Saturday, December 28, 2013

TUNDA KEMATIAN

KEMATIAN BOLEH DITUNDA

Kematian memang di tangan Allah. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda, iaitu melalui manfaat bersedekah dan memberi.

Suatu hari, Malaikat Maut mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, 

“Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Yang anak muda tadi maksudnya? Itu sahabat sekaligus muridku.”balas Ibrahim. 

“Ada apa dia datang menemuimu?” tanya Malaikat Maut

“Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi.” jawab Ibrahim

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi.” Habis berkata seperti itu, Malaikat Maut pergi meninggalkan Nabi Allah Ibrahim. 

Hampir saja Nabi Allah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Allah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabi Allah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut masih hidup dan sedang melangsungkan pernikahannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun.
Nabi Allah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Allah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Maut, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi? 

Malaikat Maut menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”
 
Di manapun anda berada, kematian memang di tangan Allah. Justeru itu, mempercepat dan melambatkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu dalam kalam Rasul-Nya, Muhammad shalla `alaih bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahawa ada perkara yang boleh menunda kematian, itu adalah SEDEKAH.

Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling anda. Bila anda bertemu dengan orang yang dalam kesusahan, bantulah mereka dengan menghulurkan bersedekah.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajal akan sampai. Dan, tidak seseorang pun yang mengetahui dalam keadaan bagaimana ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memperpanjang umur,  juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. 

Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan Husnul Khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memperpanjang umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar ampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian datang.

“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan” (An-Nisaa: 78)

Sumber: Ustad Yusuf Mansur. Salam Wisata Hati.

Artikel asal ini ditulis dalam gaya bahasa Indonesia.
Artikel ini telah disunting dan diperkemas struktur ayatnya bagi memberi manfaat dan kefahaman mudah kepada pembaca blog ini. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Azam Tahun Baru -2014-

Tahun baru 2014, tinggal hanya beberapa jam aja lagi buat aku (tolak waktu tido, tolak waktu leka).

Seperti orang-orang kebiasaan, tahun baru adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada yang berbeza dari segi rutin kehidupan, mungkin yang berbeza bagi mereka ialah usia, berat badan dan kos sara hidup.

Bagi orang luar biasa (macam aku), tahun baru ialah satu lembaran baru yang penuh dengan misi dan matlamat. 

Bercakap pasal azam tahun baru, kalau ditanya pada semua, memang ramai yang akui setiap tahun pasti ada azam masing-masing. Persoalannya adakah azam yang kita tetapkan untuk tahun tersebut tercapai, terlaksana ataupun hanya sekadar melengkapkan azam diri sendiri sebab tengok semua orang masing-masing sibuk ber'azam'.

Kalau korang berazam untuk capai sesuatu, usahakanlah dan laksanakan segala langkah untuk korang realisasikan azam tu. Jangan jadikan azam tu hanya budaya hujung tahun, yang akhirnya bila tiba penghujung tahun berikutnya, azam tahun semasa tak tercapai dah korang buat azam lain pulak.


Aku nak kongsikan tips buat azam tahun baru yang boleh dimanfaatkan bersama.

1.  TETAPKAN AZAM BERDASARKAN KONSEP SMART

S= Specific (Terperinci)
M= Measureable (Boleh dihitung)
A= Attainable (Boleh dicapai)
R= Realitic (Boleh direalisasi)
T=Time bound (Had masa)

Ramai orang buat azam tanpa konsep SMART. Contohnya;

''Aku nak jadi kaya tahun depan.''
- Ok nak jadi kaya, tapi kaya apa ? Kaya banyak mana? Azam macam ni tak spesific dan tak measurable. Bila tiba hujung tahun, nak tau azam tercapai atau tidak, kita tak dapat nak hitung. Tau-tau syok sendiri aje dengan azam. Hehehe

Sebetulnya begini;
''Aku nak jadi kaya dengan memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM 100,000 sebelum bulan Disember 2014.''
- Spesifik - simpanan RM 100,000
- Boleh hitung - RM 100,000
- Boleh capai & realistic - RM 100,000 jumlah mudah untuk bisnesman. Kalau korang letak RM 1,000,000 tapi keje hanya makan gaji, memang tak realisitik melainkan dengan cara makan gaji dan makan rahsuah suap atau ada perancangan lain yang baik
- Time bound - sebelum bulan Disember 2014

Bila azam ada konsep SMART, senang korang nak tentukan azam korang tercapai atau tidak bila sampai hujung tahun untuk azam baru seterusnya. Azam yang terlaksana tentunya memberikan kepuasan hidup untuk korang. Kalau korang hidup tanpa matlamat atau azam, sia-sia aja bazir setahun demi setahun tanpa ada pencapaian untuk diri sendiri.

