Thursday, August 15, 2013

Pakaian Rasulullah dan Larangan Melabuhkannya


Dari Abdullah Bin Umar r.a berkata “Aku pernah melintasi (di hadapan) Rasulullah S.A.W dengan mengenakan (memakai) pakaian labuh..maka Baginda bersabda, ” Wahai Abdullah ! Naikkan/tinggikan kainmu. ” maka aku menaikkannya.. Baginda bersabda lagi, “Tambahkan (naikkan) lagi. ” maka aku tambah lagi..kemudian aku teruskan tidak meninggalkan cara berpakaian seperti itu selepas itu..beberapa kaum yang bersama bertanya..sampai paras mana? Baginda bersabda lagi, “PERTENGAHAN BETIS..” (Hadith Riwayat Muslim).

“Kain sehingga buku lali. TIDAK ADA KEBAIKAN untuk kain yang lebih bawah dari itu” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu: ‘Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni, maksudnya, ‘Tepat pertanyaan engkau’). 

Telah bersabda Rasulullah (s.a.w) kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yang bermaksud: (Bahagian bawah) Pakaian orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. Sesiapa melondehkan (memanjangkan atau melabuhkan dengan sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak melihat Allah swt kepadanya (di akhirat kelak). [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian].

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).

Ulasan Ustaz Azhar Idrus

Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah swt (walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia). Begitu juga orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa kepada azab neraka.

Gafir [60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, kain (bawah yang labuh melebihi) dua buku lali, ia berada dalam api (neraka).

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.

Berkata Abu Hurairah r.a, satu ketika seorang lelaki bersolah, kain yang dipakainya labuh. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya pergi berwuduk semula, maka orang itu pun pergi. Kemudian itu ia datang, bertanya seorang lelaki (sahabat) katanya, wahai Rasulullah apakah sebabnya tuan menyuruhnya berwuduk (semula). Sabdanya (jawab) sesungguhnya ia telah bersolah (dalam keadaan) kain yang dipakainya itu labuh, dan sesungguhnya Allah (swt) tidak menerima solah seseorang lelaki yang kainnya labuh.

“Orang yang solat dalam keadaan isbal (labuh lebih buku lali), tidaklah dalam keadaan dihalalkan dan tidak pula dalam keadaan yang diharamkan Allah” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud) Maksud hadith ini orang tersebut tidak beriman kepada perkara yang Allah halalkan dan yang Allah haramkan.

Kebanyakan ulama berpendapat lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari India berpendapat bahawa “tidak diterima solah” itu bermaksud “tidak diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima Allah s.w.t. dan lipatlah kain seluar agar tidak menutupi buku lali.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D