Monday, August 5, 2013

Perkhidmatan Salamfone Dihentikan

Notis Pemberitahuan Pemberhentian Perkhidmatan Salamfone Secara Rasmi

Bagi yang tak pernah dengar pasal Perkhidmatan Salamfone, aku nak intro ringkas je pasal Salamfone. Salamfone ni ialah satu perkhidmatan komunikasi (telefon) yang menepati syariah. Lebih kurang macam perkhidmatan komunikasi Maxis, Digi, Celcom dan sebagainya. Cuma kelainan yang dibawa dalam Salamfone ialah setiap yang kita belanjakan dalam menggunakan perkhidmatan Salamfone adalah berasaskan syariah. Kiranya Salamfone ni satu-satunya perkhidmatan mudah alih pertama berasaskan syariah. Terdapat lebih kurang 50,000 pengguna Salamfone berdaftar.

Pada 1 Ogos 2013, secara rasminya perkhidmatan Salamfone dihentikan. Kesemua pengguna berdaftar dengan Salamfone terpaksa berhijrah kepada operator telefon yang lain dengan cara MNP (Mobile Number Portability).

Kenapa Salamfone secara tiba-tiba dihentikan perkhidmatannya ??? Benda ni buat aku tertanya-tanya kerana 50,000 pengguna Salamfone terjejas serta merta apabila telefon pengguna Salamfone memaparkan "Sim not active" dan "Line Disconnected". Walaupun pada dasarnya aku bukan pengguna Salamfone, oleh kerana aku nak sangat tahu apa puncanya, akhirnya aku berjaya mendapatkan cerita sebenar pasal kemelut Salamfone dan Maxis.

Printscreen FB Salamfone dalam menyelesaikan masalah pengguna yang terputus perkhidmatan

Cerita kemelut penutup Salamfone ni panjang, maka aku terus link kan kisahnya kat sini. Kisah kemelut tu diceritakan sendiri oleh orang yang terlibat secara langsung, maka korang boleh baca sendiri ya.

Penutupan perkhidmatan Salamfone secara tiba-tiba nyata mengundang pelbagai masalah:
  • Pengguna - nombor telefon tidak aktif dan tidak dapat digunakan. Rata-rata pengguna tidak mahu menggunakan nombor telefon yang lain
  • Status baki kredit terakhir menjadi tanda tanya kepada pengguna kerana terdapat masalah dalam proses MNP
  • Pengedar - stok kupon tambah nilai yang tidak terjual terpaksa dipulangkan kembali, hilang punca pendapatan bagi pengedar yang 100% menjalankan perniagaan Salamfone
Korang pengguna Salamfone ? Boleh rujuk FB Salamfone di sini.
Kemelut Awal Sebelum Pemberhentian Perkhidmatan

Walaupun panjang lebar ceritanya, tapi bagi aku berbaloi untuk korang baca sebab banyak benda dan fakta yang korang boleh dapat dari cerita kemelut Salamfone dan Maxis. Ok tanak cerita panjang lebar, baca di sini.


No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D