Monday, March 14, 2016

7 Perkara Hibah Takaful Boleh Bantu Waris Anda

Hibah takaful adalah bayaran faedah atas kematian peserta takaful yang diberi terus kepada waris yang dinamakan tanpa perlu difaraidkan.


Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. 

Maka, sebagai waris penerima Hibah Takaful, apa yang waris boleh lakukan dengan hibah takaful ?



7 Perkara Waris Boleh Lakukan Dengan Hibah Takaful 

Selalunya kita ambil REMEH tentang perlindungan kewangan dan manfaat hibah yang terdapat pada takaful. Takaful adalah salah satu ikhtiar dan perancangan kewangan dalam kehidupan.












1. Melupuskan hutang.

Hutang adalah perkara PERTAMA perlu diselesaikan oleh waris sejurus si mati meninggal dunia.

Kerana hutang yang tidak berbayar, ianya boleh menjadi penghalang untuk kita menuju Syurga.

Sabda Rasulullah s.a.w
"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim).

“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal
: [1] sombong, 
[2] ghulul (khianat), dan 
[3] hutang, 
maka dia akan masuk surga.” 

(HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)











2. Laksana Haji.

Waris digalakkan membuat Badal Haji/Upah haji bagi si mati. Disamping itu, waris juga adalah digalakkan untuk menunaikan haji bagi memenuhi rukun Islam ke-lima bersama-sama kedua-dua orang tua yang masih hidup.

Rasullulah s.a.w
“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)








3. Modal pengurusan harta pusaka.

Waris memerlukan modal bagi menguruskan harta pusaka (pelantikan peguam, kos-kos incidental) dan pengurusan harta pusaka memakan masa yang panjang jika si mati tidak membuat wasiat bertulis.

Jika waris tidak mempunyai modal untuk bayaran pengurusan harta pusaka, tentunya ia akan mendatangkan kesusahan kepada waris dan keadaan menjadi lebih buruk apabila keluarga yang lain bertikam lidah menuntut hak bahagian masing-masing.

Hibah takaful memastikan waris yang anda namakan menerima jaminan kewangan tanpa perlu difaraidkan.








4. Sara diri & nafkah keluarga

Kematian bukan sahaja mendatangkan kehilangan ahli keluarga kepada waris. Malah dalam sesetengah hal, kematian juga beerti terputus segala pendapatan sara diri dan nafkah untuk keluarga yang ditinggalkan.

Hibah takaful yang diberikan kepada waris boleh memberi jaminan kewangan kepada mereka untuk menyara diri selepas kematian si mati. 

Walaupun duit bukanlah segala-galanya untuk mereka setelah kematian si mati, tetapi segala-galanya memerlukan duit.









5. Pelaburan untuk pendapatan berterusan.

Hibah takaful dibayar secara LUMP SUM. Beerti jika si mati telah menghibahkan RM 1,000,000 pada waris, waris akan menerima hibah tersebut tanpa sekatan mana-mana pihak.

Bagi memastikan pendapatan berterusan untuk ahli keluarga, waris boleh menggunakan wang tersebut untuk pelaburan sebagai contoh membeli hartanah untuk disewakan bagi mendatangkan hasil sewa yang berterusan.









6. Dana Pendidikan Anak 

Kehidupan anak-anak yang ditinggalkan secara tiba-tiba adalah terjamin dengan adanya dana pendidikan yang boleh digunakan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada mereka.

Penggunaan wang hibah takaful adalah luas dan tidak terbatas selagi boleh memberi manfaat kepada waris.









7. Wakaf dan sedekah.

Peserta takaful atau melalui waris boleh membuat amalan wakaf dan sedekah dengan niat kebaikan agar mendapat amalan kebaikan berterusan di dunia dan akhirat.

Dengan wang hibah takaful, tiada halangan untuk melaksanakan wakaf dan sedekah.

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh” 
(HR. Muslim no. 1631)









Takaful bukan soal 'mati dapat duit' semata-mata. Takaful adalah soal perancangan kewangan yang boleh menjadi ikhtiar bagi setiap yang hidup bagi waris-waris yang menjadi tanggungannya.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )

Cara Pendaftaran Portal MyAccount MAA Takaful

Khas untuk pelanggan Sijil MAA Takaful.
Cara Pendaftaran Portal MyAccount MAA Takaful

• Nak dapatkan penyata bayaran, income tax, dividend dan surplus takaful ?
• Nak tahu detail sijil takaful sendiri ?
• Nak update detail peribadi ?
• Tak tahu nak contact siapa agent yang uruskan sijil anda ?

