Sunday, November 16, 2014

Jangan Marah Tikus

Jangan marah tikus !

Erk nampak macam weird je bila dengar ada orang cakap jangan marah kat tikus.

Tapi ada kebenarannya jugak. Tikus akan semakin mengganas bila kita marah kat dia.

Ada jugak orang kata tikus ni jenis haiwan yang pendendam, tang sapa yang marah kat dia, dia akan gigit lebih banyak harta benda kat rumah dan silap hari bulan boleh gigit jari kaki orang yang marah kat dia time tengah tido.


Cerita pasal tikus ni bermula satu malam masa tido kat rumah mentua sy. Sebab ada banyak keje nak setel, maka mata pun kena paksa pejam lambat. 

Dalam tengah ralit dok buat keje kul 2-3 pagi, duk dengar 'dang dung dang' bunyi dalam belakang almari rumah mertua sy. Sebab geram konsentrasi kerja terganggu, sy pun tengok la apa hal bising2 kat almari.


Sekali bukak almari, ceh berbau hapak kencing tikus da...


Sy pun mgomel la marah tikus yang kencing dalam almari, lagi buat bising. Melawan tikus ni, makin dia bising plak. Sampai satu tahap terpacul keluar dari mulut sy cakap kat tikus belakang almari 'Eh ko nak mati ke dah la bising malam2, kencing merata lagi'.


Sekali tikus tu boleh menyahut pulak 'chiiiittttttttttt' bunyi dia balas apa yg sy cakap kat dia.


Kira tikus tu faham la sy mengancam dia, boleh balas dengan bunyi decitan dia tu.


Dah pukul 3 pagi sebab sy duk hingar bingar, wife sy yg tido lena pun terjaga.


Dia jaga bukan nak join sy marah tikus, tapi dia boleh plak cakap "abang, jangan marah tikus la. nanti dia dendam"


Hahahahaha... :D


Dah la tikus ni kategori haiwan perosak, kencing dia boleh buat penyakit oo... Malam2 org nak concentrate buat kerje, dia boleh bising da tu kita tak boleh marah dia ?


Sebab tak puas hati, malam tu sy google pasal kes marah tikus dan hasilnya....


90% hasil yg sy dapat, sapa marah tikus, tikus akan semakin menganas dan gigit sana sini.


Macam x logik tapi mungkin ada hikmahnya kenapa kita tak boleh marah tikus secara direct.

Maka tak hairan la kalau ada org gelar tikus dengan gelaran CIK T, Miki Mouse dan sebagainya.

Apa lagi, terus sy tak boleh tido sampai ke subuh sebab Cik T yang sy marahkan tadi lebih bising dan aggresif belakang almari dari sebelumnya.


Tunggu la hari siang, kita buru dia dan buang dia jauh2. 

Bukan sebab tak suka kat Cik T...
Memang Cik T pun makhluk Allah...
Tapi Cik T ni makhluk perosak yang boleh bawa mudarat kat manusia..

Kalau Cik T ni tak bawa mudarat, dah lama sy bela Cik T macam bela kucing.. 


Korang yang belum pernah marah tikus, jangan marah2 dia ya..

Memang benar tikus ni pendendam...

Cakap macam ni kat dia "sayang, jangan la bising2. pegi main kat luar tu ya, sini rumah orang bukan tempat tinggal sayang." Perghhh ayat mengalah macam cakap dengan makwe.


Sy share sikit petua yg sy dapat untuk halau tikus hasil carian pasal tikus malam tu



  • Letak daun durian belanda kat port tikus suka melepak
  • Pasang perangkap tikus jenis gam (hati mesti kering bila nak buang tikus yang melekat hidup2 kat perangkap gam)
  • Pasang perangkap tikus jenis snap (yang ni bahaya kalau ada budak kat rumah, takut bukan tikus yang kena, tapi tangan atau kaki budak yang terkepit kena)
  • Beli racun tikus berbentuk biskut bulat kat kedai hardware

Tak percaya cuba korang try test :D 



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Rancang Pendidikan Anak

Merancang pendidikan anak perlulah dimulakan ketika anak masih kecil.

Kesilapan ibu bapa ialah tidak memiliki pelan perlindungan kewangan untuk anak mereka jika meninggal dunia semasa anak belum dewasa.

Jika awak sebagai ibu bapa meninggal terlebih dahulu, siapa yang betul² ambil alih tanggungjawab untuk menjaga anak awak ?

Umur panjang, itu nikmat hidup Allah bagi pada kita.
Umur tak berapa panjang, itu juga ketentuan Allah.


Apa jadi pada anak dan keluarga yang kita tinggalkan ?
Renung²kan.

Boleh contact saya untuk kita bincang perlindungan kewangan takaful buat family anda.

Whatsapp boleh, telegram pun boleh
013.404.4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, July 25, 2014

ASTRO Meterai Kontrak Syarikat ISRAEL ?

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.


ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Jika selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan, caj perkhidmatan yang tidak munasabah, servis khidmat pelanggan yang teruk dan pemasaran paksa rela. Namun, tiada mana-mana pihak berwajib yang berani menempelak dan 'menjentik' ASTRO hatta Kementerian Penerangan dan SKMM pun tak boleh buat apa-apa.

Perkhidmatan ASTRO masih tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Malah, iklan yang ditayangkan lebih banyak sampai kadang kala kita keliru sama ada kita bayar langganan bulanan untuk tonton iklan atau program tv. 

Tapi satu perkara dipertingkatkan ASTRO hanyalah bayaran bil yang dikenakan kepada pelanggan. kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan. Lambat bayar sehari, POTONG. Reconnection ? Bayar RM 20.

Terkini, satu pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.

Jika benar pendedahan ini, Kepada pengguna ASTRO, anda kini menyumbang dana kepada ISRAEL bagi membunuh rakyat Palestine melalui bayaran langganan bulanan perkhidmatan ASTRO.





Sumber Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki - Klik Sini

Pengesahan status Amdocs sebagai syarikat milik Israel - Klik Sini

Amdocs bags Malaysian PayTV contract with Astro - Klik Sini



BOIKOT ASTRO
Meh pakai Hypp TV, ABN Express
Tak pun, pakai Skybox, Openbox

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, July 24, 2014

Baju Raya Jakel Aaron Aziz & Zizan; Indah Khabar Dari Rupa


Bagi korang yang masih mencari-cari baju melayu untuk beraya tahun ni, tak payah la korang cari kat Jakel. Aku sarankan korang cari baju melayu kat gerai-gerai baju Jalan Tar, lagi korang puas hati.

Korang tentu tertanya-tanya kenapa..

Di awal-awal pelancaran baju melayu Jakel ni memang hot gedung-gedung Jakel dikunjungi oleh umat manusia. Dah la parking kereta payah nak dapat, kat dalam Jakel tu pun boleh jem dengan umat manusia. Tak boleh bergerak aku cakap kat ko.

Aku sendiri dah pergi Jakel Jalan Tar. Harga bukan main lagi kaw-kaw punya, tapi kualiti... Elok lagi kat gerai luar tu. Tapi yang peliknya, ramai giler orang sibuk membeli. Tak berbaloi pun semata-mata nak dapat sampin baju free. Hahahaha.

Kalau korang tanya pasal iklan Jakel baju melayu serendah RM 80 tu, korang akan jumpa baju melayu stok lama dan saiz XL ke atas. Tu pun dia jual kat bahagian luar siar kaki Jakel. Ceh, aku tengok pun tak lalu nak beli. Stok lama, tengok kotak wrapping dia pun dah boleh tau.

Bersesak punya bersesak dalam Jakel tu, last-last aku keluar, pergi beli baju melayu kat gerai Jalan Tar. Harga best, kualiti pun sangat puas hati. Takat nak sampin free Jakel tu, duit extra baju melayu beli kat Jalan Tar korang boleh dapat 5 helai sampin cantik-cantik lagi. Hahahahaha.

Selain komen peribadi aku ni, ada jugak komen dari pembeli dan bakal pembeli;




Anyway, bagi aku ini adalah strategi perniagaan Jakel. Dia pandai manipulasi harga dengan iklan, happy hour dan guna nama artis untuk lariskan perniagaan dia.

Secara lahiriahnya, Jakel tak menipu pelanggan.
Tapi, pelanggan yang tertipu dengan Jakel.

Harga baju melayu Jakel, korang bayar sekali;
• Royalti artis
• Kos marketing Jakel

Tu yang bikin mahal dan tak berbaloi, tambah lagi dengan isu kualiti.

Acaner ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, April 1, 2014

Pocong Di Tengah Jambatan Kedua P.Pinang ?





Bayan Lepas

Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

Laporan Sinar Harian [link]


Kelibat atau penampakan pocong adalah gangguan dari jin dan syaitan. Jin dan syaitan boleh menyerupai apa jua bentuk kerana mereka ingin menakutkan manusia seperti janji mereka dahulu untuk menyesatkan umat manusia.

Di Malaysia, jin menyerupai pocong, pontianak dan benda-benda yang kita tengok boleh jadi takut. 

Tetapi di tempat lain, jin menyerupai benda lain yang ditakuti oleh penduduk di tempat itu. Contohnya di Korea takda pocong, yang ada Ju On, pontianak, drakula dan sebagainya. Seperti juga di negara China, hantu melompat² bertangkal macam dalam movie hanya ada kat sana, takda kat Malaysia.

Oleh tu, bila kita ternampak benda-benda macam ni, kita kenalah baca apa-apa ayat Quran untuk jauhkan gangguan jin dan syaitan, terutama sekali ayatul Qursi.


Nampak 'hantu' boleh dikatakan 'rezeki'. Sebab bukan semua orang boleh nampak hantu jin dan syaitan ni. Dan dalam hidup seseorang, mungkin ada yang tak berpeluang langsung untuk nampak hantu.

Apa pun, kita tak layak untuk takut kepada jelmaan jin dan syaitan kerana taraf kita sebagai manusia lebih tinggi daripada mereka dan kita adalah manusia, sebaik-baiknya makhluk ciptaan Allah.

Jangan panik kalau nampak 'hantu' gangguan jin dan syaitan. Ingat dan yakinlah, bahawa di kiri dan kanan kita sentiasa ada malaikat yang mengikuti kita setiap hari iaitu malaikat Raqib dan Atid.


Bila buat jahat tak takut
Bila nampak hantu bukan main lagi takut

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, March 31, 2014

Download Flash Mini Games Percuma


Flash mini games adalah games bersaiz ringan yang pada suatu masa dahulu menjadi kegilaan peminat gamers kerana ianya bersifat simple dan mudah tanpa perlu installasi yang rumit.

Muat turun Flash Mini Games secara percuma di sini.

Download Flash Mini Games Free here.

Selepas selesai download, anda hanya perlu extract folder terus dan terus bermain. Tak perlu install apa². Enjoy :D

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, March 28, 2014

SKIM MYHOME: Cara-cara Membuat Permohonan



Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) akan dibuka beberapa hari lagi. Pasti ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar. Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.


Namun ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini, Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:

Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pembelian adalah rumah pertama
4. Bantuan (Subsidi) maksimum RM 30,000
5. Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
6. My Home 1:

  • Pendapatan isi rumah: RM 3,000 hingga RM 4,000
  • Jualan harga rumah; Semenanjung RM 80,000 hingga RM 120,000
  • Jualan harga rumah; Sabah Sarawak RM 90,000 hingga RM 120,000
7. My Home 2:
  • Pendapatan isi rumah: RM 4,001 hingga RM 6,000
  • Jualan harga rumah; Semenanjung RM 120,001 hingga RM 200,000
  • Jualan harga rumah; Sabah Serawak RM 120,001 hingga RM 200,000

Cara-cara Membuat Permohonan

1. Muat turun borang permohonan rasmi menerusi ; http://ehome.kpkt.gov.my atau

2. Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (seluruh negara)

Borang permohonan dibuka mulai 1 April 2014.

Kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda melalui button Like & Share di bawah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, March 27, 2014

Tok Moh Kembali Lagi: Menyeru Mayat Untuk Timbul


Di saat getir status kehilangan MH 370 yang masih lagi menjadi misteri, tok moh ni masih tak berhenti membuat ritual aneh yang dicampur aduk dengan kalimah suci.

Sudah tempoh hari ibeliau mendakwa kapal terbang MH 370 tergantung di langit antara 3 negara, sekarang beliau kembali dengan ritual menyeru 'mayat' MH 370 supaya timbul. Apakah beliau akan kata MH 370 tenggelam antara 3 lautan pula ?

Anda saksikan dan nilaikan sendiri perbuatan tok moh ini.

Seluruh mata sedang melihat Malaysia sekarang ini, apakah dengan ritual tok moh ini akan menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati Islam ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, March 26, 2014

Pusat Fisioterapi Bertaraf Dunia


Jika anda mencari pusat rawatan fisioterapi yang lengkap dan bertaraf word class, saya mencadangkan anda untuk datang ke Physio Savvy.

Bagi anda yang tak tahu apa itu rawatan fisioterapi, secara mudahnya fisioterapi adalah satu rawatan untuk membantu mereka yang cedera, sakit atau hilang upaya dari segi pergerakan tubuh badan melalui cara senaman, aktiviti fizikal, terapi manual, pendidikan dan khidmat nasihat.

Rawatan yang ditawarkan oleh Physio Savvy seperti dalam gambar.


  • Musculosketel Disorders
  • Neorological Conditions
  • Sport Injuries
  • Foot Conditions


Bagi anda yang perlukan dan mencari rawatan fisioterapi terbaik, cubalah di sini.

Lawat laman web rasmi Physio Savvy untuk lebih maklumat lanjut.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, March 25, 2014

Cara Daftar MyAccount MAA Takaful

Peserta MAA Takaful kini boleh terus menyemak status sijil takaful seperti penamaan Hibah, melaksanakan bayaran caruman bulanan, mencetak resit bayaran, penyata pelepasan cukai dan macam-macam lagi secara atas talian.

Post kali ini saya akan bantu anda selaku pencarum MAA Takaful untuk daftar MyAccount secara PERCUMA khas untuk pelanggan MAA Takaful.

1. Daftar MyAccount. Log masuk ke sistem akaun pelanggan MAA Takaful atau lebih dikenali dengan MyAccount. Klik di [SINI] untuk ke portal MyAccount.
  

Bagi pendaftaran kali pertama, klik pada First Time User untuk mendaftar


Pengguna pertama kali mendaftar, anda perlu lengkapkan maklumat sijil takaful seperti screenshot di bawah.

Untuk pelanggan di bawah naungan saya, boleh contact saya untuk dapatkan detail sijil takaful anda. Yang lain, boleh contact konsultan masing-masing.



Selesai isi maklumat sijil, anda akan terima pesanan sms di telefon anda untuk temporary password.

Teruskan login ke akaun anda menggunakan temporary password tersebut. Kemudian setelah berjaya log masuk, anda akan diminta untuk menukar password seperti di bawah.



Tahniah !
Anda telah berjaya & selesai mendaftar MyAccount.
.

Anda boleh melihat dan menyemak sijil takaful anda secara online.

Anda boleh melaksanakan bayaran caruman takaful secara FPX via MEPS.

Anda boleh menyemak penamaan sijil takaful anda.

Dan pelbagai lagi fungsi yang lain.


BAUCAR KFC PERCUMA UNTUK PENDAFTARAN BARU MYACOUNT MAA TAKAFUL

Daftar MyAccount MAA Takaful sebelum 13 Mei 2014 dapat percuma baucar KFC bernilai RM 10.00
 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, March 24, 2014

Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai [Tax Relief] Bagi Pencarum MAA Takaful

UPDATE 2016: Perubahan interface portal MAA Takaful
Klik sini untuk cara pendaftaran MyAccount MAA: [Sini]
Klik sini untuk cara cetak tax relief MAA Takaful: [Sini]


Pencarum MAA Takaful boleh mendapatkan pelepasan cukai setiap tahun bagi caruman takaful yang dibayar oleh pencarum. Untungnya mencarum takaful bila caruman dapat meningkatkan jumlah simpanan saham amanah dan pada masa yang sama amaun caruman yang dibayar layak mendapat pelepasan cukai tahunan.

Untuk makluman tuan/puan/adik/abang/kakak sekalian, had maksima bagi pelepasan cukai bagi tahun pentaksiran 2013 ialah RM 6,000 bagi insurans/takaful hayat dan RM 3,000 bagi insurans/takaful perubatan dan pendidikan.

Post kali ini saya akan bantu anda selaku pencarum MAA Takaful untuk mendapatkan dan mencetak penyata bagi pelepasan cukai caruman takaful tuan/puan.

1. Daftar MyAccount. Log masuk ke sistem akaun pelanggan MAA Takaful atau lebih dikenali dengan MyAccount. Klik di [SINI] untuk ke portal MyAccount.
  

Bagi pendaftaran kali pertama, klik pada First Time User untuk mendaftar. Jika tuan/puan telah mendaftar MyAccount, hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (jangan lupa sertakan dash '-') dan kata laluan.


Untuk pengguna yang telah berdaftar, sila terus ke point nombor 2.


Pengguna pertama kali mendaftar, anda perlu lengkapkan maklumat sijil takaful seperti screenshot di bawah.



Selesai isi maklumat sijil, anda akan terima pesanan sms di telefon anda untuk temporary password.

Teruskan login ke akaun anda menggunakan temporary password tersebut. Kemudian setelah berjaya log masuk, anda akan diminta untuk menukar password seperti di bawah.


Selesai daftar. Teruskan di point seterusnya.

2. Cetak penyata pelepasan cukai pendapatan.


Di portal MyAccount anda, klik pada Customer Service dan pilih Print Income Tax Statement.



Pilihan tahun penyata yang dikehendaki, Tick pada Print Statement dan anda sekarang boleh cetak penyata anda.


Pastikan anda membenarkan Pop Up Blocker untuk portal MyAccount MAA Takaful.


3. Cetak. Inilah contoh penyata pelepasan cukai pendapatan yang anda akan dapat secara atas talian. Jangan lepaskan peluang untuk 'tax relief' ini ya.


BAUCAR KFC PERCUMA UNTUK PENDAFTARAN BARU MYACOUNT MAA TAKAFUL

Daftar MyAccount MAA Takaful sebelum 13 Mei 2014 dapat percuma baucar KFC bernilai RM 10.00
 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

9 Pembaziran Tanpa Disedari

Ibnu Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

l. Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Gelagat Syaitan Di Majlis Kenduri

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. 
 
Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? 
 
Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. 
 
Sudah sah lah yangg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai-bagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.....
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

9 Jenis Anak Syaitan

Sebarkan pada rakan-rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari di mana syaitan-syaitan ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour .

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.



7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pantun Malas Sembahyang


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah


Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


Koleksi Artikel myMasjid




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus