Sunday, September 22, 2013

Rawatan Alternatif: Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat

Aku kongsikan 1 printscreen kawan aku kat fb. Perkongsian ni boleh dimanfaatkan bagi korang yang ada saudara mara atau kenalan yang ada masalah jantung tersumbat, yang dalam proses nak buat bypass dan sebagainya.

Printscreen ni aku cuma print dari kawan2 fb aku yang mana aku percaya dan kenal mereka, jadi bukanlah printscreen sebarangan.

Semoga boleh dijadikan sebagai jalan ikhtiar bagi mereka yang mengalami masalah jantung tersumbat.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, September 15, 2013

Bina Saham Akhirat

Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara. Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat, doa anak – anak yang soleh.

Dengan penyertaan korang sebagai peserta MAA Takaful, korang boleh berbakti dengan mendermakan sebahagian pampasan kematian korang kepada badan-badan kebajikan yang berdaftar dengan MAA Takaful. 

Walaupun dah meninggal dunia, Insya Allah korang boleh bersedekah kepada badan kebajikan sebagai salah satu amalan sedekah jariah dan bekalan di hari kemudian.

Sebagai peserta MAA Takaful, korang diberi pilihan (optional dan tak wajib, tapi aku sebagai konsultan muslimin galakkan) untuk korang menyumbang bahagian pampasan kematian korang kepada badan kebajikan berdaftar. Sumbangan ini akan diuruskan melalui Amanah Raya Berhad, bukan main cakap-cakap mulut je ni tau, berdokumen lengkap.

Ok, sebagai contoh kalau korang amek pelan takaful dengan pampasan kematian sebanyak RM 100,000 (bulanan caruman RM 150 je). Korang boleh buat pecahan seperti berikut setelah meninggal dunia:

    • RM 20,000 - Rumah Anak Yatim (derma)
    • RM 40,000 - Anak korang (pemberian pada keluarga)
    • RM 40,000 - Ibu/bapa korang (pemberian pada keluarga)
  • Ini hanya ilustrasi cadangan sahaja, korang nak ubah bagi 100% bagi kat keluarga pun tak apa. Duit korang, aku sebagai konsultan cuma consult sahaja, decision akhir korang yang buat :)
Nampak tak ? Tangan korang masih berbakti kepada yang masih hidup, iaitu golongan anak yatim dan ahli keluarga korang walaupun hakikatnya korang dah meninggal dunia.

Pernah aku jumpa sorang klien aku, dia kata "Buat apa tinggal duit kat keluarga yang hidup, senang-senang je depa nanti". Kalau korang ada fikiran yang macam ni, tak mahu keluarga dan keturunan korang senang, tak tau la aku nak cakap apa. 

Bukankah bila keluarga korang senang, maka dia orang yang masih hidup ni akan mendoakan korang dengan lebih baik lagi ? Berbanding korang tinggalkan ahli keluarga korang dalam keadaan daif, miskin dan meminta-minta kepada manusia, silap hari bulan tak sempat nak mendoakan roh korang malah menyesali kematian korang kerana hidup mereka hilang tempat bergantung hidup !




Sehingga posting aku ini, ada 33 badan kebajikan yang berdaftar untuk korang pilih jika mahu buat sumbangan pampasan kematian. Produk MAA Takaful ni dipanggil MAA Amanah Trust dengan jalinan kerjasama bersama Amanah Raya Berhad bagi memberi peluang kepada peserta takaful untuk membuat amal jariah dan sumbangan yang sah disisi undang-undang.

Masih berkira-kira untuk mempunyai pelan takaful ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pengecualian Kad Perubatan MAA Takaful


Kalau sebelum ni korang ada baca pasal benefit kad perubatan (yang belum baca boleh baca kat sini - ENTER), kali ni aku nak cerita sikit pasal pengecualian kad perubatan MAA Takaful. Pengecualian ni sama ertinya atau boleh ditakrifkan perkara-perkara yang tak dilindungi dengan kad perubatan (non-covered). Kiranya kalau korang guna untuk perkara yang dikecualikan, maka korang kena bayar sendiri dan tak cover dengan kad perubatan !

Secara asasnya, setiap pengeluar kad perubatan dan syarikat insurans/takaful mempunyai pengecualian terhadap kad perubatan yang dikeluarkan mereka. Jadi untuk MAA Takaful, pengecualiannya adalah sepert berikut:



Kat atas ni dalam English, dalam industri insurans/takaful ni dia lebih kurang dengan law (undang-undang) yang mana istilah dalam English menjadi keutamaan apabila berlaku perselisihan fahaman dan terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Berdasarkan pengecualian di atas, aku simpulkan bahawa keadaan di bawah ini TAK BOLEH COVER dengan kad perubatan walaupun berapa ratus caruman korang nak bayar sekali pun.

