Friday, July 24, 2015

Kenapa Kena Jumpa Agen Insurans ?


Ramai orang mengelak berjumpa agent/konsultan takaful bila nak dapatkan maklumat atau info pelan takaful.

Ini perkara biasa yang saya turut lalui. Kalau boleh, si yang bertanya tu nak tahu maklumat atau info pelan hanya melalui whatsapp, telegram dan sms.

Saya nak tanya, boleh tak anda whatsapp, telegram dan sms pada klinik untuk tanya simptom penyakit yang anda sedang hadapi tanpa hadir ke klinik ?

Tentunya anda kena hadir ke klinik jumpa doktor untuk diagnos sakit yang dihadapi. Begitu juga dengan takaful. Tak cukup sekadar atas whatsapp.

Adik, abang, kakak.

Kenapa perlu jumpa agent/konsultan takaful untuk beli pelan takaful ?

Pelan takaful ni istimewa. Ianya bukan satu produk fizikal yang boleh nampak depan mata, yang boleh anda survey sana sini tanya harga macam beli handphone.

Nak dapatkan perlindungan takaful yang betul dengan pendapatan yang anda terima setiap bulan, agent/konsultan perlu buat fact finding pencarian fakta.

Lepas tu barulah kami bentangkan proposal takaful yang sesuai lagi tepat untuk anda. Nak caruman rendah, caruman tinggi, itu semua boleh berbincang dengan agent/konsultan.

Bila tersalah pelan takaful akibat tidak berbincang dan fact finding yang betul, yang menanggung akibatnya adalah anda tuan punya badan.

Kad Ahli Persatuan Takaful Malaysia

Hanya pelan takaful atau insurans kemalangan diri (personal accident) aja yang dijual melalui telemarketer. Itu pun banyak SCAM oleh syarikat-syarikat tidak bertanggungjawab, sesuka hati tolak autodebit bank anda, polisi insurans / sijil takaful tidak diterima.

Takaful hayat biasa, kad perubatan tak ada dibuat secara panggilan telefon.

Bincang dan berjumpalah dengan agent/konsultan takaful.

Soal sama ada anda sign up takaful atau tidak itu adalah perkara ke-18. Perkara utama kami adalah memberi anda maklumat dan pelan takaful yang betul.

Meh kita bincang. 013-404 4072