Monday, February 22, 2016

Cara Mengesan Jin & Gangguan Dalam Tubuh Badan


Cara mengesan jin dan gangguan dalam tubuh badan antaranya ialah dengan melakukan RUQYAH.



Ha... Sebenarnya anda boleh melakukan RUQYAH DIRI SENDIRI dengan cara berikut untuk mengesan jin dan gangguan dalam tubuh badan. Ruqyah tak semestinya dibuat oleh ustaz atau perawat semata-mata.

Cara mudah untuk ruqyah:

● Ambil wuduk, seolaknya lakukan ruqyah setelah solat sunat Taubat

● Duduk mengadap Kiblat

1) Istigfar 70 kali 
Astagfirullah Halazim
Waatubu ilaih

Mohon ampun & sesal sepenuhnya atas dosa yg lepas.
Bertaubat Nasuha.

Mohon Allah hilangkan penyakit, santau, sihir, saka dan lain-lain.

2) Selawat 3 kali

Angkat tangan seperti berdoa dan terus membaca

3) Al Fatihah
4) Ayatul Qursyi
5) Al Ikhlas
6) Al Falaq
7) AnNas

Ukhuwah Bersama Jemaah Bathamim Puchong

No.3 - No.7 setiap habis bacaan surah hembus kat tapak tangan.

Sapu dari muka, kepala, hingga hujung kaki.

Semasa sapu baca 

BISMILLAH ALLAHUAKBAR...

Sapu badan seperti sabun masa mandi...(perlahan-lahan... jangan nak cepat je)

PERINGATAN !

Sila standby bag plastik kat sebelah...
Sesiapa yg ada gangguan dikhuatiri akan muntah...


  • Kerap bersendawa 
  • Pening2 kepala
  • Rasa gundah gulana
  • Rasa panas pada bhgn tertentu badan
  • Kebas pada bahagian tertentu tubuh
  • Terbatuk2 @ Tersedak2
  • Ada pergerakan di bawah kulit
  • Jantung berdebar tiba2
  • Pandangan jadi kabur & berpinar2
  • Terkentut2
  • Terasa nak buang air (besar @ kecil)



Teruskan.........
Itu adalah tanda anda ada gangguan.....

Jika ada, teruskan....
Buat 2 kali sehari selepas solat Fardhu Subuh & Magrib

Bagi gangguan yang teruk, pergilah dapatkan rawatan di pusat rawatan islam yang terdekat dengan tempat tinggal.

Lakukan usaha berubat, pada masa yang sama jauhi perbuatan syirik dalam perubatan.

SELAMAT MERUQYAH....

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D