Thursday, December 31, 2015

Cara Terima Gaji Secara Berterusan (Cara 2)



‪#‎Cara2‬ Abg dah share cara1 [Cara1]. Kali ini ni abg nak share cara2.

Mengambil contoh yang sama, suami bergaji bulanan Rm3,000 dan ambil takaful income replacement coverage Rm450,000.

Takdir suami meninggal awal sebarang sebab atau ditimpa kemalangan hilang upaya.

Isteri terima hibah takaful Rm 450,000.

Duit tersebut isteri beli 2 rumah unit medium cost. Kemudian rumah tu disewakan.

Duit hasil sewa rumah setiap bulan yang dikutip boleh guna untuk sara keluarga secara berterusan sampai bila-bila.

Pendapatan keluarga berterusan walaupun hakikatnya suami tidak lagi membawa pulang gaji kepada keluarga.

Rumah tadi dibeli cash guna hibah takaful. Maka tiada hutang.

Bila 10 tahun lagi, anak pun dah besar, nak pakai duit untuk pendidikan, rumah tadi dijualkan semula.

Contoh beli rumah hari ni harga Rm450,000 , lagi 10 tahun tak mustahil harga jual Rm 1,000,000.

Keluarga hidup senang dengan takaful income protection, nak buat kebajikan untuk arwah suami pun apa ada hal bila kita ada duit. Tiap-tiap tahun nak buat kenduri tahlil tumbang kambing pun takde masalah.

Begitulah indahnya takaful income replacement untuk ahli keluarga.

Cara1 lebih sesuai untuk isteri yang tidak bekerja, cara2 sesuai bagi isteri yang bekerja kerana risiko cara1 dan cara2 yang berlainan.

Nak cerita semua benda dalam fb/blog memang susah. Nak tau lebih boleh sembang dengan abg, okay.

DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA

TETAPI

SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT
(hatta nak tanam jenazah pun perlu duit kurang-kurang Rm1,500)

Fikir-fikirkan :)

Monday, September 7, 2015

Insurans Untuk Orang Kerja Kerajaan

Kadang-kadang orang bertanya, perlu ke insurans kalau dah kerja dengan kerajaan atau bahasa mudahnya kerja government ?

Okay untuk penjelasan berkenaan isu tu, di sini saya copy semula pendapat dan pandangan seorang doktor yang berkhidmat dengan kerajaan (Dr Nurul Yusof) seperti di bawah ini.

Pendapat dan pandangan beliau ada kebenarannya yang perlu diakui oleh tuan/puan yang kerja dengan kerajaan.


PERLU KE ORANG KERAJAAN ADA INSURANS?

Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja. Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent.

Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati. Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu. Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat.

Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.



Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi. Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu. Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu. Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.

Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan. Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut.

Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti. Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.

Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri. Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan.

Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent. Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.

Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali. Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga.

-----
Tuan/puan nak dapatkan pelan insurans (takaful) yang menepati muamalah Islam ?

Mari kita bincang :)

013-404 4072

Pencen Hibah Takaful




Tahukan tuan/puan bahawa melalui penyertaan ke dalam takaful Income Replacement, tuan/pun boleh mencipta dana pencen segera melalui hibah takaful ?

Dalam takaful, bayaran pampasan kepada waris boleh dibuat secara HIBAH takaful.

Kelebihan hibah:

1. Pembahagian harta yang sangat BERKESAN kepada waris TANPA MASALAH daripada pihak pentadbiran harta.

2. Membolehkan tuan/puan MENETAPKAN BAHAGIAN yang harus diperolehi oleh setiap ahli keluarga dan anak-anak sekiranya berlaku kematian awal.

3. Pemberian hibah TIDAK BOLEH DITAHAN oleh mana-mana pihak seperti bank, adik beradik atau ahli keluarga yang tidak tersenarai sebagai penerima hibah dan lain-lain pihak.

Nak cipta dana pencen hibah untuk keluarga, anak-anak ?
Bincang dengan saya :)
013-404 4072

Belasungkawa -Al Fatihah Kepada Chief Managing Consultant Ahmad Fareez Abd Ghani (MAA Jitra)



Duduk dalam ICU, sehari Rm 7,000
Selama 14 hari bertarung dalam ICU, RM 98,000
Sehingga limit tahunan kad perubatan habis.

