Monday, March 31, 2014

Download Flash Mini Games Percuma


Flash mini games adalah games bersaiz ringan yang pada suatu masa dahulu menjadi kegilaan peminat gamers kerana ianya bersifat simple dan mudah tanpa perlu installasi yang rumit.

Muat turun Flash Mini Games secara percuma di sini.

Download Flash Mini Games Free here.

Selepas selesai download, anda hanya perlu extract folder terus dan terus bermain. Tak perlu install apa². Enjoy :D

Friday, March 28, 2014

SKIM MYHOME: Cara-cara Membuat Permohonan



Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) akan dibuka beberapa hari lagi. Pasti ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar. Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.


Namun ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini, Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:

Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pembelian adalah rumah pertama
4. Bantuan (Subsidi) maksimum RM 30,000
5. Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
6. My Home 1:

  • Pendapatan isi rumah: RM 3,000 hingga RM 4,000
  • Jualan harga rumah; Semenanjung RM 80,000 hingga RM 120,000
  • Jualan harga rumah; Sabah Sarawak RM 90,000 hingga RM 120,000
7. My Home 2:
  • Pendapatan isi rumah: RM 4,001 hingga RM 6,000
  • Jualan harga rumah; Semenanjung RM 120,001 hingga RM 200,000
  • Jualan harga rumah; Sabah Serawak RM 120,001 hingga RM 200,000

Cara-cara Membuat Permohonan

1. Muat turun borang permohonan rasmi menerusi ; http://ehome.kpkt.gov.my atau

2. Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (seluruh negara)

Borang permohonan dibuka mulai 1 April 2014.

Kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda melalui button Like & Share di bawah.

Thursday, March 27, 2014

Tok Moh Kembali Lagi: Menyeru Mayat Untuk Timbul


Di saat getir status kehilangan MH 370 yang masih lagi menjadi misteri, tok moh ni masih tak berhenti membuat ritual aneh yang dicampur aduk dengan kalimah suci.

Sudah tempoh hari ibeliau mendakwa kapal terbang MH 370 tergantung di langit antara 3 negara, sekarang beliau kembali dengan ritual menyeru 'mayat' MH 370 supaya timbul. Apakah beliau akan kata MH 370 tenggelam antara 3 lautan pula ?

Anda saksikan dan nilaikan sendiri perbuatan tok moh ini.

Seluruh mata sedang melihat Malaysia sekarang ini, apakah dengan ritual tok moh ini akan menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati Islam ?

Wednesday, March 26, 2014

Pusat Fisioterapi Bertaraf Dunia


Jika anda mencari pusat rawatan fisioterapi yang lengkap dan bertaraf word class, saya mencadangkan anda untuk datang ke Physio Savvy.

Bagi anda yang tak tahu apa itu rawatan fisioterapi, secara mudahnya fisioterapi adalah satu rawatan untuk membantu mereka yang cedera, sakit atau hilang upaya dari segi pergerakan tubuh badan melalui cara senaman, aktiviti fizikal, terapi manual, pendidikan dan khidmat nasihat.

Rawatan yang ditawarkan oleh Physio Savvy seperti dalam gambar.


  • Musculosketel Disorders
  • Neorological Conditions
  • Sport Injuries
  • Foot Conditions


Bagi anda yang perlukan dan mencari rawatan fisioterapi terbaik, cubalah di sini.

Lawat laman web rasmi Physio Savvy untuk lebih maklumat lanjut.


Tuesday, March 25, 2014

Cara Daftar MyAccount MAA Takaful

Peserta MAA Takaful kini boleh terus menyemak status sijil takaful seperti penamaan Hibah, melaksanakan bayaran caruman bulanan, mencetak resit bayaran, penyata pelepasan cukai dan macam-macam lagi secara atas talian.

Post kali ini saya akan bantu anda selaku pencarum MAA Takaful untuk daftar MyAccount secara PERCUMA khas untuk pelanggan MAA Takaful.