Semuanya boleh diselesaikan dengan cepat dan mudah di portal MyAccount MAA.

♥Mudah ♥Cepat ♥Transparent


Cara pendaftaran portal MyAccount MAA Takaful khas untuk pelanggan Sijil MAA Takaful.






Portal MyAccount MAA Takaful memudahkan urusan pelanggan MAA.





Untuk memulakan pendaftaran, log masuk di sini: https://family.maatakaful.com.my/MyAccount/loginpage.aspx





Klik 'Accept' pada terma dan syarat. 
Hanya pelanggan MAA Takaful yang boleh mengakses ke portal MyAccount.

Jika belum jadi pelanggan MAA Takaful, boleh daftar dulu pelan takaful dengan abg. 013.404.4072







Lengkapkan butiran pendaftaran yang diperlukan.








Temporary password atau password sementara akan dihantar terus kepada hp anda yang telah berdaftar.







Log masuk semula ke portal MyAccount dan masukkan IC beserta dash '-' dan temporary password yang telah diterima.








Anda akan terus diminta untuk menukar password.







Pilih SATU soalan keselamatan untuk password recovery sekiranya anda terlupa password di kemudian hari.








Pendaftaran selesai. Anda boleh explore semua menu di portal MyAccount anda.




Selamat mendaftar. :)

Wednesday, March 9, 2016

Fadhilat Ayat Kursi

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telahdiiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. 

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Anjuran Berkahwin

Manusia adalah suatu kejadian ciptaan Allah swt. Yang paling baik bentuk dan rupa parasnya, berbanding dengan makluk-makluk lain. Mempunyai akal fikiran, perasaan dan nafsu keinginan.


Keinginan kepada perkelaminan merupakan tabiat semulajadi seluruh makluk di dalam alam ini. Pada permulaan alam, Allah swt mencipta Adam sebagai manusia pertama, kemudian darinya Allah ciptakan pasangan Hawa supaya perkelaminan bermula seiring dengan permulaan alam. Firman Allah yang bermaksud:

Wahai manusia bertaqwalah kepada Allah yang menciptakan kamu dari satu diri (nafs) dan menjadikan pasangan dari dirinya sendiri. Dan membiakkan dari keduanya manusia lelaki dan perempuan yang banyak. Dan takutlah kepada Allah yang kamu minta-minta dengannya dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.

Amalan Minum Rasulullah s.a.w

Campuran Air Madu Dan Air Sejuk


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. 

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah: 

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 

2. Mencuci perut 

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu. 

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasulullah s.a.w suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 




Minuman Manis dan Sejuk 

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa:


" Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" 

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada  menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Isu Claim: Membazir Bayar Takaful Kalau Tak Pernah Claim


"Orang cakap takaful membazir bila bayar setiap bulan kalau tak pernah claim."

Ada ke gila kata rugi bayar sebab tak pernah claim.

Itu abg panggil kufur nikmat namanya. Ye lah, claim takaful akan terjadi bila mana terjadi kemasukan ke hospital, menghidap penyakit kritikal, ditimpa kemalangan dan kematian.


Walaupun takaful bayar pampasan untuk perkara ni, adakah korang rasa 'untung' bila terlibat accident, terlantar kerana penyakit, hilang nikmat kesihatan semata-mata untung claim wang ringgit takaful ? 

Duit claim takaful tu tak akan boleh ganti semula orang yang rosak, anggota badan yang putus, juga tak akan boleh menghidupkan semula yang mati. Tetapi sekurang-kurangnya dengan duit takaful tu, akan jadi jaminan kewangan supaya korang tak hidup meminta-minta pada orang bila terjadi musibah pada diri sendiri. Nak berharap pada siapa lagi bila benda tak baik jadi kat kita. Kawan ? Saudara ? Belum tentu mereka tolong.

Yang sebaik-baiknya, kalau bayar takaful tapi tak pernah claim, ucaplah Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang telah diberikan. 

Tengok berapa ramai kat luar sana merayu duit sumbangan untuk rawatan penyakit dan untuk teruskan kehidupan. Mereka tak layak untuk apply takaful lagi tapi mereka terpaksa tebalkan muka untuk rayu meminta simpati orang ramai untuk teruskan kehidupan. Korang pun takat hulur duit biru RM 1 aje kan bila jumpa orang mintak sedekah. Tu pun kalau bagi ler...

Takaful adalah jaminan kewangan bertulis. Korang bayar bulan-bulan untuk jaminan kewangan tersebut (sijil takaful).