Hari ini 5 September 2015, diberitakan telah kembali kepada Allah.

Al-fatihah dan takziah buat CMC Fareez dan keluarga...
Dari MAA family members

--------

Ucapan Takziah kepada Puan Siti Zamrud dan Keluarga di atas pemergian ke hadrat Allah s.w.t suami beliau iaitu CMC Ahmad Fareez Abd Ghani. Semoga Puan dan seluruh ahli keluarga tabah dan bersabar dengan kehilangan insan tercinta.


Kami mendoakan semoga roh CMC Ahmad Fareez ditempatkan bersama roh golongan orang-orang yang soleh. 

Alfatihah.....
Aamiin....

Kad Hospital Wanita



"Kalau puan takda kad hospital, sy bimbang suami puan tak bersedia untuk tanggung kos rawatan puan bila puan jatuh sakit nanti."

Kad Hospital Wanita 👩


- Boleh jaga aurat semasa sakit, duduk bilik single/double

- Boleh pilih doktor specialist lelaki/perempuan 💉🏥


- Pilih mana-mana 93 panel hospital specialist dan swasta yang berdekatan


Daftar dengan segera!
013-404 4072

Tuesday, July 28, 2015

Hari Ni Ketawa, Hari Esok Menangis




Hari ni kita sekeluarga boleh bergelak ketawa.

Akan datang, kita tak tahu apa akan terjadi, apa yang akan diuji. Barang kali hari esok kita menangis air mata.

Takaful income replacement - untuk tuan/puan yang sedar betapa pentingnya melindungi GAJI tuan/puan.

Jika esok tuan/puan ditakdirkan meninggal dunia, ke mana arah pasangan tuan/puan terutama bagi si isteri tuju ?

Apakah terpaksa bekerja siang malam untuk menyara ahli keluarga yang ditinggalkan ?

Satu cara paling berkesan untuk lindung gaji tuan/puan hari ini ialah dengan sijil takaful income replacement.

Kawan baik dan saudara mara pun belum tentu sanggup gantikan gaji tuan/puan setiap bulan jika berlaku apa-apa pada tuan/puan.

Renung-renungkan dan buat tindakan :)

Diberhentikan Kerja Selepas Kena Slipped Disk



Diberhentikan majikan lepas sakit tak boleh kerja.

Sebab tu abg selalu pesan, dapatkan takaful income replacement masa sihat masa mampu bekerja.

Macam-macam boleh jadi masa akan datang. Kita cuma ikhtiar sebagai persediaan akan datang.

Sedarkan diri tuan/puan.

Tiada siapa sudi replace income tuan/puan setiap bulan melainkan melalui takaful income replacement.

Keratan akhbar ini telah menceritakan bagaimana seorang bapa kepada empat anak telah diberhentikan kerja (hilang punca pendapatan) selepas alami slipped disk.

Jika beliau mempunyai pelan takaful dan slipped disk beliau dikategorikan doktor sebagai hilang upaya kekal (total permanent disability), dengan tuntutan takaful pastinya beliau tidak perlu meraih simpati masuk surat khabar sebegini.

Pilihan di tangan tuan/puan dan masa depan tuan/puan adalah ditentukan oleh tindakan tuan/puan pada hari ini.

Sama ada kita bersedia atau tidak bersedia, kita akan diuji :)

Saturday, July 25, 2015

Medical Card Warga Emas


Mak & ayah boleh beli medical card untuk 5 orang anak.

Tapi 5 orang anak, belum tentu boleh belikan medical card untuk mak ayah mereka.

Ha, jangan sentap dengan realiti tersebut.

Kadang-kadang kita ni duk sibuk beli medical card untuk anak sampaikan kita lupa yang mak ayah kita pun sebenarnya perlukan medical card. 

Usia mak ayah kita sebenarnya lebih banyak risiko penyakit 'senyap' yang apabila ia muncul maka beratus-ratus keping note RM 100 perlu dibayar kepada hospital.

Sebagai anak, kita juga perlu risau tentang kos perubatan untuk mak dan ayah kita.

Jika sekarang mereka sihat, Alhamdulillah satu nikmat besar yang Allah bagi.

Tapi jika satu hari TIBA-TIBA mak ayah kita disahkan sakit dan doktor cakap;

"Jantung ayah encik tersumbat teruk, mesti buat pintasan segera. Minta encik uruskan kos RM 60,000 selewatnya tengah hari esok."

Adakah waktu tu anda nak cakap

"Takde duit la mak, ayah."

Mak dan ayah kita faham keadaan kita dan mereka tak akan meminta-minta, menyusahkan kita. Tapi tergamak ke kita nak cakap macam tu dalam keadaan yang melibatkan antara hidup dan mati mereka ?

Andai terjadi perkara tersebut, tentunya geran-geran tanah (kalau ada) terpaksa dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman untuk bayar kos perubatan mak ayah kita. 

Masalahnya, kalau geran tanah tak ada, harta tak ada, duit pun tak ada. Macam mana nak dapat duit RM 60,000 dalam masa 24 jam ?

Kerana itu kita perlu 'hadiahkan' mak ayah kita medical card atau kad hospital sebagai ikhtiar persediaan jika mereka ditimpa penyakit dan sebagainya.

Insyaallah kos rawatan mereka bukanlah beban bagi kita sebagai anak dan kita pun dapat berikan mak ayah kita rawatan yang terbaik sebagaimana kita nak anak-anak kecil kita mendapat rawatan.

Nak buat hadiah medical card warga emas boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 0134044072

UPDATE 2018

Bayaran bulanan TIDAK lagi diterima bagi permohonan medical card Pelan 1 (Bilik 150/Had 50,000). Bayaran Pelan 1 adalah secara tahunan sahaja.

Takda Takaful ? Siapa Kisah !


Eksiden ?

Sakit kritikal ?
Duit berhabis kat hospital ?
Hilang pendapatan ketua keluarga ?

Takde perlindungan takaful ?

Jika perkara kat atas ni terjadi pada anda, siapa yang ambil kisah dan peduli ?



Takde siapa ambil kisah pun.


Anda tentu pernah tengok TV orang merayu bantuan kewangan untuk operation, baca surat khabar bantuan anak-anak kehilangan bapa dan tak bersekolah, kes berhutang along kerana meminjam untuk perubatan dan macam-macam lagi.

Jadi sementara nafas masih berbunyi, ambil perlindungan takaful. Bukan untuk orang lain pun, tapi untuk kebaikan diri sendiri.

Apa Kelebihan Takaful Ni ?




Semalam ada orang pm facebook abg,
"Apa kelebihan takaful ni ?"

Simple abg reply,
"Kelebihan takaful ialah tolong diri kita sendiri di saat semua orang cabut lari dan buat donno."

Contoh realiti paling mudah.
Dapat berita jiran sebelah rumah kena kanser.
Jiran tu perlu kumpul duit hospital Rm 70,000.
Sekarang jiran cuti tak bergaji sebab kanser.

Apa respon orang sekeliling ?
Siapa ambil kisah ?

Berapa korang hulur untuk tolong jiran tersebut ?
Maybe Rm10, Maybe Rm 50.
Itu pun SEKALI hulur aje. 
Bukan tiap-tiap bulan.

Jadi kelebihan yang utama ialah takaful tolong diri korang di saat korang memerlukan kewangan ketika ditimpa musibah hidup.

Abg tak perlu cerita kelebihan pelepasan cukai pendapatan bagai. Cukup kita tau main purpose untuk kita ada takaful sebagai jaminan kewangan kita di saat orang lain buat tak kisah.

Isteri Kecewa Suami Tiada Insurans


"Jangan kecewakan isteri dan anak anda."

Seorang suami meninggal kemalangan kerana langgar lari.

Kecewa isterinya apabila suaminya meninggalkan banyak hutang belum habis bayar dan tiada pembelaan oleh pihak yang melanggar.

Bertambah kecewa bila si suami tidak ada satu pun tinggalan kecemasan takaful untuk isteri dan anak-anak yang ditinggalkan mengejut.

Tuan,puan.

Pampasan takaful RM 1 juta memang tidak akan dapat mengembalikan nyawa yang telah pergi.

