Thursday, February 11, 2016

Cara Guna Applikasi Mediexpress MAA Takaful

Assalamualaikum semua. Lama abang tak update entry blog abang ni. Al maklumlah sibuk dengan closing pendaftaran takaful. Insya Allah lepas ni abang akan update banyak entry dengan cerita untuk dikongsikan bersama.

Entry kali ni abang nak share sikit kepada semua pelanggan kad hospital @ medical card MAA Takaful termasuk konsultan MAA Takaful tentang Applikasi (Android Apps) Mediexpress.

Apps Mediexpress ni khas untuk pelanggan MAA Takaful yang ada daftar pelan kad hospital, tak kisah sama ada pelan stand alone ataupun pelan sebagai rider. 

Dengan apps ini, pelanggan yang ada kad hospital MAA Takaful boleh;

  • Semak Guarantee Letter Takaful (GL)
Check GL (Guarantee Letter) yang dikeluarkan oleh MAA Takaful, Initial GL dan juga discharge GL secara online. Tak perlu lagi call agent atau call syarikat takaful untuk tahu status GL

  • Semak Baki Penggunaan Kad Hospital
Check jumlah baki tahunan kad hospital yang boleh digunakan dalam tahun polisi (unutilised balance). Jangan risau jika baki berkurangan kerana kad hospital MAA Takaful TIADA had limit lifetime. Bermaksud, tahun polisi berikutnya had tahunan kad hospital akan direset semula jika kita dah buat claim dalam tahun semasa.

  • Semak Butiran Claim
Check semua claim yang berkaitan dengan penggunaan kad hospital

  • Carian Hospital Panel
Carian hospital panel MAA Takaful (hospital locator).

  • eCard
Jika kad hospital hilang, hanya tunjukkan eCard ini untuk kemasukan ke wad hospital.

Install Apps Mediexpress di telefon tuan/puan di SINI


CARA DAFTAR APPS MEDIEXPRESS

Dalam tutorial ni abang akan gunakan ID Apps abang sendiri memandangkan abang sendiri pernah admit hospital guna apps ni.

Ok cara nak daftar kad hospital melalui Apps Mediexpress seperti berikut:

1. Telefon tuan/puan perlu install apps ini terlebih dahulu. Boleh download kat google playstore atau terus tekan link ni <klik sini untuk download>.

2. Selesai download, ,masuk ke apps tersebut dan ikut step berikut




Paparan masuk apps mediexpress.
Klik
REGISTER






Lengkapkan butiran pendaftaran. 

Password perlu ALPHANUMBERIC 

(gabungan nombor dan abjad).



Jangan lupa ID dan password, 
tulis di diari tuan/puan untuk kemudahan bila terlupa nanti.


Contoh paparan




Selepas tu, tuan/puan boleh pilih untuk daftar sama ada melalui



i. Nombor membership yang terdapat pada kad hospital MAA Takaful; 



ATAU

ii. Nombor polisi MAA Takaful

Kebiasaannya abang 
galak tuan/puan guna daftar melalui nombor polisi, 
sebab nombor membership panjang sangat.




Tekan ADD ACCOUNT




Tuan/puan akan terima sms ACCESS CODE

Masukkan code tersebut di skrin paparan apps mediexpress






Nota: Terdapat sedikit perbezaan bagi model telefon.
Ada model telefon yang akan terus masukkan access code secara automatik.
Ada model telefon yang perlu masuk access code secara manual key in.




Masuk semula ke Apps Mediexpress. 

Pilih LOGIN








Masukkan LOGIN ID dan PASSWORD 
yang telah didaftarkan tadi.






Pendaftaran telah BERJAYA bila keluar skrin nama tuan/puan seperti di gambar.





CARA CHECK GUARANTEED LETTER & LAIN-LAIN

Ok sekarang apps kita dah daftar. Jadi sekarang kita explore sikit function apps ni.



Dah LOGIN tadi, klik pada nama tuan/puan.
Nama yang dipaparkan adalah nama pemilik kad hospital ya.


Jika tuan/puan nak cari hospital panel,
hanya perlu klik HOSPITAL SEARCH



Skrin jika klik Hospital Search




Skrin UTILIZATION akan dipaparkan lepas tuan/puan klik pada NAMA.

Kat sini tuan/puan boleh tengok baki had tahunan kad hospital.

Macam abang, dah guna RM 4,478 untuk admission bulan November'15.
Admission satu hari kat Columbia Asia, sakit perut sikit aja.

Baki boleh guna RM 95,522 dan akan direset semula kepada RM 100,000
pada 5/10/2016 nanti. 

Hebatkan kad MAA Takaful :D

Ok, now klik pada MENU dalam bulatan merah tu pulak.







Skrin MENU akan keluar. 
So, kita explore menu CLAIMS.

Hanya untuk yang ada rekod claims sahaja akan ditunjuk.

Yang belum pernah masuk hospital, akan keluar mesej
"Record Not Found"











Nak check GL untuk admission hospital, kita check kat menu
"Letter of Guarantee".

Jika GL tak keluar atau belum isu, mesej akan keluar

"Record Not Found"

Jika anda adalah konsultan, call Mediexpress tanya status.

Jika anda adalah klien, call konsultan anda untuk bantuan.




Download GL dalam format PDF







Ok seterusnya kita tengok menu E-Card

E-Card adalah medical card elektronik dalam bentuk PDF.
In case kalau terlupa bawak medical card ke hospital.
Tak ingat nombor polisi.
Dan tak ingat nombor IC.
Just tunjukan E-Card ini di kaunter hospital untuk proses pengeluaran GL.




Ha mudahkan bila guna Apps Mediexpress ni.

Oklah setakat tu aja tutorial yang abang nak share.

Menu yang lain tu tak berapa penting sangat.
Boleh explore sendiri ya.

Kalau ada masalah Apps ni, 

terus contact konsultan masing-masing.


TAMBAHAN UNTUK KONSULTAN MAA TAKAFUL SAHAJA

Bagi tuan/puan yang seperjuangan dengan abang sebagai konsultan MAA Takaful, tentunya akan banyak daftar Apps Mediexpress untuk klien masing-masing kan. 

Jadi untuk konsultan yang banyak guna apps ni, akan terdapat error bila registerkan akaun klien iaitu error "Please Check Your Credentials".

Error ni terjadi bila kita guna Apps yang dah install di phone yang sama, tapi nak login ke akaun klien yang berlainan. Cara untuk selesaikan error ni senang aje.


Pergi ke Setting telefon
Cari setting Apps



Selepas tu cari Apps Mediexpress



Klik CLEAR DATA & CLEAR CACHE



Ok sekarang cuba LOGIN/REGISTER semula akaun klien.
Insya Allah berhasil.

Apa-apa hal dipersilakan kongsi kat ruangan komen ya.



2 comments:

  1. Camna nak tambah akaun? Sbb nak pakai satu apps utk add policy anak2 yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena daftar akaun berasingan untuk setiap polisi

      Delete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D