nak pilih pelan yang betul, kena jumpa dan bincang dengan agent atau konsultan takaful (dah nama pun consultant kan seharusnya ada perbincangan problem-solving).

Terdapat 7 pilihan bagi Pelan Cancer Care MAA Takaful seperti di jadual ini. Bermula dengan pelan paling rendah iaitu pelan 1 dengan jumlah perlindungan kanser RM 25,000 sehingga pelan 7 dengan jumlah perlindungan kanser RM 500,000.



Kadar Caruman


Kadar caruman tahunan bagi pelan ini adalah seperti jadual di bawah. Kadar caruman untuk lelaki lebih rendah berbanding kadar caruman perempuan disebabkan faktor gender yang mempengaruhi risiko penyakit kanser ini lebih cenderung kepada golongan perempuan.

Jadual caruman yang ditunjukkan adalah bermula untuk pelan 2 (RM 50,000), 4 (RM 100,000) & 5 (RM 200,000). Pelan 1 (RM 25,000) abg tak jual kerana tak relevan pun amaun perlindungan sebanyak tu pada zaman sekarang. Kanser apa yang kosnya bawah RM 25,000 sekarang ? 



Adalah tak berbaloi untuk abg promote pelan 1 sedangkan tujuan pelan ini adalah supaya pemilik sijil takaful yang menghidap kanser dapat jumlah tunai untuk buat apa-apa rawatan awal menyekat perkembangan kanser awal. RM 25,000 satu amaun yang sangat kecil untuk tampung perbelanjaan rawatan kanser yang mahal.

Paling kurang pelan kanser yang sepatutnya diambil RM 100,000. Tapi disebabkan caruman tahunan pelan kanser yang tinggi (berkadaran dengan risiko pesakit kanser di Malaysia), maka abg buka juga pelan RM 50,000.



Siapa Yang Perlu Daftar Pelan Cancer Care Ini ?



1. Golongan wanita. Kerana risiko wanita mendapat penyakit kanser adalah amat tinggi.

2. Golongan yang ahli keluarganya pernah mempunyai sejarah kanser.



Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan ni, silalah contact abg ya. Adalah hampir mustahil abg nak cerita A-Z dalam bentuk penulisan kat sini. Oleh sebab itu syarikat takaful melantik dan memerlukan agent-agent takaful macam abg untuk memberi penjelasan yang betul untuk produk takaful yang ditawarkan.

Juga untuk mendapat susunan keutamaan pelan takaful yang betul, digalakkan untuk berhubung dengan abg. 

Kadang-kadang disebabkan rasa diri tu lebih pandai dari agent, tuan/puan membeli pelan yang SALAH (contohnya beli pelan kemalangan semata-mata yang tak cover elaun hospital harian akibat penyakit yang hanya ada dalam pelan life takaful). Lepas tu meroyan tak boleh claim sebab salah pelan dan salah benefit. Deep kan ...