Sebagai seorang wakil takaful, kehidupan aku kadang kala dipenuhi dengan nama-nama penyakit dan masalah kesihatan. Aku turut mengikuti beberapa fan pages doktor-doktor terkenal di Malaysia yang banyak berkongsi tentang masalah penyakit, kos-kos rawatan dan tak kurang juga doktor yang menyarankan beberapa ubatan alternatif dan juga petua-petua lama.
Bagi kaum perempuan dan mereka yang mengalami masalah mendapatkan zuriat, mungkin nama Dr. Hamid Arshat tidak perlu lagi diperkenalkan kerana beliau sememangnya seorang doktor pakar sakit puan yang bagus. Beberapa orang klien takaful aku pernah mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan organ pembiakan (masalah endometriosis) dengan beliau, sikap peribadi Dr. Hamid amat terpuji.
Aku nak kongsikan satu petua yang aku printscreen dari fan page Dr. Hamid [Fan Pages Dr. Hamid] yang mana boleh korang jadikan sebagai usaha dan ikhtiar bagi merawat radangan yang berlaku ketika sengugut, selepas pembedahan, selepas bersalin dan lain-lain penyakit yang biasa dimulai dengan proses imflammation.
Kita berdoa agar Dr. Hamid dipanjangkan usia bagi beliau terus membantu mereka yang bermasalah.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D