2. TULIS ATAU CATATKAN AZAM

Kadang-kadang kita berazam waktu tengah nak tido, waktu tengah berangan dan sewaktu dengannya. Jadi ada di antara kita berazam dan hanya ingat di hati, cara ini kurang berkesan untuk kejayaan azam kita. Sebabnya kita adalah manusia yang mudah lupa. Cuba ingat balik azam tahun 2013 korang, boleh korang ingat satu persatu ? 


Maka, korang perlu catatkan azam korang di tempat yang korang boleh nampak atau baca setiap hari. Cara tu membuatkan korang sentiasa berada di landasan yang betul untuk mencapai azam korang. Pergi aja kedai buku, beli planner yang tak sampai berapa ringgit. Catatkan azam korang dalam tu dan aktiviti korang untuk capai azam.

Untuk klien MAA Takaful, aku bagi planner 2014 free aje okeh ;)

3. REVIEW AZAM

Azam dah ada, tulis pun sudah.

Sekarang, bila tiba setiap penghujung bulan, bukak semula planner harian korang tu. Tengok balik apa yang dah korang buat untuk bulan tersebut dan bulan sebelumnya. Macam mana dengan progress azam korang sama ada perlu korang ubah pelaksanaannya, atau ubah azamnya ?

Jangan buat azam, kemudian bila agak-agak tak tercapai kemudian korang lupakan azam tersebut dan hidup macam orang-orang biasa yang lain. Ingat, bila korang buat azam, sebenarnya korang dah berjanji dengan diri sendiri

Beb, mohon jangan bohong atau tipu diri sendiri. Sehina-hina pembohongan adalah bohong pada diri sendiri. Kesian pada masa dan usia yang dah korang bazirkan.


Ya, kita perlu akui, tak semua azam tu kita tak mampu capai sebab berlakunya perkara yang kita tak rancang. Tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha setakat mana kemampuan kita untuk laksanakan azam kita berbanding kita tak buat apa-apa langsung.

Okaylah, setakat ini saja perkongsian aku, aku tak pandai nak menulis panjang-panjang. Tapi kalau bercakap, berceramah sebagainya Insya Allah aku boleh sampaikan dengan lebih baik kerana aku dah biasa dengan kerja tersebut. Menulis di blog ini untuk mengisi masa yang ada dengan penulisan yang boleh korang manfaatkan.

Selamat berazam tahun 2014 !

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Caj Hospital Mahal


Seperti yang telah aku duga, dengan kenaikan kos sara hidup, pastinya akan memberi kesan domino kepada industri perniagaan di Malaysia termasuklah perkhidmatan hospital swasta.

Okay, teori domino ialah satu teori yang menyatakan suatu perbuatan akan menyebabkan impak atau kesan kepada perkara yang lain. Di ambil teori di dari susunan domino yang disusun berdiri dengan sedikit jarak, bila sekeping domino (bukan domino pizza ya) ditolak jatuh, maka kepingan domino yang bersusun itu akan jatuh satu demi satu. Teori ini diilhamkan oleh Amerika Syarikat sekitar tahun 1950 - 1980 masa perang dingin untuk banteras negara ideologi komunis.



Berbalik kepada tajuk asal kenaikan caj hospital, sepeti yang telah aku jangkakan bila kerajaan umumkan tarif elekrik naik, mesti sektor kesihatan ni turut akan terjejas. Peralatan hospital menggunakan tenaga elektrik, korang bayangkan kalau hospital blackout sejam, berapa ramai pesakit yang guna life equipment akan terjejas ? 

Teori domino untuk kenaikan caj hospital dari perspeksif pandangan aku;

Tariff elektrik naik ----> Kos elektrik hospital meningkat ----> Hospital naikkan caj rawatan untuk tampung kos ----> Pesakit perlu bayar lebih

Korang tengok, kesan teori domino ni akhirnya akan kena kat rakyat marhaen :) 
We not talking about politics just now, we talking about the burden cost of living.

Kalaulah kata korang tetiba sakit jantung, salah korang jugak la makan tak jaga, kerja siang malam cari duit aje, tup tup doktor bagitau korang perlu buat pintasan jantung segera. 

Pergi hospital kerajaan, korang disuruh appointment 4-5 bulan, pergi swasta korang disuruh bayar RM 20,000 - RM 30,000. Tak kan kerana duit korang nak postpone rawatan yang melibatkan nyawa korang ?