Tetapi pampasan takaful (hibah takaful) adalah penting bagi survival ahli keluarga yang ditinggalkan. Barangkali banyak hutang-piutang kita boleh diselesaikan dengan wang tersebut dan pendidikan anak-anak yang kehilangan bapa pencari nafkah dapat dijamin dengan adanya wang pampasan tersebut.

Tidak perlu keluarga kita meminta simpati masyarakat sekiranya berlaku malapetaka pada diri kita secara mengejut bila kita berikhtiar dengan takaful semasa hayat kita.

Belum ada takaful ?

Hubungi saya, 013-404 4072.

Friday, July 24, 2015

Kenapa Kena Jumpa Agen Insurans ?


Ramai orang mengelak berjumpa agent/konsultan takaful bila nak dapatkan maklumat atau info pelan takaful.

Ini perkara biasa yang saya turut lalui. Kalau boleh, si yang bertanya tu nak tahu maklumat atau info pelan hanya melalui whatsapp, telegram dan sms.

Saya nak tanya, boleh tak anda whatsapp, telegram dan sms pada klinik untuk tanya simptom penyakit yang anda sedang hadapi tanpa hadir ke klinik ?

Tentunya anda kena hadir ke klinik jumpa doktor untuk diagnos sakit yang dihadapi. Begitu juga dengan takaful. Tak cukup sekadar atas whatsapp.

Adik, abang, kakak.

Kenapa perlu jumpa agent/konsultan takaful untuk beli pelan takaful ?

Pelan takaful ni istimewa. Ianya bukan satu produk fizikal yang boleh nampak depan mata, yang boleh anda survey sana sini tanya harga macam beli handphone.

Nak dapatkan perlindungan takaful yang betul dengan pendapatan yang anda terima setiap bulan, agent/konsultan perlu buat fact finding pencarian fakta.

Lepas tu barulah kami bentangkan proposal takaful yang sesuai lagi tepat untuk anda. Nak caruman rendah, caruman tinggi, itu semua boleh berbincang dengan agent/konsultan.

Bila tersalah pelan takaful akibat tidak berbincang dan fact finding yang betul, yang menanggung akibatnya adalah anda tuan punya badan.

Kad Ahli Persatuan Takaful Malaysia

Hanya pelan takaful atau insurans kemalangan diri (personal accident) aja yang dijual melalui telemarketer. Itu pun banyak SCAM oleh syarikat-syarikat tidak bertanggungjawab, sesuka hati tolak autodebit bank anda, polisi insurans / sijil takaful tidak diterima.

Takaful hayat biasa, kad perubatan tak ada dibuat secara panggilan telefon.

Bincang dan berjumpalah dengan agent/konsultan takaful.

Soal sama ada anda sign up takaful atau tidak itu adalah perkara ke-18. Perkara utama kami adalah memberi anda maklumat dan pelan takaful yang betul.

Meh kita bincang. 013-404 4072

Thursday, July 23, 2015

Sijil Takaful




Ini adalah contoh summary sijil takaful klien saya.

Klien lelaki umur 34 tahun.

Ringkasan manfaat takaful pada caruman bulanan Rm 150.


1. Kematian/Cacat Kekal in nature : Rm 250,000

2. Kematian/Cacat Kekal kerana accident: Rm 250,000

3. Penyakit kritikal 46 list: Rm 50,000

4. Elaun upah haji : Rm 5,000

5. Khairat kematian : Rm 2,000

6. Elaun harian wad hospital : Rm 150

7. Caruman percuma jika terkena penyakit kritikal

Bulanan cuma bayar Rm 150
Setahun Rm 1,800

Coverage, jangan cerita la. Siapa nak bagi segedebuk Rm 250,000 jika terjadi musibah pada beliau pada bila-bila masa.

Untung ke untung ? :)

Opppps, hanya dengan Maa takaful boleh dapat benefit tinggi dengan caruman rendah gile macam ni.

Pergi survey tempat lain tengok berapa boleh dapat untuk umur 34 tahun caruman bulanan Rm 150.

Tuesday, July 21, 2015

Medical Card Murah



MAA Takaful ada medical card murah, mampu milik dan paling penting menyelesaikan masalah anda bila ditimpa musibah.


