Cara mengesan jin dan gangguan dalam tubuh badan antaranya ialah dengan melakukan RUQYAH.
Ha... Sebenarnya anda boleh melakukan RUQYAH DIRI SENDIRI dengan cara berikut untuk mengesan jin dan gangguan dalam tubuh badan. Ruqyah tak semestinya dibuat oleh ustaz atau perawat semata-mata.
Cara mudah untuk ruqyah:
● Ambil wuduk, seolaknya lakukan ruqyah setelah solat sunat Taubat
● Duduk mengadap Kiblat
1) Istigfar 70 kali
Astagfirullah Halazim
Waatubu ilaih
Mohon ampun & sesal sepenuhnya atas dosa yg lepas.
Bertaubat Nasuha.
Mohon Allah hilangkan penyakit, santau, sihir, saka dan lain-lain.
2) Selawat 3 kali
Angkat tangan seperti berdoa dan terus membaca
3) Al Fatihah
4) Ayatul Qursyi
5) Al Ikhlas
6) Al Falaq
7) AnNas
No.3 - No.7 setiap habis bacaan surah hembus kat tapak tangan.
Sapu dari muka, kepala, hingga hujung kaki.
Semasa sapu baca
BISMILLAH ALLAHUAKBAR...
Sapu badan seperti sabun masa mandi...(perlahan-lahan... jangan nak cepat je)
PERINGATAN !
Sila standby bag plastik kat sebelah...
Sesiapa yg ada gangguan dikhuatiri akan muntah...
- Kerap bersendawa
- Pening2 kepala
- Rasa gundah gulana
- Rasa panas pada bhgn tertentu badan
- Kebas pada bahagian tertentu tubuh
- Terbatuk2 @ Tersedak2
- Ada pergerakan di bawah kulit
- Jantung berdebar tiba2
- Pandangan jadi kabur & berpinar2
- Terkentut2
- Terasa nak buang air (besar @ kecil)
Teruskan.........
Itu adalah tanda anda ada gangguan.....
Jika ada, teruskan....
Buat 2 kali sehari selepas solat Fardhu Subuh & Magrib
Bagi gangguan yang teruk, pergilah dapatkan rawatan di pusat rawatan islam yang terdekat dengan tempat tinggal.
Lakukan usaha berubat, pada masa yang sama jauhi perbuatan syirik dalam perubatan.
SELAMAT MERUQYAH....