Pengurusan risiko seringkali diabaikan dalam mengurus kewangan peribadi. Bila sebut sahaja tentang insurans & takaful, sesetengah daripada kita pastinya akan melarikan diri seolah-olah konsultan insurans & takaful ini ibarat ejen multi level marketing yang akan memaksa-maksa kita mengeluarkan duit untuk perkara yang tak berfaedah. Anggapan yang sebegini menyebabkan ramai di antara kita yang tidak mendapat maklumat lengkap tentang pengurusan risiko melalui insurans & takaful.
Apakah risiko kehidupan ?
Risiko kehidupan boleh dikatakan sebagai perkara yang tidak diingini yang berlaku tanpa kita diduga dan kita sendiri tak minta. Sebagai contoh seperti meninggal awal, mengalami kecacatan kekal, dan menghidap penyakit. Tiada seorang pun manusia yang nak meninggal awal, nak hidup dalam serba kekurangan dan hidup berpenyakit.
Ya benar, jika telah Allah takdirkan kehidupan kita didunia ini singkat, diuji dengan ketidaksempurnaan dan diuji dengan kesakitan, tiada seorang hambaNya sekalipun yang boleh menghalang takdirNya.
Apa masalahnya pun kalau ditakdirkan meninggal awal ?
Ok, bercakap pasal meninggal atau mati, semua orang kalau boleh nak hidup panjang di dunia ni. Tapi boleh ke kita pasti yang kita boleh hidup sekurang-kurangnya sehingga kita berusia 90 tahun ? Belum tentu lagi !
Apa masalahnya pun kalau ditakdirkan meninggal awal ?
Ok, bercakap pasal meninggal atau mati, semua orang kalau boleh nak hidup panjang di dunia ni. Tapi boleh ke kita pasti yang kita boleh hidup sekurang-kurangnya sehingga kita berusia 90 tahun ? Belum tentu lagi !
Apabila kita meninggal dunia awal, adakah kita telah tinggalkan waris kita nafkah yang secukupnya untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa kita ? Bayangkan sekejap jika esok kita sudah tidak bernyawa, apa yang bakal berlaku pada keluarga kita yang tercinta?
1. Ibu bapa kita yang sudah tua, yang pastinya mengharapkan kita untuk menjaga kebajikan mereka.
2. Pasangan kita yang pastinya menanggung derita atas kehilangan kita dan menanggung beban yang kita tinggalkan seorang diri.
3. Anak-anak kita, bagaimana kehidupan mereka jika kita mati esok ? Adakah kita sanggup lihat anak-anak kita terpaksa mengikat perut, berhenti sekolah, kerana pasangan kita tidak mampu menyara mereka seorang diri dengan kehilangan satu punca pendapatan yang dulunya datang daripada kita ?
Memang benar bahawa pampasan insurans & takaful yang diterima tak boleh nak beli semula nyawa orang yang kita sayang, tetapi sekurang-kurangnya dengan pampasan insurans & takaful itu, kehidupan keluarga kita terjamin dan hutang-piutang kita ketika di dunia boleh diselesaikan dengan duit pampasan yang diterima.
Insyallah ibu bapa kita tak akan terbiar, pasangan dan anak-anak kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun mereka kehilangan diri kita.
Sabda Rasulullah S.A.W :-
Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup.
(Hadis riwayat Imam At-Tarmizi, Imam Ahmad & Imam Ibni Hibban)
Diuji dengan ketidaksempurnaan dan ditimpa kecacatan kekal ?
Nikmat yang Allah beri kita pada hari ini boleh ditarik semula pada bila-bila masa dengan kehendakNya. Ambil sebagai contoh, andai kita mengalami kemalangan jalan raya dan kita ditimpa kecacatan kekal, sudah tentu ianya boleh menjejaskan kehidupan kita dari segi kewangan kerana keupayaan kita telah berubah kepada lebih terhad pengerakan kita.
Oleh itu, jika hari ini kita masih hidup sempurna mengapa tidak kita memiliki pelan insurans & takaful sebagai medium pengurusan risiko, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri.
Tiada siapa yang boleh meramal kehidupan kita walaupun untuk 1 minit kehadapan. Berpeganglah kepada kata-kata hikmat berikut:
Semalam adalah sejarah,
Hari ini adalah anugerah,
Esok adalah MISTERI.
Diuji dengan penyakit ?
Negara kita terkenal dengan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya pemakanan. Waktu kita sihat, jarang sekali kita beringat untuk menjaga kesihatan kita. Setiap hari kita menghabiskan hampir keseluruhan masa di pejabat. Adakah kita mempunyai masa untuk bersenam bagi menjaga kesihatan kita ? Mungkin ada di antara kita yang tak pernah bersenam walaupun sekadar sekali dalam sebulan kerana kesuntukan masa.
Buat apa kita sibuk bekerja untuk kumpul duit yang banyak jika akhirnya kita jatuh sakit dan kita keluarkan semula duit simpanan kita untuk membiayai kos rawatan kita ? Bukankah sia-sia sahaja kita mengumpul duit dan habis kerana kesilapan kita dalam membuat pengurusan risiko ?
Beruntunglah buat mereka yang telah mempunyai pelan insurans & takaful kerana pembiayaan rawatan penyakit ditanggung oleh insurans & takaful tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan yang telah mereka kumpulkan selama ini :D
Sekarang adalah masanya bagi anda memulakan langkah untuk mendapatkan perlindungan & pelaburan syariah. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Untuk lebih banyak artikel dan penulisan mengenai insurans dan takaful, sila klik pada label [Insurans Takaful].
Sepertinya sangat penting untuk jaga2 dimasa depan
ReplyDeleteYa, benar katat tuan
Delete