  • Takde ko-takaful @ co-payment (tak perlu bayar 10% daripada jumlah bil hospital)
  • Dijamin pembaharuan, takde penarikan semula polisi atau klausa PWC (Policy Withdrawal Clause)
  • Siap ada DISKAUN 20% next year bila takde claim
Refer table kat atas untuk caruman bulanan.


Kenapa ianya murah, kerana ini adalah medical card Stand Alone. Diambil hanya medical card tanpa digabungkan dengan polisi/sijil takaful hayat.

Nak Murah Lagi ?

Ada pelan medical card yang murah lagi dari table kat atas. Pelan bilik wad RM 150 dan coverage hospital tahunan RM 50,000.

Apa-apa boleh bincang dengan saya.
013-404 4072 


Kad Perubatan Perempuan


Golongan wanita adalah kaum yang banyak terdedah kepada macam-macam penyakit.

Tonsil, Tyroid, Fibroid, Breast Cancer, Ovarian Cancer, Cyst, Endometriosis dan macam-macam lagi penyakit wanita atau Woman Illness.

Akak-akak sekalian, semua penyakit tu bukan aje menyakitkan, malah turut memeritkan dompet akak-akak sekali.

Banyak pengalaman saya berhadapan dengan golongan akak-akak yang menghidap penyakit wanita ni. 

Sekali operation, kurang-kurang nak Rm 7,000 cash. Nak murah, tunggu giliran kat hospital biasa, berulang-alik hospital checkup, jumpa pakar, ambil date follow up, tunggu pulak operation. Perghhhhh....

Bagi akak-akak yang masih sihat, apa salahnya jika akak-akak invest kesihatan dengan beli kad perubatan @ medical card MAA Takaful.

Hanya asingkan kurang daripada Rm 100 sebulan untuk dapatkan medical card yang tanggung rawatan hospital akak-akak setiap tahun.

Tak menyesal beli medical card sementara sihat, malah ramai yang menyesal kerana takde medical card bila dah sakit.

Nak apply medical card ?

Boleh contact dengan saya ya :)



Takaful Gantian Gaji (Income Replacement)




Salam Aidilfitri.

Jom dapatkan Pelan Takaful INCOME REPLACEMENT !

Anda terima gaji yang sama 100% setiap bulan bila hilang upaya bekerja atau meninggal dunia sebelum bersara.

Kenapa Takaful Income Replacement ?

1. Majikan kita bukan Charity Body. Gaji kita adalah kerana kekuatan kita datang bekerja. Sakit kritikal, terpaksa cuti panjang, gaji jalan ke ?

2. Risiko kemalangan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Andai anda ditimpa kemalangan dan hilang upaya kekal, bagaimana dengan pendapatan anda bila tak boleh pergi kerja ? 

3. Komitmen anda masih banyak. Jika anda meninggal dunia awal, siapakah yang mengalas komitmen terutama beban hutang yang anda tinggalkan ? Adakah gaji anda masih mengalir kepada keluarga jika anda meninggal awal ?

Macam Mana Nak Sign Up Takaful Income Replacement ?


1. Dapatkan appoinment dengan saya.

2. Kita bincang perancangan kewangan khusus untuk anda.

3. Soal nak sign up atau tak sign up, anda tentukan kemudian.

Boleh bincang dengan saya :)
013-404 4072


Thursday, May 7, 2015

Kekurangan & Kelebihan Mencarum Takaful

Ada di kalangan korang yang masih tertanya-tanya,

"Apa kekurangan mencarum takaful, dan apa kelebihan mencarum takaful."

Okay, saya nak share dengan korang dan korang nilaikan sendiri.

Kalau nak tambah point pun boleh komen kat bawah.
Apa yang TAK BEST bila carum takaful ?



1. Bulan-bulan kena asing duit untuk bayar caruman takaful.
Ye la, nak jaminan kewangan bertulis yang nilainya beratus ribu ringgit, kena la bayar sikit caruman.




Apa yang BEST bila carum takaful ? 



1. Masuk hospital, takaful bayar elaun wad per daily basis.

Ganti gaji harian yang hilang terutama untuk bisnesman. 