Isu Claim: Claim Kematian Kanser Ovari Ditolak Kerana Tak Isytihar Kesihatan

Berakhir sudah penantian abg. Claim DECLINE kerana material NON DISCLOSURE.


Kronologi kes, daftar takaful dengan abg pada hujung April 2014. Selepas 3 bulan sijil takaful inforce, klien abg meninggal dunia. Punca kematian ketumbuhan ovari.



Disebabkan sijil masih dalam cooling period dan punca kematian adalah kerana specified illness, MAA Takaful telah menjalankan medical investigation untuk menentukan kelayakan bayaran pampasan takaful.


Medical investigation adalah siasatan rekod-rekod perubatan terdahulu di hospital/klinik. Ada inkuiri pada hospital, semakan medical record yang ada.

Hari ini, 2 Februari 2016, selesai siasat yang mengambil masa 18 bulan, akhirnya claim ditolak kerana material medical finding.

Untuk makluman, MAA Takaful telah membayar khairat kematian sebanyak RM 2,000 kepada ibu arwahyarmah dan kini sedang dalam proses membayar kembali caruman yang telah dibayar (refund) kerana sijil tersebut dikira batal kerana non-disclosure

Ambil pengajaran daripada kisah yang terjadi ini, pastikan tuan/puan buat DISCLOSURE YANG BETUL apabila daftar (hakikatnya ramai orang apply takaful kerana dah ada simptom penyakit dan apply kerana nak guna terus benefit takaful secara serta-merta walhal komfem takaful akan reject dan kuiri)

Jadi kalau jumpa abg, nak apply takaful, lepas tu bagi tau dah ada sakit tu, dah ada sakit ni, mintak tak nak declare dalam application takaful supaya application lulus segera tanpa penangguhan (deferment), mintak maaflah abg tak buat kerja-kerja non-disclosure. 

Abg nak bisnes lama, abg bukan nak duit korang, lepas tu sakit kepala nak menjawab claim korang reject. Kalau abg nak duit, abg boleh je declare orang yang sakit sebagai sihat, tapi abg aniaya la kat orang tu dan waris dia bila jadi kes macam ni. Nanti mula la korang kata insurans tipu padahal korang dah langgar terma dan syarat insurans tu sendiri iaitu 'KESIHATAN'.

Pesan abg, apply takaful ketika masih sihat dan tidak berpenyakit. Kita bukan tau esok lusa kita nak jadi apa.

✩Sama-sama kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwahyarhamah

Cara Turunkan Paras Kolestrol

Masalah kolestrol tinggi, nampak macam tak ada apa-apa yang serius aje kan. Ha... Jangan main-main dengan paras kolestrol kerana kolestrol yang tinggi dan tak terkawal boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya yang salah satunya adalah jantung tersumbat.

Rata-rata orang TAK MENYEDARI mereka menghadapi masalah kolestrol tinggi kerana untuk tahu level kolestrol perlu buat ujian darah dan berpuasa. Maka kerana malas untuk buat ujian darah, kita tak sedar bahawa tahap kolestrol kita berada pada tahap tidak sihat.

Bila masa kita tahu kolestrol kita tinggi ? Biasanya bila kita dah ada simptom-simptom penyakit, pergi klinik dan doktor buat ujian darah, nah.. baru kita tahu kolestrol kita tinggi.

Sebenarnya abg sendiri tak jangka kolestrol abg tinggi. Ni pun kantoi sebab abg buat pakej pemeriksaan darah dekat Pathlab (pakej 18kg berharga RM249) yang menguji darah abg untuk pelbagai jenis 'tag' penyakit termasuk kanser. Ujian darah seharusnya kita buat sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengesan apa-apa masalah penyakit lebih awal dan buat tindakan rawatan lebih awal. Er... anda dah buat ujian darah untuk diri masing-masing ke ? Pergilah buat. Sihat tak beerti kita tak ada penyakit ye.

Lepas abg tahu kolestrol abg tinggi, maka bermulalah aktiviti mencantas makanan tak sihat dan ambil supplement kesihatan. Abg ada jumpa satu resipi turunkan kolestrol kat google dan youtube dalam pelbagai versi dan bahasa tapi caranya dan bahan-bahannya hampir sama.

Maka abg kongsikan resipi untuk turunkan kolestrol.
Keberkesanannya telah diuji oleh abg sendiri. Paras kolestrol abg menurun sangat mendadak selepas seminggu abg makan secara konsisten. Bacaan masa ujian darah dekat Pathlab ialah 6++, bacaan ujian darah di farmasi (berpuasa) 3++.

