Pasti ada di kalangan korang pernah dengar cakap-cakap mulut dari ejen takaful/insurans yang bukan dari MAA Takaful cakap "MAA Takaful nak bankrap", "MAA Takaful tak bagus", "MAA Takaful bla... bla... bla...." dan sebagainya yang tak elok.
Cakap-cakap yang tidak betul tentang MAA Takaful ini adalah fitnah belaka semata-mata mahu menaikkan produk takaful/insurans mereka sendiri. Aku malas nak sebut ejen dari takaful/insurans mana yang selalu bawa cakap-cakap yang tak betul ni sebab aku bukanlah jenis yang suka memburukkan orang lain untuk mendapat nama yang baik.
Isu MAA Group disenaraikan di dalam PN17 oleh Bank Negara pada 2013 ini, ada justifikasinya. Korang tengok printscreen otai-otai MAA Takaful
Bagi ejen-ejen bukan dari MAA Takaful, korang jangan lupa korang tertakluk di bawah Akta - Islamic Financial Service Act 2013 yang mana kalau ada aduan rasmi mengatakan korang bertindak tidak professional seperti membawa cakap-cakap yang tidak benar, lesen korang boleh digantung dan korang disingkirkan dari syarikat takaful/insurans yang korang naungi.
MAA Takaful adalah syarikat takaful yang 100% Islamik. Produk MAA Takaful memang terbaik dan sangat berbaloi dengan caruman yang dibayar oleh pesertanya.
Aku harap ia boleh jadi penjelasan kepada mereka yang tertanya-tanya dan menangkis cakap-cakap mereka yang bawa cerita tak betul.