Abg nak kongsi sikit cerita group tempat abg tinggal, Putra Perdana Resident.
Ada sorang hamba Allah ni, bapanya terlibat kemalangan. Dia terpaksa minta pinjam duit Rm300, sampai sanggup cagarkan handphone dan ic original.
Tapi respon yang dapat ialah "krik...krik...krik" dan lebih banyak kata² yang tak berapa nak membantu. Malas abg nak screenshot panjang kata-kata orang lain yang banyak mempersoalkan itu ini berbanding bagi inisiatif untuk membantu hamba Allah tersebut.
Itu baru Rm 300. Belum lagi Rm 30,000. Masing-masing keberatan untuk membantu. Hari ni kena pada si hamba Allah, tak mustahil satu hari nanti perkara yang sama boleh berlaku pada kita.
Kebiasaannya berdasarkan pengalaman abg bagi kes kemalangan, walaupun di hospital kerajaan, pesakit perlu membayar sendiri kos alat-alat sokongan seperti plat besi, skru dan apa-apa yang dimasukkan ke dalam badan pesakit. Di hospital kerajaan, kos alat-alat tu bersubsidi jadi kadang-kadang bil perlu bayar sendiri dalam lingkungan ratus hingga ribu ringgit.
Berbeza pula di hospital swasta di mana kos plat besi, skru mereka tidak bersubsidi dan pesakit perlu bayar penuh. Abg pernah tengok bil accident berjumlah Rm 15,000. Ha punyalah mahal kos perubatan sekarang. Tapi bil tu bayar guna medical card takaful lah. Gila kau nak bayar cash Rm 15,000, habis gaji setengah tahun sebab accident yang tak sampai berapa saat.
Berbalik pada cerita hamba Allah tadi, mesej dia diforwardkan ke group niaga putra perdana dan Alhamdulillah ada insan yang sudi membantu beliau. Itupun setelah 4 jam ahli group 'berdebat' dan ber krik krik krik.
Abg hanya baca mesej tu keesokkan harinya, maklumlah banyak benar mesej dalam group ditambah lagi macam-macam group abg ada. Maunya nak menghadap satu persatu mesej group. Andai abg baca ketika mesej tu didebatkan, Insyaallah abg hubungi sendiri hamba Allah tu untuk aturkan bantuan.
Itulah realiti masyarakat kita sekarang. Yang betul-betul kecemasan perlu bantuan, bukan nak dibantu tapi didebatkan pula dengan macam-macam hal lain.
Pesanan abg untuk korang yang membaca ni, ambillah takaful. Kita ambil takaful bukan kerana kita mintak sangat nak accident, sakit dan meninggal awal. Tetapi kita ambil sebagai ikhtiar dalam mengurus kewangan apabila kita ditimpa bencana satu hari nanti. Tak ada orang lain nak tolong kita dah, melainkan kita sendiri buat persediaan tolong diri kita hari ini.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D