Sunday, September 15, 2013

Bina Saham Akhirat

Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara. Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat, doa anak – anak yang soleh.

Dengan penyertaan korang sebagai peserta MAA Takaful, korang boleh berbakti dengan mendermakan sebahagian pampasan kematian korang kepada badan-badan kebajikan yang berdaftar dengan MAA Takaful. 

Walaupun dah meninggal dunia, Insya Allah korang boleh bersedekah kepada badan kebajikan sebagai salah satu amalan sedekah jariah dan bekalan di hari kemudian.

Sebagai peserta MAA Takaful, korang diberi pilihan (optional dan tak wajib, tapi aku sebagai konsultan muslimin galakkan) untuk korang menyumbang bahagian pampasan kematian korang kepada badan kebajikan berdaftar. Sumbangan ini akan diuruskan melalui Amanah Raya Berhad, bukan main cakap-cakap mulut je ni tau, berdokumen lengkap.

Ok, sebagai contoh kalau korang amek pelan takaful dengan pampasan kematian sebanyak RM 100,000 (bulanan caruman RM 150 je). Korang boleh buat pecahan seperti berikut setelah meninggal dunia:

    • RM 20,000 - Rumah Anak Yatim (derma)
    • RM 40,000 - Anak korang (pemberian pada keluarga)
    • RM 40,000 - Ibu/bapa korang (pemberian pada keluarga)
  • Ini hanya ilustrasi cadangan sahaja, korang nak ubah bagi 100% bagi kat keluarga pun tak apa. Duit korang, aku sebagai konsultan cuma consult sahaja, decision akhir korang yang buat :)
Nampak tak ? Tangan korang masih berbakti kepada yang masih hidup, iaitu golongan anak yatim dan ahli keluarga korang walaupun hakikatnya korang dah meninggal dunia.

Pernah aku jumpa sorang klien aku, dia kata "Buat apa tinggal duit kat keluarga yang hidup, senang-senang je depa nanti". Kalau korang ada fikiran yang macam ni, tak mahu keluarga dan keturunan korang senang, tak tau la aku nak cakap apa. 

Bukankah bila keluarga korang senang, maka dia orang yang masih hidup ni akan mendoakan korang dengan lebih baik lagi ? Berbanding korang tinggalkan ahli keluarga korang dalam keadaan daif, miskin dan meminta-minta kepada manusia, silap hari bulan tak sempat nak mendoakan roh korang malah menyesali kematian korang kerana hidup mereka hilang tempat bergantung hidup !




Sehingga posting aku ini, ada 33 badan kebajikan yang berdaftar untuk korang pilih jika mahu buat sumbangan pampasan kematian. Produk MAA Takaful ni dipanggil MAA Amanah Trust dengan jalinan kerjasama bersama Amanah Raya Berhad bagi memberi peluang kepada peserta takaful untuk membuat amal jariah dan sumbangan yang sah disisi undang-undang.

Masih berkira-kira untuk mempunyai pelan takaful ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D