Saya lepak kat DEMC melawat klien saya, kebetulan wad sebelah kosong.

2. Pergi specialist, private hospital, takaful bayar bil hospital.

Berapa bil korang ?RM 5,000 ? RM 50,000 ? 
Tak payah risau. Takaful setelkan.


Ada medical card, kos hospital bukan satu masalah. 


3. Nak pilih doktor pakar, doktor sakit puan, pilih mana-mana hospital. 
Tunjuk kad perubatan takaful, 95 panel hospital senyum menyambut korang. 



Senarai Panel Hospital MAA Takaful 


4. Eksiden, mc tak boleh kerja, takaful bayar elaun mc.

Elaun mc ganti semula gaji harian yang hilang. 
Tak boleh pergi kerja pun dapat duit.



Cek claim MAA Takaful klien saya kemalangan jatuh main netball



5. Eksiden, tapi hilang upaya kekal dan lumpuh, takaful bayar LUMP SUM claim.

Majikan mana nak simpan pekerja yang tak boleh datang kerja lagi. Maka takaful akan bayar LUMP SUM coverage untuk replace semula gaji korang akibat hilang upaya bekerja mencari nafkah. 

So, xperlu masuk surat khabar menagih simpati masyarakat.




Masuk surat khabar akibat hilang punya pendapatan 

6. Kena penyakit kritikal yang tersenarai sebagai Critical Illness, takaful bayar manfaat tunai Critical Illness.

Takaful akan bayar sejumlah pampasan untuk korang gunakan ikut suka hati korang. Bil hospital dah setel guna kad perubatan. 



Bayaran claim penyakit kritikal MAA Takaful 

7. Meninggal dunia (meninggal biasa @ meninggal accident), takaful bayar LUMP SUM pada waris.

Setiap yang hidup komfem akan mati. Tiada yang kekal selamanya. 

So masalahnya apa jadi kalau meninggal dunia awal ?

Tentunya masalah hutang yang belum selesai dibayar, waris terutama pasangan dan anak-anak yang ditinggalkan dalam keadaan hidup terkapai-kapai lebih-lebih lagi apabila yang meninggal adalah suami atau pencari nafkah utama keluarga.



Apa perasaan korang jika kanak-kanak ini adalah anak korang?


Jadi takaful adanya takaful, korang meninggal takaful akan bayar juga LUMP SUM kepada waris.



WHAT ???


Waris korang jadi kaya bila korang mati ?


Yes !


Dengan duit takaful tu, waris korang bukan sahaja kaya malah


a. Dapat bayar semua hutang-piutang korang masa hidup yang korang tak sempat habis bayar



b. Dapat buat kebajikan untuk korang. Buat tahlil, korban, kenduri, dermakan dan wakafkan duit pada anak yatim, buat upah haji untuk korang, hantar mak ayah korang pergi haji.



c. Waris korang hidup dalam keselesaan tanpa perlu merayu simpati masyarat, anak-anak tak perlu berhenti sekolah sebab pasangan tak mampu nak sara dan sebagainya yang terjadi pada masyarakat kita di Malaysia. 

------ 
So mahal ke takaful ni ?

Bayaran claim MAA Takaful 


Sebenarnya takaful ni boleh dimiliki dengan caruman serendah RM 50 sebulan. Mahal lagi bil @stro dengan bil henfon korang tapi korang nilaikan lah mana sebenarnya yang bagi manfaat terbaik untuk diri dan family korang.


Nyata 99% kelebihan mencarum takaful dan hanya 1% kekurangan mencarum takaful.


------

Nak carum takaful ?
Contact saya ~ 013.404.4072

#Kekurangan bila mencarum takaful
#Kelebihan bila mencarum takaful

Tuesday, May 5, 2015

Selekoh Bahaya Highway Elite Tol Putrajaya


Selekoh Bahaya Highway Elite Tol Putrajaya 


Kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya sendiri menghadapi kemalangan yang hampir meragut nyawa saya. Kejadian ni berlaku pada September 2014.

Pengalaman berhadapan dengan kemalangan bukanlah sesuatu pengalaman yang seronok untuk dikongsikan bersama seperti mana pengalaman jalan-jalan bercuti. Tapi di sini saya ingin kongsikan agar anda lebih bersedia apabila menghadapi kecemasan.