Dey, apalah korang berkira sangat untuk insurans kesihatan RM 100 sebulan yang akan tanggung kos rawatan tahunan sehingga RM 50,000 ?



Aku tak mahu ulas pasal perkhidmatan hospital kerajaan, sebab korang sendiri mau ingat lah berapa lama nak tunggu untuk dapat rawatan terutama bila melibatkan rawatan doktor pakar. Mau makan 2-3 tahun, ni berdasarkan pengalaman kawan-kawan aku sendiri yang de masalah kesihatan. Nak tolong apply takaful memang tak boleh dah, sebab da ada medical record. Korang yang belum ada medical record, clean and clear, silalah apply untuk kebaikan diri sendiri.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, December 26, 2013

15 Hari Cuma RM 41,000

Ha, hanya 15 hari untuk bil hospital RM 41,000 !

Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya kos rawatan yang perlu kita bayar untuk dapatkan rawatan yang selesa, cepat dan canggih.


Walaupun bil rawatan 15 hari berjumlah RM 41,000 tapi dengan adanya kad perubatan (medical card), hanya perlu bayar RM 90 aje.

Aku tak faham kenapa masih ada golongan manusia yang kata rugi bayar duit insurans/takaful setiap bulan sedangkan kita sendiri tahu yang kesihatan bukanlah kekal abadi milik kita selamanya.

Hospital Penuh Okay

Memiliki insurans/takaful bukanlah bererti kita nak sakit, tetapi sebagai persediaan kewangan sekiranya kita sakit satu hari nanti. Kalau tak sakit, Alhamdulillah nikmat Allah. Kalau sakit pula, sekurang-kurangnya kita dah ada ikhtiar untuk bagi diri sendiri rawatan yang baik dan selesa.

Adakah korang tidur malam kat rumah tanpa kunci pintu rumah korang ? Kalau korang tak kunci pun belum tentu ada pencuri nak masuk rumah korang kan. So kenapa korang tetap kunci pintu sebelum tidur ? Tentunya sebagai ikhtiar korang daripada perkara-perkara buruk kan. Sama la juga dengan konsep kad perubatan.


Kad perubatan atau medical card ini boleh akses ke 99 panel hospital swasta dan hospital pakar seluruh Malaysia tanpa perlu korang keluarkan duit berpuluh-puluh ribu. Hanya kurang daripada RM 100 sebulan korang boleh dapat sekeping.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bukan Biskut Aku



Bukan Biskut Aku

Di tengah-tengah balai pelepasan di sebuah lapangan terbang, seorang lelaki berbadan sederhana sedang duduk di kerusi. Penerbangannya dijangka akan berlepas lebih kurang 45 minit lagi. 

Di sebelahnya ada seorang wanita asing,yang sedang melayari Internet menerusi smartphonenya. Lelaki tersebut meneruskan pembacaannya. Tangannya mengambil biskut yang diletakkan di sisinya dan terus mengunyahnya. Ketika dia mahu mengambil biskutnya lagi, dia terkejut apabila terpandang tangan wanita itu juga mencapai biskutnya.

"Eh, kenapa dia mengambil biskutku? Sudahlah tidak meminta izin daripadaku..." lelaki tersebut mula membuat sangkaan kepada wanita asing itu. 

Pembacaannya semakin terganggu apabila melihat tangan wanita tersebut semakin kerap mengambil biskut yang berada di sisinya. Sudah tinggal separuh sahaja.

"Amboi, tangan kanan pegang handphone, tangan kiri pegang biskut aku. Sedap-sedap dia saja!" Getus lelaki itu dalam hati. Dia cukup tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Kini, hanya tinggal sekeping biskut sahaja dalam bungkusan tersebut. Lelaki dan wanita itu saling bertentang mata. Masing-masing tertanya; siapa punya bahagian akhir ini?

Spontan wanita tersebut mengambil kepingan terakhir biskut tersebut dengan pantas. Lelaki itu melopong. Tiba-tiba, wanita itu mematahkan biskut tersebut kepada dua bahagian dan dihulurkan sebahagian kepada lelaki itu. Tanpa senyuman, dia mengambil bahagian itu.

Apabila pengumuman berkumandang memanggil para penumpang masuk ke dalam balai berlepas, lelaki itu bangun dan mencapai begnya. Sebelum itu, dia membuka begnya untuk mengambil baju sejuk.

Alangkah terkejutnya apabila didapati bahawa bungkusan biskut yang dibeli tadi ada di dalam begnya! Rupa-rupanya dia telah tersilap sangka, bahawa biskut itu sebenarnya milik wanita asing itu!

