Tuesday, August 6, 2013

Permohonan Takaful/Insurans Digantung (Deferment)

Awal pagi Isnin semalam aku dapat satu emel notification dari MAA Takaful tentang permohonan takaful salah seorang daripada pelanggan aku yang baru mohon takaful. Dukacitanya permohonan beliau digantung atau dalam istilah insurans/takaful ialah deferment.


Pengantungan permohonan takaful bukanlah bermaksud permohonan takaful itu ditolak mentah-mentah (reject), tapi permohonan digantung sementara untuk mendapat maklumat lanjut seperti laporan kesihatan terdahulu, siasatan tahap kesihatan semasa pemohon (jika maklumat kesihatan pemohon meragukan) atau arahan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ni aku tunjukkan surat deferment permohonan takaful yang aku terima bagi pihak pelanggan aku. Seperti biasa, menjadi tanggungjawab aku untuk merahsiakan maklumat pelanggan aku tak kira la siapa sekali pun yang mohon. Aku cuma kongsikan isi kandungan suratnya sahaja dan surat deferment setiap orang adalah berbeza-beza mengikut kes permohonan.



Bagi pemohon insurans/takaful yang kena pengantungan permohonan (deferment), mereka ini perlu melaksanakan keperluan bagi melepaskan permohonan mereka daripada terus digantung dan di hold. Sebagai contoh dalam kes aku, pelanggan aku perlu menjalani dan melengkap kesemua empat keperluan surat pengantungan (deferment).

Lepas tu ? Setelah selesai lengkap keperluan surat deferment, pemohon perlu tunggu status selanjutnya dari Ibu Pejabat untuk mengetahui sama ada permohonan insurans/takaful mereka:

1. Diluluskan seperti yang dimohon; atau
2. Diluluskan dengan bersyarat (counter offer); atau
3. Permohonan tidak diluluskan (reject)


Pemohon juga boleh memilih untuk tidak melengkapkan keperluan surat deferment, dan membuat pembatalan permohonan (jika dirasakan permohonan akan di reject atas sebab telah ditimpa penyakit dan lain-lain). Pemohon akan mendapat semula 100% pengembalian wang bayarab permohonan takaful

Adalah sadis jika satu permohonan insurans/takaful itu tidak diluluskan atau reject, kerana apabila permohonan itu reject, bermakna seseorang itu tidak boleh mendapat perlindungan takaful. Lebih baik ianya diluluskan dengan bersyarat daripada direject mentah-mentah. Bila dah reject, kita apply insurans/takaful dengan syarikat mana sekalipun keputusannya tetap akan sama.

Takda isu 'kawtim' dengan agent dalam urusan takaful walaupun ada sesetengah agent kata boleh boleh kawtim. Bagi aku agent yang kata boleh kawtim2 ni hanya menganiaya pelanggan mereka. Mana taknya, buatnya satu hari nanti pelanggan masuk hospital, tetiba medical card reject tak boleh pakai sebab didapati kemasukan ke hospital adalah kerana penyakit yang dirahsiakan dan sedia diketahui ketika memohon.

Perlu diingatkan penyelewangan maklumat kesihatan dalam permohonan takaful akan menyebabkan polisi atau sijil insuran/takaful korang dibatalkan serta merta. Tak ke aniaya macam tu kalau terjadi kat korang.

Syarikat insurans/takaful lagi pandai dari agent dan pemohon, dia akan semak habis2 rekod perubatan yang kita ada. Mau tak nya dia nak semak, sebab nanti dia nak bayar claim kita bukannya seringgit dua ringgit, tapi berpuluh-puluh ribu ringgit. Jadi adat untuk mana-mana pembayar sekali pun, sebelum mereka keluarkan duit, pastinya mereka akan semak dan puaskan hati sebelum buat bayaran.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D