Saturday, March 5, 2016

Berhati-hati Scammer & Penipuan Appoinment Takaful

Abg nak share kejadian penipuan scammer terhadap ejen takaful, ejen penjual penapis air, ejen penjual kereta supaya berhati-hati dan berwaspada terhadap penipuan yang dibuat oleh geng-geng scammer.

Oleh kerana nombor telefon ejen takaful dan peniaga-peniaga online yang lain senang dijumpai, maka akan ada pihak yang jenis tak tahu halal dan haram buat kerja penipuan mereka untuk menjadi kaya di atas kesusahan orang lain.

Scammer berbaju belang duduk kanan sekali.
Gambar diperoleh dari agent MAA Takaful yang hampir menjadi mangsa
.


Brader yang duduk kanan sekali adalah scammer dan penipu. Dia target agen takaful/insurans.

Modus operandi:
1. Dia akan contact agent konon nak daftar anak-anak.

2. Bila jumpa, konon bersungguh nak daftar takaful. Duit untuk daftar dia tak bawak.

3. Pada masa sama dia tawarkan iphone pada harga murah pada agent yang dia jumpa. Konon barang rampasan kastam.

4. Agen yang terpedaya serah duit deposit kononnya duit kopi untuk pegawai kastam. Dipercayai juga brader gemuk ini menggunakan ilmu pukau kepada mangsanya.

5. Dia akan suruh agen ikut dia dan tunggu kejap untuk ambil duit daftar takaful tapi dia menghilang diri.

Kisah penipuan brader ni abg ada post kat FB pada Disember 2015. Selain viral dengan 300++ share, abg kongsikan beberapa komen dari mereka yang turut menjadi mangsa lelaki scammer ini.

Link FB post [Klik Sini]


Antara modus operandi sebelum appoinment, scammer ni akan buat-buat tersalah hantar sms. 
Scammer ni menggunakan banyak nombor telefon.















Semoga semua ejen-ejen dan peniaga online lebih berhati-hati. 

Bagi yang ada maklumat tentang lelaki scammer ini, boleh komen di ruangan bawah. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa-mangsa scammer.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D