Saturday, December 28, 2013

Azam Tahun Baru -2014-

Tahun baru 2014, tinggal hanya beberapa jam aja lagi buat aku (tolak waktu tido, tolak waktu leka).

Seperti orang-orang kebiasaan, tahun baru adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada yang berbeza dari segi rutin kehidupan, mungkin yang berbeza bagi mereka ialah usia, berat badan dan kos sara hidup.

Bagi orang luar biasa (macam aku), tahun baru ialah satu lembaran baru yang penuh dengan misi dan matlamat. 

Bercakap pasal azam tahun baru, kalau ditanya pada semua, memang ramai yang akui setiap tahun pasti ada azam masing-masing. Persoalannya adakah azam yang kita tetapkan untuk tahun tersebut tercapai, terlaksana ataupun hanya sekadar melengkapkan azam diri sendiri sebab tengok semua orang masing-masing sibuk ber'azam'.

Kalau korang berazam untuk capai sesuatu, usahakanlah dan laksanakan segala langkah untuk korang realisasikan azam tu. Jangan jadikan azam tu hanya budaya hujung tahun, yang akhirnya bila tiba penghujung tahun berikutnya, azam tahun semasa tak tercapai dah korang buat azam lain pulak.


Aku nak kongsikan tips buat azam tahun baru yang boleh dimanfaatkan bersama.

1.  TETAPKAN AZAM BERDASARKAN KONSEP SMART

S= Specific (Terperinci)
M= Measureable (Boleh dihitung)
A= Attainable (Boleh dicapai)
R= Realitic (Boleh direalisasi)
T=Time bound (Had masa)

Ramai orang buat azam tanpa konsep SMART. Contohnya;

''Aku nak jadi kaya tahun depan.''
- Ok nak jadi kaya, tapi kaya apa ? Kaya banyak mana? Azam macam ni tak spesific dan tak measurable. Bila tiba hujung tahun, nak tau azam tercapai atau tidak, kita tak dapat nak hitung. Tau-tau syok sendiri aje dengan azam. Hehehe

Sebetulnya begini;
''Aku nak jadi kaya dengan memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM 100,000 sebelum bulan Disember 2014.''
- Spesifik - simpanan RM 100,000
- Boleh hitung - RM 100,000
- Boleh capai & realistic - RM 100,000 jumlah mudah untuk bisnesman. Kalau korang letak RM 1,000,000 tapi keje hanya makan gaji, memang tak realisitik melainkan dengan cara makan gaji dan makan rahsuah suap atau ada perancangan lain yang baik
- Time bound - sebelum bulan Disember 2014

Bila azam ada konsep SMART, senang korang nak tentukan azam korang tercapai atau tidak bila sampai hujung tahun untuk azam baru seterusnya. Azam yang terlaksana tentunya memberikan kepuasan hidup untuk korang. Kalau korang hidup tanpa matlamat atau azam, sia-sia aja bazir setahun demi setahun tanpa ada pencapaian untuk diri sendiri.

2. TULIS ATAU CATATKAN AZAM

Kadang-kadang kita berazam waktu tengah nak tido, waktu tengah berangan dan sewaktu dengannya. Jadi ada di antara kita berazam dan hanya ingat di hati, cara ini kurang berkesan untuk kejayaan azam kita. Sebabnya kita adalah manusia yang mudah lupa. Cuba ingat balik azam tahun 2013 korang, boleh korang ingat satu persatu ? 


Maka, korang perlu catatkan azam korang di tempat yang korang boleh nampak atau baca setiap hari. Cara tu membuatkan korang sentiasa berada di landasan yang betul untuk mencapai azam korang. Pergi aja kedai buku, beli planner yang tak sampai berapa ringgit. Catatkan azam korang dalam tu dan aktiviti korang untuk capai azam.

Untuk klien MAA Takaful, aku bagi planner 2014 free aje okeh ;)

3. REVIEW AZAM

Azam dah ada, tulis pun sudah.

Sekarang, bila tiba setiap penghujung bulan, bukak semula planner harian korang tu. Tengok balik apa yang dah korang buat untuk bulan tersebut dan bulan sebelumnya. Macam mana dengan progress azam korang sama ada perlu korang ubah pelaksanaannya, atau ubah azamnya ?

Jangan buat azam, kemudian bila agak-agak tak tercapai kemudian korang lupakan azam tersebut dan hidup macam orang-orang biasa yang lain. Ingat, bila korang buat azam, sebenarnya korang dah berjanji dengan diri sendiri

Beb, mohon jangan bohong atau tipu diri sendiri. Sehina-hina pembohongan adalah bohong pada diri sendiri. Kesian pada masa dan usia yang dah korang bazirkan.


Ya, kita perlu akui, tak semua azam tu kita tak mampu capai sebab berlakunya perkara yang kita tak rancang. Tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha setakat mana kemampuan kita untuk laksanakan azam kita berbanding kita tak buat apa-apa langsung.

Okaylah, setakat ini saja perkongsian aku, aku tak pandai nak menulis panjang-panjang. Tapi kalau bercakap, berceramah sebagainya Insya Allah aku boleh sampaikan dengan lebih baik kerana aku dah biasa dengan kerja tersebut. Menulis di blog ini untuk mengisi masa yang ada dengan penulisan yang boleh korang manfaatkan.

Selamat berazam tahun 2014 !

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D