Saturday, July 25, 2015

Medical Card Warga Emas


Mak & ayah boleh beli medical card untuk 5 orang anak.

Tapi 5 orang anak, belum tentu boleh belikan medical card untuk mak ayah mereka.

Ha, jangan sentap dengan realiti tersebut.

Kadang-kadang kita ni duk sibuk beli medical card untuk anak sampaikan kita lupa yang mak ayah kita pun sebenarnya perlukan medical card. 

Usia mak ayah kita sebenarnya lebih banyak risiko penyakit 'senyap' yang apabila ia muncul maka beratus-ratus keping note RM 100 perlu dibayar kepada hospital.

Sebagai anak, kita juga perlu risau tentang kos perubatan untuk mak dan ayah kita.

Jika sekarang mereka sihat, Alhamdulillah satu nikmat besar yang Allah bagi.

Tapi jika satu hari TIBA-TIBA mak ayah kita disahkan sakit dan doktor cakap;

"Jantung ayah encik tersumbat teruk, mesti buat pintasan segera. Minta encik uruskan kos RM 60,000 selewatnya tengah hari esok."

Adakah waktu tu anda nak cakap

"Takde duit la mak, ayah."

Mak dan ayah kita faham keadaan kita dan mereka tak akan meminta-minta, menyusahkan kita. Tapi tergamak ke kita nak cakap macam tu dalam keadaan yang melibatkan antara hidup dan mati mereka ?

Andai terjadi perkara tersebut, tentunya geran-geran tanah (kalau ada) terpaksa dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman untuk bayar kos perubatan mak ayah kita. 

Masalahnya, kalau geran tanah tak ada, harta tak ada, duit pun tak ada. Macam mana nak dapat duit RM 60,000 dalam masa 24 jam ?

Kerana itu kita perlu 'hadiahkan' mak ayah kita medical card atau kad hospital sebagai ikhtiar persediaan jika mereka ditimpa penyakit dan sebagainya.

Insyaallah kos rawatan mereka bukanlah beban bagi kita sebagai anak dan kita pun dapat berikan mak ayah kita rawatan yang terbaik sebagaimana kita nak anak-anak kecil kita mendapat rawatan.

Nak buat hadiah medical card warga emas boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 0134044072

UPDATE 2018

Bayaran bulanan TIDAK lagi diterima bagi permohonan medical card Pelan 1 (Bilik 150/Had 50,000). Bayaran Pelan 1 adalah secara tahunan sahaja.