Monday, March 7, 2016

Antara Takdir Dan Usaha

Takdir adalah ketentuan yang telah ditetapkan berlaku pada kita sebagai manusia. Suka, tak suka, apa yang telah ditakdirkan tetap akan terjadi.

Manakala usaha adalah perbuatan dan ikhtiar kita dalam menghadapi ketentuan takdir. Kita disuruh supaya berusaha dan tidak berserah atau bertawakal tanpa meletakkan usaha terhadap sesuatu perkara.

Ditimpa penyakit kritikal
Terlibat dalam kemalangan
Meninggal dunia di usia muda


Kesemua itu adalah takdir ketentuan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Apa yang telah tertulis, tidak boleh diubah.



Namun, kita sebagai manusia perlulah melakukan usaha dalam menghadapi ketentuan takdir masing-masing.

Apa yang kita boleh usaha dalam perspektif KEWANGAN bagi menghadapi ketentuan takdir ialah dengan memiliki sijil takaful.

"Ada takaful ke, tak ada takaful ke, kalau dah sakit tu sakit jugak, kalau dah accident tu, accident jugak dan kalau dah takdir mati tu mati jugak."

Ya betul sekali lagi kita tak boleh mengubah ketentuan takdir. Tapi kerana usaha kecil yang kita lakukan dengan sijil takaful, akan ada perbezaan besar antara kita dengan orang lain. Iaitu;


''Bagaimana kita dan keluarga kita menghadapi ketetapan takdir dari perspektif KEWANGAN.''

Orang yang ditimpa penyakit dan kemalangan, bila ada takaful, sekurang-kurangnya keluarga mereka tak berada dalam tekanan kewangan sehingga terpaksa menjual segala keperluan yang ada demi menyara diri. Duit bukanlah segalanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit.


Carian Agent MAA Takaful & Agent Zurich Takaful Seluruh Malaysia

Permohonan menyertai MAA Takaful/Zurich Takaful adalah terbuka kepada semua warga dan residen di Malaysia.

Nak cari agent MAA Takaful seluruh Malaysia ?
Nak cari agent Zurich Takaful seluruh Malaysia ?

Nak daftar pelan takaful terbaik ?
Nak buat income daftar jadi agent takaful ?


Meh c
ari agent berhampiran anda di bawah ini.

Agent takaful/insurans yang menyamar sebagai pelanggan dengan tujuan mendatangkan perselisihan akan dilaporkan kepada pengurusan tertinggi syarikat yang berkenaan.

Mana-mana aduan yang abg terima berkenaan dengan cubaan penipuan, penyamaran dan aktiviti tidak sihat akan dipublish dan diviralkan di media sosial untuk pengajaran.

Kes penipuan appoinment siri 1 [Klik Sini]


Ejen Zurich Takaful Perlis
Ejen MAA Takaful Perlis






Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Kedah
Ejen MAA Takaful Kedah




Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Pulau Pinang
Ejen MAA Takaful Pulau Pinang




Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau

Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Perak
Ejen MAA Takaful Perak




Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau

Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Selangor
Ejen MAA Takaful Selangor
&
Ejen Zurich Takaful Kuala Lumpur
Ejen MAA Takaful Kuala Lumpur





Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau

Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Negeri Sembilan
Ejen MAA Takaful Negeri Sembilan




Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Melaka
Ejen MAA Takaful Melaka




Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Johor
Ejen MAA Takaful Johor




Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau

Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau

Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau



Ejen Zurich Takaful Pahang
Ejen MAA Takaful Pahang




Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Terengganu
Ejen MAA Takaful Terengganu



Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau





Ejen Zurich Takaful Kelantan
Ejen MAA Takaful Kelantan



Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau




Ejen Zurich Takaful Sarawak
Ejen MAA Takaful Sarawak




Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau


Klik Sini Untuk Add Facebook Beliau








Incoming search keyword:
Senarai ejen maa takaful
Ejen maa takaful Ejen maa takaful perlis Ejen maa takaful kedah Ejen maa takaful perak Ejen maa takaful pulau pinang Ejen maa takaful selangor
Ejen maa takaful kuala lumpur Ejen maa takaful cyberjaya Ejen maa takaful putrajaya Ejen maa takaful rawang Ejen maa takaful bukit beruntung
Ejen maa takaful bukit sentosa Ejen maa takaful shah alam Ejen maa takaful ampang Ejen maa takaful negeri sembilan Ejen maa takaful melaka
Ejen maa takaful johor Ejen maa takaful pahang Ejen maa takaful terengganu Ejen maa takaful kelantan Ejen maa takaful sabah Ejen maa takaful sarawak Cari ejen maa Cari agent maa Cari konsultan maa