Lokasi kemalangan ialah di selekoh exit tol Putrajaya (ambil kad) Highway Elite. Sebenarnya laluan ni biasa aja, tapi banyak kes kemalangan berlaku pada orang lain sebelum terjadi pada saya.

Saya gunakan gambar screenshot dari Google Instant Street View dan juga gambar kejadian sebenar yang dialami saya pada hari kejadian.

Susur keluar selepas tol Putrajaya Elite

Pada hari kejadian, saya dalam perjalanan ke Shah Alam dari Putra Perdana, Puchong untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan saudara.

Macam biasa lepas daripada plaza tol Putrajaya Highway Elite, saya tak pecut laju mana pun. Setibanya di selekoh susur ke Ipoh/Shah Alam, saya pun layan la corner macam drive kebiasaan. 

Tapi, secara tiba-tiba stereng saya seperti tak berfungsi. Macam ibarat tayar pecah, stereng tak dapat dikawal. Pusing punya pusing tanya tak nak ikut. Dalam keadaan macam tu, kereta saya seperti tergelincir dari jalan dan..... BAAAAAAAMMMMMMM...
Kereta saya menghentam divider jalan....

Bulatan merah adalah divider baru yang ditukar kerana kemalangan kereta lain sebelum saya

Dengan sekali hentaman, saya tak pasti kereta saya berpusing berapa kali (360 darjah pusing) sebab airbag meletup ketika hentaman divider tadi.

Jari tercover kamera, waktu ni mulut sedang berdarah sikit kena stereng

Lepas kereta saya berhenti berpusing, saya menyangkakan gigi saya patah lepas tengok mulut berdarah dan keadaan airbag yang dah meletup, tapi sebenarnya cuma pendarahan mulut. Ketika kejadian saya bersama isteri saya. Kecederaan yang dialami isteri saya lebih teruk berbanding saya kerana cermin windscreen di bahagian isteri saya pecah ke dalam. Air bag meletup dan kami pakai tali pinggang seat belt, mengurangkan impak kecederaan pada anggota badan.

Airbag kereta yang meletup keluar

Saya tarik hand brake dan keluar daripada kereta untuk melihat keadaan isteri saya dan bawa dia ke tepi pembahagi jalan.

Memang banyak kereta yang lalu-lalang ketika itu, namun hanya sebuah kereta yang berhenti itu pun saya lihat pemandu dan penumpang kereta tu tak membantu apa-apa. This is Malaysia, orang lebih suka snap photo daripada membantu.

Melihat kecederaan isteri saya, saya terus call bantuan plus ronda (1-800-88-0000 sila simpan nombor ini dalam telefon anda). Nombor plus ronda memang ada dalam simpanan telefon saya tapi waktu kejadian saya memang blur habis nak cari dalam telefon dan saya dapatkan nombor bantuan plus ronda di belakang kad touch n go Plusmiles saya.

Sementara menunggu kedatangan bantuan plus ronda, saya mengambil beberapa gambar kereta saya dan tempat kejadian bagi memudahkan laporan polis dan tuntutan insurans nanti.



Tak lama lepas tu, dalam masa 5 minit, sebuah trak plus ronda tiba di lokasi kejadian dan secara kebetulan sebuah mpv polis eagle eyes juga datang ke lokasi kejadian. Anggota plus ronda telah menghantar saya dan isteri ke exit tol berikutnya iaitu Bandar Saujana Putra bagi mendapatkan rawatan di klinik. Kat klinik, saya dirawatkan oleh nurse yang merupakan klien takaful saya. Kena injection juga walaupun saya tak cedera teruk.

Okay, bila call plus ronda, anda perlu nyatakan perkara berikut bagi memudahkan bantuan plus ronda tiba dengan cepat.

1. Kecemasan dan kecederaan yang dialami. 
Waktu call plus ronda, saya minta sekali ambulan tapi sayangnya pihak ambulan hospital putrajaya hanya menghubungi saya setelah 1 jam kejadian dan saya dan isteri telah selesai rawatan pesakit luar di klinik bandar saujana putra. Sangat mengejutkan juga kerana mereka lewat untuk respon panggilan kecemasan yang dibuat, tapi itulah realitinya yang berlaku pada saya.