1. Daftar MyAccount. Log masuk ke sistem akaun pelanggan MAA Takaful atau lebih dikenali dengan MyAccount. Klik di [SINI] untuk ke portal MyAccount.
  

Bagi pendaftaran kali pertama, klik pada First Time User untuk mendaftar


Pengguna pertama kali mendaftar, anda perlu lengkapkan maklumat sijil takaful seperti screenshot di bawah.

Untuk pelanggan di bawah naungan saya, boleh contact saya untuk dapatkan detail sijil takaful anda. Yang lain, boleh contact konsultan masing-masing.



Selesai isi maklumat sijil, anda akan terima pesanan sms di telefon anda untuk temporary password.

Teruskan login ke akaun anda menggunakan temporary password tersebut. Kemudian setelah berjaya log masuk, anda akan diminta untuk menukar password seperti di bawah.



Tahniah !
Anda telah berjaya & selesai mendaftar MyAccount.
.

Anda boleh melihat dan menyemak sijil takaful anda secara online.

Anda boleh melaksanakan bayaran caruman takaful secara FPX via MEPS.

Anda boleh menyemak penamaan sijil takaful anda.

Dan pelbagai lagi fungsi yang lain.


BAUCAR KFC PERCUMA UNTUK PENDAFTARAN BARU MYACOUNT MAA TAKAFUL

Daftar MyAccount MAA Takaful sebelum 13 Mei 2014 dapat percuma baucar KFC bernilai RM 10.00
 

Monday, March 24, 2014

Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai [Tax Relief] Bagi Pencarum MAA Takaful

UPDATE 2016: Perubahan interface portal MAA Takaful
Klik sini untuk cara pendaftaran MyAccount MAA: [Sini]
Klik sini untuk cara cetak tax relief MAA Takaful: [Sini]


Pencarum MAA Takaful boleh mendapatkan pelepasan cukai setiap tahun bagi caruman takaful yang dibayar oleh pencarum. Untungnya mencarum takaful bila caruman dapat meningkatkan jumlah simpanan saham amanah dan pada masa yang sama amaun caruman yang dibayar layak mendapat pelepasan cukai tahunan.

Untuk makluman tuan/puan/adik/abang/kakak sekalian, had maksima bagi pelepasan cukai bagi tahun pentaksiran 2013 ialah RM 6,000 bagi insurans/takaful hayat dan RM 3,000 bagi insurans/takaful perubatan dan pendidikan.

Post kali ini saya akan bantu anda selaku pencarum MAA Takaful untuk mendapatkan dan mencetak penyata bagi pelepasan cukai caruman takaful tuan/puan.

1. Daftar MyAccount. Log masuk ke sistem akaun pelanggan MAA Takaful atau lebih dikenali dengan MyAccount. Klik di [SINI] untuk ke portal MyAccount.
  

Bagi pendaftaran kali pertama, klik pada First Time User untuk mendaftar. Jika tuan/puan telah mendaftar MyAccount, hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (jangan lupa sertakan dash '-') dan kata laluan.


Untuk pengguna yang telah berdaftar, sila terus ke point nombor 2.


Pengguna pertama kali mendaftar, anda perlu lengkapkan maklumat sijil takaful seperti screenshot di bawah.



Selesai isi maklumat sijil, anda akan terima pesanan sms di telefon anda untuk temporary password.

Teruskan login ke akaun anda menggunakan temporary password tersebut. Kemudian setelah berjaya log masuk, anda akan diminta untuk menukar password seperti di bawah.


Selesai daftar. Teruskan di point seterusnya.

2. Cetak penyata pelepasan cukai pendapatan.


Di portal MyAccount anda, klik pada Customer Service dan pilih Print Income Tax Statement.



Pilihan tahun penyata yang dikehendaki, Tick pada Print Statement dan anda sekarang boleh cetak penyata anda.


Pastikan anda membenarkan Pop Up Blocker untuk portal MyAccount MAA Takaful.


3. Cetak. Inilah contoh penyata pelepasan cukai pendapatan yang anda akan dapat secara atas talian. Jangan lepaskan peluang untuk 'tax relief' ini ya.


