Monday, April 18, 2016

Arwah Suami Ambil Takaful Tanpa Pengetahuan Isteri


Kisah ini adalah perkongsian daripada sahabat agent MAA Takaful abg, Puan Fairuz Ishak, berkenaan dengan kejadian yang menimpa pada klien takaful beliau.

"Perkongsian untuk semua isteri-isteri. Apakah perasaan anda apabila anda dapat warkah daripada suami seperti yang saya paparkan.

Kes ini suami ambil takaful jumlah perlindungan RM 2.6 juta. Tanpa pengetahuan isteri yang tak suka pada takaful sebab isteri rasa tak perlu sebab membazir saja. Tapi si suami rasa tak sedap hati dia ambil juga dan amanahkan pada seseorang bagi warkah ni dan perlindungan RM 2.6 juta bila apa-apa terjadi pada beliau boleh bagi kepada si isteri.

Malang tak berbau. Selepas 5 bulan ambil insurans. Si suami terlibat kemalangan di lebuh raya, si suami meninggal di tempat kejadian. Ketika itu isteri mengandung anak ke-5 yang tak bekerja.

Bila serah polisi dan warkah ni, isteri menangis. Rasa terharu amat sangat."

Demikian pengalaman dan kejadian sebenar yang dikongsi sendiri oleh sahabat agent MAA Takaful.



Abg attach dan besarkan sedikit gambar surat terakhir yang diserahkan kepada isteri arwah.




Ada kalanya akan terdapat ahli keluarga kita yang menentang dan tak bersetuju untuk kita mendaftar pelan takaful. Tapi kita perlu ingat bahawa kehidupan kita atas dunia ini hanyalah bersifat sementara, ianya tidak kekal, dan belum tentu kita mampu hidup mencapai usia 100 tahun.

Ikhtiar kita menyertai takaful ini adalah sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan yang akan menimpa kita dan persiapan kewangan untuk ahli keluarga kita sendiri yang bakal kita tinggalkan. 

Bayangkan situasinya jika isteri ini tadi menentang habis-habisan niat suami untuk berikhtiar takaful, dan akhirnya si suami meninggal dunia meninggalkan ahli keluarga tanpa ada apa-apa bekalan kewangan untuk kehidupan isteri dan 5 orang anak. Itu belum dicampur lagi dengan peninggalan hutang arwah jika ada.

Kita disuruh berikhtiar terlebih dahulu dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah s.w.t. Niatkan di hati kita untuk mendaftar takaful agar terbayar hutang piutang kita dan terbela masa depan keluarga yang kita tinggalkan andai ditakdirkan kita dijemput kembali terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D