Pengajaran: Kesalahan orang lain sentiasa kita nampak, sedangkan kesalahan diri sendiri sering kita tidak sedar.

p/s: Bukan Cerita Aku :p

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Peperiksaan Akhir Ijazah Sarjana Muda Sesi Sept - Disember 2013

Pantas sungguh masa berlalu. Dalam sedar tak sedar tahun 2013 bakal melabuhkan tirai. Entah apa pula yang akan datang tahun 2014 nanti.

Dalam masa yang sama, peperiksaan akhir (Final Exam) bagi program ijazah sarjana muda pun akan berlangsung tak lama lagi. Aku tak terkecuali kena tempias untuk study. Sebagai pelajar PLK Blended, aku kena study double dari budak2 full time.

Final exam aje pun, tak ada apa sangat lah. Antara lulus dengan gagal aje pun. Kalau gagal sekali pun bukan beerti dunia telah berakhir, banyak benda lagi yang boleh buat. Hahaha.



Seperti biasa, bila mula minggu exam ramai la kawan2 aku akan sibuk tanya aku;
'Ada jawapan soalan ni tak', 
'Ada jawapan soalan tu tak', 
'Tolong emel itu', 
'Mintak emelkan ini'.

Wei, ingat aku posmen moden ke duk nak emel kat korang aje. Dah la tak bayar upah aku emel, lagi mau suruh emel urgent. Kuang kuang kuang...

Dah orang sibuk-sibuk nak study, dia pula sibuk-sibuk baru nak cari bahan study. Hahahaha. Mohon terasa kalau kena kat korang.

Kalau mintak aku emel proposal atau takaful plan, aku on aje sebab memang job aku. Tapi lau suruh emel pasal study, aku tak layan weh. Dalam folder aku bersepah-sepah files, nak cari untuk ko memang tak lah :p

Actually aku dah memudahkan kawan2 aku untuk berkongsi bahan ilmu, nota, past year dan jawapan untuk program Ijazah Perakaunan melalui Dropbox. 

Tak tau ape benda tu Dropbox ? Dropbox adalah satu aplikasi internet yang membolehkan korang berkongsi fail dengan seberapa ramai yang korang nak secara percuma terhad kepada jumlah saiz 16gb.



Ha tu printscreen koleksi perkongsian dropbox aku. Mudah je guna dropbox ni, siapa nak cari apa-apa files pasal subjek yang ada cuma log masuk ke dropbox dan explore folder yang ada. Kalau rezeki ada orang kongsikan benda yang dicari tu, dapatlah copy paste ke desktop sendiri. Biasanya orang cari soalan dengan jawapan past years. Tak payah aku nak emel selai-selai. Buang internet aku aje upload attachment. Hihihihi

Buat masa sekarang aku tak open sharing kepada student selain PLK Blended. Sebabnya bila banyak sharing, silap delete, semua yang didelete akan hilang dari perkongsian Dropbox. Jadi untuk suasana yang aman damai bagi kawan2 yang study mode PLK Blended aja dapat folder sharing ni :p

Ok nak study, good luck semua.

-Menuntut ilmu tak kira tua atau muda-



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, December 19, 2013

Investment: Pelan Perlindungan & Pelaburan Menepati Syariah



Pengurusan risiko seringkali diabaikan dalam mengurus kewangan peribadi. Bila sebut sahaja tentang insurans & takaful, sesetengah daripada kita pastinya akan melarikan diri seolah-olah konsultan insurans & takaful ini ibarat ejen multi level marketing yang akan memaksa-maksa kita mengeluarkan duit untuk perkara yang tak berfaedah. Anggapan yang sebegini menyebabkan ramai di antara kita yang tidak mendapat maklumat lengkap tentang pengurusan risiko melalui insurans & takaful.



Apakah risiko kehidupan ?


Risiko kehidupan boleh dikatakan sebagai perkara yang tidak diingini yang berlaku tanpa kita diduga dan kita sendiri tak minta. Sebagai contoh seperti meninggal awal, mengalami kecacatan kekal, dan menghidap penyakit. Tiada seorang pun manusia yang nak meninggal awal, nak hidup dalam serba kekurangan dan hidup berpenyakit. 


Ya benar, jika telah Allah takdirkan kehidupan kita didunia ini singkat, diuji dengan ketidaksempurnaan dan diuji dengan kesakitan, tiada seorang hambaNya sekalipun yang boleh menghalang takdirNya.

Apa masalahnya pun kalau ditakdirkan meninggal awal ?
Ok, bercakap pasal meninggal atau mati, semua orang kalau boleh nak hidup panjang di dunia ni. Tapi boleh ke kita pasti yang kita boleh hidup sekurang-kurangnya sehingga kita berusia 90 tahun ? Belum tentu lagi !