  • Penyakit sedia ada
- Sebab tu aku tekankan, sebelum dapat apa-apa penyakit, lebih elok kita siapkan diri dengan kad perubatan. Setakat ni takda syarikat insurans/takaful yang terima pemohon kad perubatan yang dah ada masalah kesihatan. Walaupun korang cuba sorok masalah kesihatan ketika memohon, bila korang admit ke hospital, satu laporan perubatan lengkap dengan tarikh dijangka korang menghidap sesuatu penyakit akan dikeluarkan. Bila syarikat takaful/insurans dapat tau korang sorok masalah penyakit sedia ada waktu memohon, 100% duit caruman korang selama yang korang bayar ke syarikat takaful/insurans akan dipulangkan !
  • Perang, rusuhan dan huru-hara
- Perang, rusuhan dan huru-hara memang tak de cover dalam mana-mana polisi insurans/takaful di Malaysia.
  • Mengandung, keguguran dan kelahiran anak
- Part yang ni, selalu orang perempuan bertanya. Honestly tiada kad perubatan khusus yang cover perempuan mengandung, keguguran dan kelahiran anak. Kalau ada kad perubatan yang macam ni, agen insurans boleh jadi kaya. Mana taknya, siapa yang tak nak bersalin kat hospital swasta  (lebih selesa dan layanan mesra sesuai dengan kadar bayarannya) dengan kad perubatan yang bulan-bulan bayar cuma seratus lebih ? 

-  Yang ada, produk Takafulink Wanita, hanya melindungi dan bayar pampasan tunai kalau berlaku komplikasi kelahiran. Takde cover untuk masuk hospital semata-mata untuk bersalin.

Pengecualian yang lain-lain tu aku tak nak ulas panjang-panjang, yang penting je aku ulas. Ingat, penyakit sedia ada tak akan dilindungi (not cover). Maka waktu korang sihat, ni peluang terbaik korang untuk memiliki kad perubatan. Okeh, beringat sendiri sebelum sakit.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, September 12, 2013

Pisang Berbintik Hitam Anti Kanser

Kata pakar pemakanan pisang yang lebih bintik2 hitam mengandungi suatu bahan antikanser. Lebih banyak bintik2 lebih kuat tindakan anti kanser.


Kebanyakkan orang pilih pisang yang cantik kulit tapi khasiatnya kurang. Jangan sangka orang rupa hodoh tidak hebat, mungkin lebih mulia hati dan akhlaknya dan Allah lebih sayang kepadanya.

Dipetik dari FB Dr. Hamid Arshat.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, September 11, 2013

Cara Tuntutan Insurans Secara Berkesan

Cara tuntutan insurans secara berkesan ini dipetik terus dari majalah Ringgit, terbitan Bank Negara Malaysia, halaman 7. Secara spesifiknya artikel ini berkenaan dengan tuntutan insurans hayat.

Kandungan artikel ini boleh dijadikan panduan bagi membuat tuntutan insurans dan takaful. Kalau takda boleh contact aku untuk sign up pelan takaful. Hehehe





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tips Menghadapi Kecemasan Ketika Memandu Di Lebuhraya

Jari jemari aku terpanggil untuk tulis posting ni. Tips menghadapi kecemasan ketika memandu di lebuhraya. Alkisahnya, bulan Syawal yang baru ni aku travel kat lebuhraya LATAR (KL-K.Selangor) dalam sekitar pukul 8 malam. Tengah aku syok speeding 120-130 aku terperasan ada satu kereta tersadai kat kawasan yang gelap dengan penumpangnya kelihatan seperti ahli keluarga termasuk anak-anak kecil pulak bersidai kat laluan kecemasan (emergency lane). Aku nak berhenti tolong tak dan dah, tengah laju.

Maka atas dasar kemanusiaan, aku teruskan pemanduan aku tetapi dengan kelajuan yang lebih rendah dan terus mencapai henfon aku. Aku godek fon contact, terus call LATAR Highway bagi memaklumkan perkara yang aku nampak tadi dan aku maklumkan lokasi kejadian supaya LATAR EXPERT (seperti PLUS Ronda) dapat datang bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut. Walaupun aku tak berhenti tolong, aku tolong laporkan masalah mereka supaya tak perlu bersidai lama-lama dalam gelap tepi lebuhraya.


Kadang kala kita gunakan lebuhraya untuk ke pelbagai destinasi dan tujuan. Tapi pernahkah kita menyimpan nombor telefon kecemasan bagi setiap lebuhraya yang kita sedang lalui? Setiap hari ulang alik lebuhraya pergi balik kerja, tak timbulkan rasa sedar bahawa kita perlu tahu nombor kecemasan yang perlu kita hubungi sekiranya kita ditimpa masalah di atas lebuhraya tersebut? Rata-rata kita tak simpan nombor kecemasan kat henfon, so bila berlaku kecemasan, mula la panik dan gelabah call sana call sini.

Pelbagai situasi boleh berlaku ketika kita memandu di lebuhraya.
  • Dikejar atau cuba ditahan oleh penyamun
  • Kerosakan kenderaan
  • Tayar pancit/pecah
  • Terlibat kemalangan atau terlihat kemalangan
  • Ada halangan atas jalan (serpihan tayar lori pecah & sbgnya)
  • Lain-lain kecemasan ketika di lebuhraya
Korang perlu simpan nombor telefon kecemasan bagi lebuhraya yang selalu korang gunakan untuk travel. So capai henfon korang, silakan untuk save nombor di bawah.




Andai korang menghadapi kecemasan ketika memandu di lebuhraya, apa yang korang perlu buat ialah:

1. Hubungi pengendali lebuhraya korang. Kalau dekat lebuhraya PLUS, hubungi PLUSLINE 1-800-88-0000. Nyatakan apa masalah yang korang hadapi. Penting untuk korang simpan nombor pengendali lebuhraya, kalau tak korang kena menapak sejauh 2 kilometer untuk sampai ke telefon kecemasan (itu pun kalau lebuhraya tu ada sediakan - PLUS ada sediakan setiap 2 kilometer).

2. Nyatakan lokasi kejadian kecemasan. Okay, macam mana nak tahu lokasi kita sepanjang lebuhraya ialah dengan cara merujuk papan kilometer lebuhraya.

Papan Kilometer
Maklumkan lokasi korang, contohnya macam gambar kat atas, korang berada di kilometer 26.9 lebuhraya PLUS menghala ke utara. Pengendali lebuhraya akan hantar bantuan yang sepatutnya kat korang dengan lebih mudah bila dah tahu kat mana lokasi kecemasan tersebut. Banyak orang bila ditanya kat mana lokasi, ternganga-nganga nak cari signboard nama tempat. Tak perlu tu semua, yang penting bagi tau kilometer berapa, menuju ke arah apa. That's it !

3. Tunggu bantuan tiba. Kalau kes kereta korang rosak tepi jalan, pastikan korang dapatkan nombor plat trak tunda yang dihantar kepada korang. Sebab banyak kes penipuan berlaku kat lebuhraya, yang mana kereta tunda bengkel luar menyamar seolah-olah mereka dihantar oleh pengendali lebuhraya. Pengendali lebuhraya bagi perkhidmatan tundaan ke plaza tol terdekat dengan percuma, tapi kalau korang tertipu dengan bengkel luar yang menyamar, siaplah kena 'sembelih'. Banyak aduan diterima terutama di lebuhraya PLUS. Dipercayai trak tunda luar ni selalu approach mereka yang bermasalah di lebuhraya dan tak rujuk pada call pengendali lebuhraya sebab takda simpan nombor telefon.


4. Tips ke 4? Share posting ini pada keluarga, kawan-kawan korang yang lain supaya mereka lebih bersedia untuk apa-apa masalah ketika memandu di lebuhraya. Ingat, kat lebuhraya tu ada kereta je lalu lalang, takda kedai atau rumah kat tepi nak mintak tolong.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, September 10, 2013

Kad Perubatan MAA Takaful (Smartmedic 200)

Kad Perubatan Smartmedic 100 telah diganti dengan Smartmedic 200

Okay, aku nak kongsikan satu produk MAA Takaful, iaitu kad perubatan @ medical card stand alone. Produk ni ada 4 pilihan pelan, yang mana lagi rendah jumlah coverage, lagi murah bayaran carumannya.

Benefit atau coverage yang ditawarkan oleh medical card MAA Takaful adalah seperti di jadual. Korang baca ikut kolum pelan masing-masing bermula dengan pelan paling rendah dan murah PR150 dan seterusnya.



Keistimewaan medical card MAA Takaful ni ialah dia tawarkan UNLIMITED LIFETIME LIMIT. Tak nak limit kegunaan sepanjang hidup korang. Gunakanlah had limit tahunan korang setiap tahun sehingga umur 80 tahun !

Selain itu, medical card MAA Takaful tak kena bayaran ko-takaful 10% seperti kad perubatan yang lain (untuk umur 16 tahun ke atas). 

Ko-takaful ialah satu bayaran yang korang kena bayar sendiri, keluarkan duit sendiri iaitu maksimum RM 1,000 bagi setiap kali admission ke hospital. Dengan MAA Takaful, tak payah fikir caj ko-takaful.

MAA Takaful benarkan korang ambil medical card secara stand alone tanpa combinekan dengan benefit yang lain (benefit kematian dan sebagainya) maka korang boleh buat bayaran bulanan dengan lebih rendah berbanding dengan combination.

Walaubagaimanapun, aku AMAT mencadangkan korang ambil pelan combination berbanding standalone. Nak tahu kenapa ? Sebab win situation pada korang kalau ambil pelan combination.

Dah tengok jadual benefit, maka tentunya korang nak tahu berapa kadar caruman bagi setiap pelan. Kat bawah ni korang boleh tengok kadar caruman berdasarkan pelan yang korang dan usia bagi orang yang nak dilindungi dengan medical card tersebut.

Kadar caruman tersebut adalah bagi tempoh setahun. Maka untuk dapatkan kadar bagi caruman bulanan, boleh bahagikan dengan 12 bulan untuk dapatkan kadar sebulan.



Nak tahu senarai panel hospital ? Korang boleh rujuk di sini [Panel Hospital Pakar & Hospital Swasta MAA Takaful].

Ada soalan pasal medical card korang boleh tinggalkan komen di bawah ni atau directly contact aku ya ;)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Senarai Hospital Pakar & Hospital Panel MAA Takaful

Rujuk artikel terkini tahun 2016 
(105 hospital seluruh Malaysia @ 30 Jun 2016)

Zaman sekarang, memiliki sekeping kad perubatan @ medical card adalah satu keperluan. Kalau dulu-dulu, penyakit kolestrol tinggi, masalah tekanan darah, kencing manis dan masalah jantung hanya dikaitkan dengan mereka yang berusia 50 tahun ke atas, tapi kini tidak lagi.

Ramai golongan muda seawal usia 30 tahun dah menunjukkan simptom kesihatan yang semakin merosot. Puncanya ? Tak lain tak bukan, kerana faktor pemakanan dan gaya hidup yang tak seimbang. Ada yang pergi kerja pagi, esok paginya baru balik. Tak kurang juga yang kerja siang malam tak balik rumah. Semuanya dilakukan semata-mata untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan dan membina hidup yang lebih selesa. Namun demikian, korang tak seharusnya mengorbankan kesihatan korang hanya kerana mencari duit.

Yesssss ! Duit boleh dicari, tapi kesihatan yang merosot, tak boleh dibeli dengan duit. Maka, korang yang masih sihat, lindungi kesihatan korang dengan mula mencarum dalam pelaburan kesihatan @ kad perubatan. Banyak faedahnya, nak tahu lebih lanjut korang rajin2 la contact aku ya. Insya Allah aku terbuka untuk dengar apa jua pertanyaan korang. Tak kisahlah kesudahannya korang nak ambil atau tak kad perubatan, itu keputusan dan pilihan korang. Aku hanya boleh bantu korang protect kewangan korang ketika korang masih sihat cam gini.



Plan 1 Medical Card MAA Takaful
NO LIFETIME LIMITYearly Coverage RM 50,000 !

Di bawah ini aku snapshotkan senarai hospital pakar dan hospital panel MAA Takaful. Semua pemegang medical card MAA Takaful boleh dapat akses perubatan percuma di hospital yang disenaraikan di bawah ini.

Senarai ini mungkin berubah, bertambah, dan berkurang dari semasa ke semasa. Untuk ketepatan pada masa rujukan, boleh contact aku. Tapi make sure korang kena ada medical card MAA Takaful dulu. Kalau takda, bil kena bayar sendiri la ye ;)

UTARA SEMENANJUNG


SELANGOR


KUALA LUMPUR


SELATAN SEMENANJUNG



Panel bagi Sabah & Sarawak aku tak sempat nak upload kat sini. Ha, amacam? Banyak tak akses perubatan dengan medical card ? 

Buat-buatlah sekeping untuk diri sendiri ya ;)
Bayaran bulanan, tapi dapat coverage sehingga RM 50,000 (pelan paling rendah & murah).
Selamat duit poket & simpanan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus