Selekoh Bahaya Highway Elite Tol Putrajaya
Kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya sendiri menghadapi kemalangan yang hampir meragut nyawa saya. Kejadian ni berlaku pada September 2014.
Pengalaman berhadapan dengan kemalangan bukanlah sesuatu pengalaman yang seronok untuk dikongsikan bersama seperti mana pengalaman jalan-jalan bercuti. Tapi di sini saya ingin kongsikan agar anda lebih bersedia apabila menghadapi kecemasan.
Lokasi kemalangan ialah di selekoh exit tol Putrajaya (ambil kad) Highway Elite. Sebenarnya laluan ni biasa aja, tapi banyak kes kemalangan berlaku pada orang lain sebelum terjadi pada saya.
Saya gunakan gambar screenshot dari Google Instant Street View dan juga gambar kejadian sebenar yang dialami saya pada hari kejadian.
Susur keluar selepas tol Putrajaya Elite |
Pada hari kejadian, saya dalam perjalanan ke Shah Alam dari Putra Perdana, Puchong untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan saudara.
Macam biasa lepas daripada plaza tol Putrajaya Highway Elite, saya tak pecut laju mana pun. Setibanya di selekoh susur ke Ipoh/Shah Alam, saya pun layan la corner macam drive kebiasaan.
Tapi, secara tiba-tiba stereng saya seperti tak berfungsi. Macam ibarat tayar pecah, stereng tak dapat dikawal. Pusing punya pusing tanya tak nak ikut. Dalam keadaan macam tu, kereta saya seperti tergelincir dari jalan dan..... BAAAAAAAMMMMMMM...
Kereta saya menghentam divider jalan....
Bulatan merah adalah divider baru yang ditukar kerana kemalangan kereta lain sebelum saya |
Dengan sekali hentaman, saya tak pasti kereta saya berpusing berapa kali (360 darjah pusing) sebab airbag meletup ketika hentaman divider tadi.
Jari tercover kamera, waktu ni mulut sedang berdarah sikit kena stereng |
Lepas kereta saya berhenti berpusing, saya menyangkakan gigi saya patah lepas tengok mulut berdarah dan keadaan airbag yang dah meletup, tapi sebenarnya cuma pendarahan mulut. Ketika kejadian saya bersama isteri saya. Kecederaan yang dialami isteri saya lebih teruk berbanding saya kerana cermin windscreen di bahagian isteri saya pecah ke dalam. Air bag meletup dan kami pakai tali pinggang seat belt, mengurangkan impak kecederaan pada anggota badan.
Airbag kereta yang meletup keluar |
Saya tarik hand brake dan keluar daripada kereta untuk melihat keadaan isteri saya dan bawa dia ke tepi pembahagi jalan.
Memang banyak kereta yang lalu-lalang ketika itu, namun hanya sebuah kereta yang berhenti itu pun saya lihat pemandu dan penumpang kereta tu tak membantu apa-apa. This is Malaysia, orang lebih suka snap photo daripada membantu.
Melihat kecederaan isteri saya, saya terus call bantuan plus ronda (1-800-88-0000 sila simpan nombor ini dalam telefon anda). Nombor plus ronda memang ada dalam simpanan telefon saya tapi waktu kejadian saya memang blur habis nak cari dalam telefon dan saya dapatkan nombor bantuan plus ronda di belakang kad touch n go Plusmiles saya.
Sementara menunggu kedatangan bantuan plus ronda, saya mengambil beberapa gambar kereta saya dan tempat kejadian bagi memudahkan laporan polis dan tuntutan insurans nanti.
Tak lama lepas tu, dalam masa 5 minit, sebuah trak plus ronda tiba di lokasi kejadian dan secara kebetulan sebuah mpv polis eagle eyes juga datang ke lokasi kejadian. Anggota plus ronda telah menghantar saya dan isteri ke exit tol berikutnya iaitu Bandar Saujana Putra bagi mendapatkan rawatan di klinik. Kat klinik, saya dirawatkan oleh nurse yang merupakan klien takaful saya. Kena injection juga walaupun saya tak cedera teruk.
Okay, bila call plus ronda, anda perlu nyatakan perkara berikut bagi memudahkan bantuan plus ronda tiba dengan cepat.
1. Kecemasan dan kecederaan yang dialami.
Waktu call plus ronda, saya minta sekali ambulan tapi sayangnya pihak ambulan hospital putrajaya hanya menghubungi saya setelah 1 jam kejadian dan saya dan isteri telah selesai rawatan pesakit luar di klinik bandar saujana putra. Sangat mengejutkan juga kerana mereka lewat untuk respon panggilan kecemasan yang dibuat, tapi itulah realitinya yang berlaku pada saya.
2. Nyatakan lokasi kilometer kejadian/insiden
Perhatikan setiap 100 meter kat highway ada tanda bacaan kilometer. Bila buat call, bacaan atau lokasi kilometer ni sangat penting bagi membolehkan bantuan tiba dengan segera.
Contoh papan bacaan kilometer highway |
Kereta saya dibawa ke tol Bandar Saujana Putra oleh plus ronda dan mereka hanya bantu sampai di situ sahaja. Selepas tu pihak insurans yang datang amek kereta saya.
Selepas rawatan klinik, runner insurans kereta saya membawa saya ke Balai Polis Banting untuk buat report. Jauh betul, accident kat Putrajaya, report kat Banting. Tapi apa boleh buat dah kawasan kemalangan saya tu bawah Trafik Banting.
Semasa buat report, saya tunjukkan gambar-gambar yang saya snap kepada anggota bagi memudahkan beliau menaip report. Selesai report, saya kena saman RM 300 "Own Damage" langgar divider plus. Hurm, bengang jugak la dah la bukan saya nak accident, dah tu kena pulak saman RM 300 (saman belum bayar lagi).
Kejadian kemalangan yang saya alami ialah pada September 2014. Namun bila lihat semula Google Instant Street View, anda boleh dapati dan lihat banyak divider yang telah ditukar baru kerana pernah dihentam oleh kereta. Nak kata selekohnya tajam, biasa aja. Tapi pastinya setiap pemandu yang pernah langgar divider ni ada ceritanya masing-masing.
Bulatan kuning adalah bahagian divider yang saya hentam manakala bulatan merah pula adalah orang hentaman kereta lain.
Kereta saya claim insurans hampir RM 14,000 untuk kos pembaikan semula. Claim insurans la untuk kereta dan untuk kecederaan kemalangan claim outpatient accident benefit sebab saya agen takaful mesti la ada polisi medical untuk diri sendiri dan isteri.
Sebagai menghargai bantuan pantas plus ronda, saya hantar satu emel kepada plus customer service. Mohon jangan ketawa pada ayat saya yang terakhir.
Plus reply semula,
Pengajaran yang boleh anda ambil.
1. Simpan nombor telefon kecemasan pengendali highway yang anda kerap lalu. Anda tak kan tahu bila masanya anda akan perlukan.
2. Periksa kecederaan yang dialami kemudian lepas keadaan dah stabil baru ambil gambar kejadian.
3. Belajar membaca papan arah dan papan bacaan kilometer ketika di highway.
4. Simpan sekeping polisi insurans kereta dalam kereta anda beserta nombor telefon kecemasan insurans.
5. Pakai tali pinggang keselamatan ketika memandu. Perbuatan mudah ini memberi kesan yang sangat besar apabila berlaku pelanggaran. Ianya mampu membantu menyelamatkan nyawa.
6. Dapatkan insurans kemalangan peribadi. Kalau terjadi apa-apa perkara buruk sekurang-kurangnya masalah kewangan tak akan jadi satu lagi masalah besar pada diri anda. Yang ni boleh bincang dengan saya untuk dapatkan insurans peribadi.
Satu ketika dahulu, saya pernah menulis tips menghadapi kecemasan di jalan raya http://www.hidupmatiku.com/2013/09/tips-menghadapi-kecemasan-ketika.html dan saya memang kerap berhenti bagi bantuan kemalangan kalau saya drive sorang diri. Siapa sangka kali ni saya sendiri terlibat dalam kemalangan. Nama pun dah malang tak berbau kan.
Keadaan kereta masa lawatan ke bengkel |
Pasang Front Strut Bar lepas kejadian accident |
Sehingga kini, saya masih menggunakan laluan ini setiap minggu untuk ke MAA Takaful Bandar Baru Klang dan divider di selekoh ini masih kerap menjadi hentaman kereta-kereta di sekeloh ni.
Alhamdulillah Allah panjangkan nyawa saya dan isteri. Tapi, saya rasakan something misteri pada selekoh ni. Maybe plus kena buat doa selamat sikit kot. Wallahualam.