Apabila kita meninggal dunia awal, adakah kita telah tinggalkan waris kita nafkah yang secukupnya untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa kita ? Bayangkan sekejap jika esok kita sudah tidak bernyawa, apa yang bakal berlaku pada keluarga kita yang tercinta?



1. Ibu bapa kita yang sudah tua, yang pastinya mengharapkan kita untuk menjaga kebajikan mereka.

2. Pasangan kita yang pastinya menanggung derita atas kehilangan kita dan menanggung beban yang kita tinggalkan seorang diri.


3. Anak-anak kita, bagaimana kehidupan mereka jika kita mati esok ? Adakah kita sanggup lihat anak-anak kita terpaksa mengikat perut, berhenti sekolah, kerana pasangan kita tidak mampu menyara mereka seorang diri dengan kehilangan satu punca pendapatan yang dulunya datang daripada kita ?




Memang benar bahawa pampasan insurans & takaful yang diterima tak boleh nak beli semula nyawa orang yang kita sayang, tetapi sekurang-kurangnya dengan pampasan insurans & takaful itu, kehidupan keluarga kita terjamin dan hutang-piutang kita ketika di dunia boleh diselesaikan dengan duit pampasan yang diterima.


Insyallah ibu bapa kita tak akan terbiar, pasangan dan anak-anak kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun mereka kehilangan diri kita.



Sabda Rasulullah S.A.W :-



Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. 



(Hadis riwayat Imam At-Tarmizi, Imam Ahmad & Imam Ibni Hibban)



Diuji dengan ketidaksempurnaan dan ditimpa kecacatan kekal ?


Nikmat yang Allah beri kita pada hari ini boleh ditarik semula pada bila-bila masa dengan kehendakNya. Ambil sebagai contoh, andai kita mengalami kemalangan jalan raya dan kita ditimpa kecacatan kekal, sudah tentu ianya boleh menjejaskan kehidupan kita dari segi kewangan kerana keupayaan kita telah berubah kepada lebih terhad pengerakan kita.

Oleh itu, jika hari ini kita masih hidup sempurna mengapa tidak kita memiliki pelan insurans & takaful sebagai medium pengurusan risiko, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri.

Tiada siapa yang boleh meramal kehidupan kita walaupun untuk 1 minit kehadapan. Berpeganglah kepada kata-kata hikmat berikut:

Semalam adalah sejarah,
Hari ini adalah anugerah,
Esok adalah MISTERI.

Diuji dengan penyakit ?

Negara kita terkenal dengan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya pemakanan. Waktu kita sihat, jarang sekali kita beringat untuk menjaga kesihatan kita. Setiap hari kita menghabiskan hampir keseluruhan masa di pejabat. Adakah kita mempunyai masa untuk bersenam bagi menjaga kesihatan kita ? Mungkin ada di antara kita yang tak pernah bersenam walaupun sekadar sekali dalam sebulan kerana kesuntukan masa.



Buat apa kita sibuk bekerja untuk kumpul duit yang banyak jika akhirnya kita jatuh sakit dan kita keluarkan semula duit simpanan kita untuk membiayai kos rawatan kita ? Bukankah sia-sia sahaja kita mengumpul duit dan habis kerana kesilapan kita dalam membuat pengurusan risiko ?

Beruntunglah buat mereka yang telah mempunyai pelan insurans & takaful kerana pembiayaan rawatan penyakit ditanggung oleh insurans & takaful tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan yang telah mereka kumpulkan selama ini :D

Sekarang adalah masanya bagi anda memulakan langkah untuk mendapatkan perlindungan & pelaburan syariah. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.



Mudah-mudahan memberi manfaat. Tidak berniat bagi menguris hati dan perasaan sesiapa.


Untuk lebih banyak artikel dan penulisan mengenai insurans dan takaful, sila klik pada label [Insurans Takaful].

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, December 8, 2013

Petua Masalah Jantung, Kencing Manis & Darah Tinggi - Ustaz Sharhan

Petua perubatan Ustaz Sharhan Syafie untuk mengubati penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Sebiji kelapa muda yang bhinggus (isi lembut) + 3btg serai yg dketuk + 7biji halba. Dipanaskan dan diminum airnya. Amalkan selang sehari, sebanyak 7 biji kelapa perlu dihabiskan dlm masa 14 hari.

Insya Allah berkesan jika diizin-Nya..

SHARE tip penting ini kepada rakan dan kenalan anda yang menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi

Selamat mencuba!

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus