Friday, August 2, 2013

Cara Tuntutan Insurans Kereta Akibat Banjir



Kereta rosak kerana BANJIR ? Okay, apa yang korang perlu lakukan.

Meh baca ni, cara tuntutan @ claim insurans kereta akibat banjir.

1. Jika ianya melibatkan kereta tuan/puan, hubungi syarikat insurans tuan/puan. Pastikan tuan/puan sentiasa menyimpan nombor syarikat insurans di telefon bimbit untuk kegunaan masa kecemasan.

Nak bagi tau berita buruk untuk tuan/puan yang terlibat dengan banjir, tuan/puan cuma dibayar untuk liabiliti yang ditanggung dan tidak dapat ganti rugi untuk mengantikan kereta tuan/puan. Bayaran akan dibuat hanya JIKA tuan/puan mempunyai perlindungan banjir "Flood Coverage", maka tuan/puan akan dapat bayaran secukupnya bagi membaikpulih kereta yang dilanda banjir. 

Kalau tak ada ''Flood Coverage" segala perbelanjaan pembaikan kereta, ditanggung sepenuhnya dari poket tuan/puan. Tak dapat la nak claim reimbursement semula.


2. Ambil gambar kerosakan kereta tuan/puan, terutama jika kereta tuan/puan tenggelam. Sebolehnya pastikan gambar yang diambil menampakkan nombor plat kereta tuan/puan.


3. Ambil langkah pencegahan untuk mengelakan kerosakan yang lebih teruk. Jika tingkap atau cermin kereta pecah, tampalkan kadboard atau plastik pada lubang yang terbuka. SIMPAN segala RESIT yang tuan/puan bayar untuk baikpulih kereta tuan/puan.


4. Jangan cuba menghidupkan kereta tuan/puan jika ianya tenggelam. Ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius. Tuan/puan boleh tahu kereta tenggelam atau tidak dengan memeriksa seat kereta dan karpet kereta. Jika basah, confirm tenggelam.


5. Periksa penapis udara di bahagian enjin kereta. Jika penapis udara basah, JANGAN cuba hidupkan kereta. 


6. Tuan/puan perlu towing kereta ke bengkel profesional untuk baikpulih. Jangan jemur kereta dengan cara sendiri seperti menggunakan kipas atau dryer kerana itu tidak memadai. Jangan panaskan kereta tuan/puan secara berlebihan kerana kereta tuan/puan ada tangki minyak petrol


7. Berhati-hati dengan gejala kerosakan kereta yang mengalami masalah banjir. Sistem elektrik yang basah dan terkena air boleh menyebabkan masalah kepada kereta dan membahaya keselamatan tuan/puan jika memandu kereta tersebut. Kereta moden banyak guna sensor sistem elektrik, hybrid dan sebagai. Contohnya kalau guna sistem stering kuasa elektrik, bayangkan tengah tuan/puan driving, berlaku 'short' pada sistem stering, buruk akibatnya.



8. Jika air banjir masuk ke dalam enjin atau cabin kereta, tuan/puan perlu bersedia untuk keadaan yang lebih teruk lebih-lebih lagi jika tidak ada perlindungan insurans flood coverage. Silap hari bulan kereta tuan/puan boleh jadi TOTAL LOSS dan perlu kerap menziarahi bengkel kereta selepas pembaikan. 



Itu je info yang abg ada untuk kongsikan dengan tuan/puan. Anyway abg tak terlibat dalam industri insurans am (insurans kereta ni). Kalau nak tanya pasal takaful kesihatan, life takaful, boleh la contact abg. 

Cari insurans untuk peribadi ? 

Boleh contact abg atau add facebook kat sini untuk info lanjut berkaitan takaful medical card, takaful life dan takaful kemalangan.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D