2. Nyatakan lokasi kilometer kejadian/insiden
Perhatikan setiap 100 meter kat highway ada tanda bacaan kilometer. Bila buat call, bacaan atau lokasi kilometer ni sangat penting bagi membolehkan bantuan tiba dengan segera.

Contoh papan bacaan kilometer highway

Kereta saya dibawa ke tol Bandar Saujana Putra oleh plus ronda dan mereka hanya bantu sampai di situ sahaja. Selepas tu pihak insurans yang datang amek kereta saya.

Selepas rawatan klinik, runner insurans kereta saya membawa saya ke Balai Polis Banting untuk buat report. Jauh betul, accident kat Putrajaya, report kat Banting. Tapi apa boleh buat dah kawasan kemalangan saya tu bawah Trafik Banting. 

Semasa buat report, saya tunjukkan gambar-gambar yang saya snap kepada anggota bagi memudahkan beliau menaip report. Selesai report, saya kena saman RM 300 "Own Damage" langgar divider plus. Hurm, bengang jugak la dah la bukan saya nak accident, dah tu kena pulak saman RM 300 (saman belum bayar lagi).

Kejadian kemalangan yang saya alami ialah pada September 2014. Namun bila lihat semula Google Instant Street View, anda boleh dapati dan lihat banyak divider yang telah ditukar baru kerana pernah dihentam oleh kereta. Nak kata selekohnya tajam, biasa aja. Tapi pastinya setiap pemandu yang pernah langgar divider ni ada ceritanya masing-masing.

Bulatan kuning adalah bahagian divider yang saya hentam manakala bulatan merah pula adalah orang hentaman kereta lain.


Kereta saya claim insurans hampir RM 14,000 untuk kos pembaikan semula. Claim insurans la untuk kereta dan untuk kecederaan kemalangan claim outpatient accident benefit sebab saya agen takaful mesti la ada polisi medical untuk diri sendiri dan isteri.

Sebagai menghargai bantuan pantas plus ronda, saya hantar satu emel kepada plus customer service. Mohon jangan ketawa pada ayat saya yang terakhir.


Plus reply semula,



Pengajaran yang boleh anda ambil.

1. Simpan nombor telefon kecemasan pengendali highway yang anda kerap lalu. Anda tak kan tahu bila masanya anda akan perlukan.



2. Periksa kecederaan yang dialami kemudian lepas keadaan dah stabil baru ambil gambar kejadian.

3. Belajar membaca papan arah dan papan bacaan kilometer ketika di highway.

4. Simpan sekeping polisi insurans kereta dalam kereta anda beserta nombor telefon kecemasan insurans.

5. Pakai tali pinggang keselamatan ketika memandu. Perbuatan mudah ini memberi kesan yang sangat besar apabila berlaku pelanggaran. Ianya mampu membantu menyelamatkan nyawa.

6. Dapatkan insurans kemalangan peribadi. Kalau terjadi apa-apa perkara buruk sekurang-kurangnya masalah kewangan tak akan jadi satu lagi masalah besar pada diri anda. Yang ni boleh bincang dengan saya untuk dapatkan insurans peribadi.

Satu ketika dahulu, saya pernah menulis tips menghadapi kecemasan di jalan raya http://www.hidupmatiku.com/2013/09/tips-menghadapi-kecemasan-ketika.html dan saya memang kerap berhenti bagi bantuan kemalangan kalau saya drive sorang diri. Siapa sangka kali ni saya sendiri terlibat dalam kemalangan. Nama pun dah malang tak berbau kan.

Keadaan kereta masa lawatan ke bengkel
Pasang Front Strut Bar lepas kejadian accident

Sehingga kini, saya masih menggunakan laluan ini setiap minggu untuk ke MAA Takaful Bandar Baru Klang dan divider di selekoh ini masih kerap menjadi hentaman kereta-kereta di sekeloh ni.

Alhamdulillah Allah panjangkan nyawa saya dan isteri. Tapi, saya rasakan something misteri pada selekoh ni. Maybe plus kena buat doa selamat sikit kot. Wallahualam.