Wednesday, September 11, 2013

Tips Menghadapi Kecemasan Ketika Memandu Di Lebuhraya

Jari jemari aku terpanggil untuk tulis posting ni. Tips menghadapi kecemasan ketika memandu di lebuhraya. Alkisahnya, bulan Syawal yang baru ni aku travel kat lebuhraya LATAR (KL-K.Selangor) dalam sekitar pukul 8 malam. Tengah aku syok speeding 120-130 aku terperasan ada satu kereta tersadai kat kawasan yang gelap dengan penumpangnya kelihatan seperti ahli keluarga termasuk anak-anak kecil pulak bersidai kat laluan kecemasan (emergency lane). Aku nak berhenti tolong tak dan dah, tengah laju.

Maka atas dasar kemanusiaan, aku teruskan pemanduan aku tetapi dengan kelajuan yang lebih rendah dan terus mencapai henfon aku. Aku godek fon contact, terus call LATAR Highway bagi memaklumkan perkara yang aku nampak tadi dan aku maklumkan lokasi kejadian supaya LATAR EXPERT (seperti PLUS Ronda) dapat datang bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut. Walaupun aku tak berhenti tolong, aku tolong laporkan masalah mereka supaya tak perlu bersidai lama-lama dalam gelap tepi lebuhraya.


Kadang kala kita gunakan lebuhraya untuk ke pelbagai destinasi dan tujuan. Tapi pernahkah kita menyimpan nombor telefon kecemasan bagi setiap lebuhraya yang kita sedang lalui? Setiap hari ulang alik lebuhraya pergi balik kerja, tak timbulkan rasa sedar bahawa kita perlu tahu nombor kecemasan yang perlu kita hubungi sekiranya kita ditimpa masalah di atas lebuhraya tersebut? Rata-rata kita tak simpan nombor kecemasan kat henfon, so bila berlaku kecemasan, mula la panik dan gelabah call sana call sini.

Pelbagai situasi boleh berlaku ketika kita memandu di lebuhraya.
  • Dikejar atau cuba ditahan oleh penyamun
  • Kerosakan kenderaan
  • Tayar pancit/pecah
  • Terlibat kemalangan atau terlihat kemalangan
  • Ada halangan atas jalan (serpihan tayar lori pecah & sbgnya)
  • Lain-lain kecemasan ketika di lebuhraya
Korang perlu simpan nombor telefon kecemasan bagi lebuhraya yang selalu korang gunakan untuk travel. So capai henfon korang, silakan untuk save nombor di bawah.




Andai korang menghadapi kecemasan ketika memandu di lebuhraya, apa yang korang perlu buat ialah:

1. Hubungi pengendali lebuhraya korang. Kalau dekat lebuhraya PLUS, hubungi PLUSLINE 1-800-88-0000. Nyatakan apa masalah yang korang hadapi. Penting untuk korang simpan nombor pengendali lebuhraya, kalau tak korang kena menapak sejauh 2 kilometer untuk sampai ke telefon kecemasan (itu pun kalau lebuhraya tu ada sediakan - PLUS ada sediakan setiap 2 kilometer).

2. Nyatakan lokasi kejadian kecemasan. Okay, macam mana nak tahu lokasi kita sepanjang lebuhraya ialah dengan cara merujuk papan kilometer lebuhraya.

Papan Kilometer
Maklumkan lokasi korang, contohnya macam gambar kat atas, korang berada di kilometer 26.9 lebuhraya PLUS menghala ke utara. Pengendali lebuhraya akan hantar bantuan yang sepatutnya kat korang dengan lebih mudah bila dah tahu kat mana lokasi kecemasan tersebut. Banyak orang bila ditanya kat mana lokasi, ternganga-nganga nak cari signboard nama tempat. Tak perlu tu semua, yang penting bagi tau kilometer berapa, menuju ke arah apa. That's it !

3. Tunggu bantuan tiba. Kalau kes kereta korang rosak tepi jalan, pastikan korang dapatkan nombor plat trak tunda yang dihantar kepada korang. Sebab banyak kes penipuan berlaku kat lebuhraya, yang mana kereta tunda bengkel luar menyamar seolah-olah mereka dihantar oleh pengendali lebuhraya. Pengendali lebuhraya bagi perkhidmatan tundaan ke plaza tol terdekat dengan percuma, tapi kalau korang tertipu dengan bengkel luar yang menyamar, siaplah kena 'sembelih'. Banyak aduan diterima terutama di lebuhraya PLUS. Dipercayai trak tunda luar ni selalu approach mereka yang bermasalah di lebuhraya dan tak rujuk pada call pengendali lebuhraya sebab takda simpan nombor telefon.


4. Tips ke 4? Share posting ini pada keluarga, kawan-kawan korang yang lain supaya mereka lebih bersedia untuk apa-apa masalah ketika memandu di lebuhraya. Ingat, kat lebuhraya tu ada kereta je lalu lalang, takda kedai atau rumah kat tepi nak mintak tolong.