BAUCAR KFC PERCUMA UNTUK PENDAFTARAN BARU MYACOUNT MAA TAKAFUL

Daftar MyAccount MAA Takaful sebelum 13 Mei 2014 dapat percuma baucar KFC bernilai RM 10.00
 

9 Pembaziran Tanpa Disedari

Ibnu Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

l. Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Gelagat Syaitan Di Majlis Kenduri

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. 
 
Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? 
 
Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. 
 
Sudah sah lah yangg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai-bagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.....
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999

9 Jenis Anak Syaitan

Sebarkan pada rakan-rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari di mana syaitan-syaitan ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour .

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.



7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Pantun Malas Sembahyang


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah


Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


Koleksi Artikel myMasjid




Waktu Diharamkan Sembahyang

1. Waktu syuruk iaitu 28 minit selepas Subuh ketika matahari baru naik ke langit. Sebagai contoh Subuh dari pukul 5.35 pagi hingga 7.05 pagi. Pukul 7.05 pagi + 28 minit= 7.33 pagi

Oleh demikian dari pukul 7.05 pagi hingga 7.33 pagi ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah s.a.w mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang menyembah matahari.  Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00 pagi dan ingin mengqadakan sembahyang Subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10 minit sebelum waktu zohor.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. 

Payung Gaji

[STICKY POST] Posting ini amat penting kerana 9/10 daripada kita TAK PERNAH merancang perbelanjaan yang TIDAK DIRANCANG. Senang cerita, tak ada 'payung gaji', sekali hujan ribut habis terbang semua duit gaji.
_________
Untuk melihat posting terkini blog ini, sila [KLIK SINI] atau godek Stor Coretan di sebelah kanan ini.
_________

Ok, sambung cerita. Ramai antara kita TIADA payung gaji bagi melindungi gaji setiap bulan dari perbelanjaan yang tak dirancang.

Ikhlas cakap, pernah atau tidak kita rancang perbelanjaan berikut dalam checklist bulanan kita ; 

i. Perbelanjaan Perubatan - sakit perlu duit untuk rawatan, tak guna kalau gaji banyak tapi bila sakit tunggu masa nak mati (maaf kata) sebab tak ada simpanan perubatan.

ii Perbelanjaan Mati - perghhhh.... mana ada orang rancang bila nak mati. Ya, tiada siapa yang rancang bila nak mati. Tapi mati itu pasti dan tiada siapa hidup selamanya.

Mati pun ada belanja ke ? Adaaaaa. Kos pengebumian kita, mandi jenazah, kafan, kos hutang piutang dunia, siapa mau tanggung tu ?

Kerana perbelanjaan yang tak dirancang di atas, tanpa payung gaji, gaji setiap bulan yang dibawa pulang ke rumah untuk keluarga kita akan TERHENTI.

RUGINYA TAKDA KALAU TAKDA PAYUNG GAJI

JOM SAYA TUNJUKKAN
PAYUNG GAJI




Nak Payung Gaji Begini ?
Ada Nak Tanya-Tanya Pasal Payung Gaji ?

Boleh berhubung dengan saya bila-bila masa.
Sila rujuk profil atau

-PERINGATAN-

Payung gaji ini sama sekali tidak dapat memberi kesihatan yang telah hilang seperti mana ketika anda masih sihat, akan tetapi ianya dapat membantu anda mendapat rawatan hospital terbaik di 99 hospital pakar/swasta seluruh negara secara percuma. Oleh itu, gaji anda tidak terhakis dengan kos rawatan hospital.

Payung gaji ini juga sama sekali tidak dapat mengembalikan nyawa yang telah pergi, akan tetapi ianya dapat membantu ahli keluarga yang masih hidup bagi meneruskan perjalanan kehidupan tanpa perlu meraih simpati masyarakat.


RANCANG PERBELANJAAN 
YANG TIDAK DIRANCANG

Terdidik Kerana Sebijik Tembikai


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. 


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: 
“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” 

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: 
“ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. 
Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.