Monday, August 19, 2013

Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Data Bank Negara


The Star online hari ini melaporkan bahawa peminjam PTPTN akan disenaraikan di dalam data hutang (kredit) Bank Negara Malaysia berkuatkuasa bulan Ogos 2013.

Wah, ini berita buruk kepada peminjam PTPTN yang selama ini ingkar bagi membuat pembayaran balik wang pinjaman. Menurut laporan akhbar tersebut, peminjam yang tidak membuat bayaran balik pinjaman mereka perlu berbincang dengan PTPTN atau mereka akan berdepan dengan kesukaran membuat pinjaman lain.

Kalau korang berhutang PTPTN, maka berusahalah untuk selesaikan hutang tersebut walaupun secara ansuran perlahan-lahan. Kerana kegagalan korang untuk bayar hutang PTPTN akan menyebabkan:

Korang dilarang ke luar negara. Macam mana nak pergi umrah ? Pergi haji ?
Tidak dibenarkan membuat pinjaman. Nak kena beli kereta dan rumah secara cash, mampu ?
Anak korang mungkin tak boleh pinjam PTPTN sebab korang.

Senang cerita la, bila nama pemimjam dimasukkan ke dalam senarai data kredit Bank Negara Malaysia, pada masa akan datang tak mustahil lebih banyak restriction akan dikenakan kepada peminjam yang ingkar.

Petikan The Star Online [SUMBER]:


Apa pun aku nak pesan kepada korang yang mempunyai hutang, tidak terhad kepada hutang PTPTN, malah merangkumi hutang piutang lain, HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT.


BAYAR ... BAYAR... BAYAR...
HUTANG

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D