Tuesday, August 20, 2013

Semakan Status Perjalanan Imigresen

Seperti yang ramai sedia maklum, PTPTPU PTPTN bakal melaksanakan sistem CCRIS bagi peminjam PTPTN. Tertinggal isu ni ? Baca kat sini [Klik Sini]

Oleh itu, korang yang ada hutang PTPTN dan berhasrat melancong ke luar negara, boleh menyemak status perjalanan atau status kawalan imigresen sama ada nama korang telah disenaraihitam ke luar negara atau clear.

Semak status korang di sistem imigresen [Klik Sini].



Aku punya status, TIADA HALANGAN ke luar negara. Mohon jeles hehehe.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kekayaan Bocor Kerana Kereta

Posting bagi tajuk ni aku jumpa dalam facebook, tak tahu nak kredit pada siapa sebab sumbernya ada dari pelbagai. Apa pun, pengisian posting ni wajar dijadikan panduan menguruskan hutang dan kewangan korang. Teruskan membaca agar korang tak tersilap langkah dalam mengurus wang.


Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta
Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada ‘style’ agaknya… Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.

Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus ‘installment’!

Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit!

Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu

Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut keutamaan, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak jadi kaya. Saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta .kereta itu ialah TIARA the legend.

Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang.

Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman
Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini.

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta.
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi: RM40,000 (loan) +
RM10,080 (keuntungan bank)
------------
RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.


Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.

Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke..

p/s : jangan terpedaya pada mulut manis salesman. bak ibarat menanan tebu di tepi bibir.abis madu sepah di buang"

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, August 19, 2013

Petua Rawat Diabetes atau Kencing Manis

Ada satu perkongsian yang menarik aku nak kongsikan di sini, pasal rawatan diabetes atau lebih popular dengan kencing manis. Rakyat Malaysia rata-ratanya yang tak kawal makan tentu boleh terjerat dengan penyakit seumur hidup ni. Sekali dah disahkan diabetes, maka seumur hidup kena kawal pemakanan.

Ringkasan dari posting perkongsian di facebook tersebut:

1. Ambil sebiji tomato yang cukup masak (merah).

2. Potong dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air.

3. Diminum segera sebaik tomato habis diblend. Jangan dibiarkan lama kerana gelembung yis akan memenuhi cawan dan menyukarkan korang nak minum.

4. Buat 3 hari berturut-turut. Setiap hari dua kali, pagi sekali, malam sekali.

Insyallah boleh dijadikan ikhtiar perubatan. 
Kredit kepada owner facebook tersebut. Kongsikan post ini jika ianya bermanfaat untuk korang.




Bagi pemohon takaful yang declare ada kencing manis. MAA biasanya akan keluarkan penangguhan permohonan (deferment) dan mintak buat ujian HBA1C. Selepas pemohon buat HBA1C, keputusan ujian tersebut akan dinilai oleh underwriter MAA untuk menentukan sama ada permohonan takaful tersebut boleh diluluskan, dikenakan syarat tambahan, atau ditolak.

Ala, senang cerita kalau boleh apply aja takaful masa tengah komfem sihat ni. Lagi-lagi kalau kita tahu parents kita adalah sejarah penyakit keturunan, maka kita apply la takaful awal-awal sementara sihat. Ni bila dah sakit, baru nak mintak borang. Lepas tu kena reject, kata takaful ni tak nak tolong orang dah sakit. Acaner.... Dah takaful tu bukannya badan kebajikan untuk orang yang sakit ambil kesempatan tukar duit kecil beli sijil takaful untuk terus dapat duit besar buat claim takaful.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Jauhi Makanan & Minuman Kacang Soya

Bagi mereka yang ada endometriosis, fibroid, adenomyosis, PCOS, sila jauhi makanan dan minuman dari KACANG SOYA kerana ia mengandungi phytoestrogen yang menyebabkan ketumbuhan.

Fan Page Dr. Hamid [Klik Sini]


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Kawal Darah Tinggi, Kencing Manis & Kolestrol

Petua Dr. Hamid kali ini ialah makan 3-5 helai daun sambung nyawa, dikunyah sehingga lumat dan ditelan bersama segelah air.

Menurut beliau, daun sambung nyawa boleh membantu meningkat kesihatan, mengawal darah tinggi, mengawal kolestrol, kencing manis dan detox liver. Malah kajian terbaru juga mendapati daun sambung nyawa ini boleh membantu mengawal kanser payudara.

Apa pun penyakit yang kita ada, kita perlu berikhtiar untuk merawat. Insya Allah jika tepat ubatnya, Allah akan berikan kita kesembuhan. Bagi yang masih sihat, jika membaca posting ini, aku amat tekankan agar korang yang masih sihat mengambil insurans perubatan. Jangan riuh sangat fikir komitmen bulanan, kalau dah sakit tak boleh kerja, lagi tinggi komitmen korang nanti.

Fan page Dr. Hamid [Klik Sini]


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Rawatan Sengugut, Lepas Bedah & Bersalin

Sebagai seorang wakil takaful, kehidupan aku kadang kala dipenuhi dengan nama-nama penyakit dan masalah kesihatan. Aku turut mengikuti beberapa fan pages doktor-doktor terkenal di Malaysia yang banyak berkongsi tentang masalah penyakit, kos-kos rawatan dan tak kurang juga doktor yang menyarankan beberapa ubatan alternatif dan juga petua-petua lama. 

Bagi kaum perempuan dan mereka yang mengalami masalah mendapatkan zuriat, mungkin nama Dr. Hamid Arshat tidak perlu lagi diperkenalkan kerana beliau sememangnya seorang doktor pakar sakit puan yang bagus. Beberapa orang klien takaful aku pernah mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan organ pembiakan (masalah endometriosis) dengan beliau, sikap peribadi Dr. Hamid amat terpuji.

Aku nak kongsikan satu petua yang aku printscreen dari fan page Dr. Hamid [Fan Pages Dr. Hamid] yang mana boleh korang jadikan sebagai usaha dan ikhtiar bagi merawat radangan yang berlaku ketika sengugut, selepas pembedahan, selepas bersalin dan lain-lain penyakit yang biasa dimulai dengan proses imflammation.

Kita berdoa agar Dr. Hamid dipanjangkan usia bagi beliau terus membantu mereka yang bermasalah.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Data Bank Negara


The Star online hari ini melaporkan bahawa peminjam PTPTN akan disenaraikan di dalam data hutang (kredit) Bank Negara Malaysia berkuatkuasa bulan Ogos 2013.

Wah, ini berita buruk kepada peminjam PTPTN yang selama ini ingkar bagi membuat pembayaran balik wang pinjaman. Menurut laporan akhbar tersebut, peminjam yang tidak membuat bayaran balik pinjaman mereka perlu berbincang dengan PTPTN atau mereka akan berdepan dengan kesukaran membuat pinjaman lain.

Kalau korang berhutang PTPTN, maka berusahalah untuk selesaikan hutang tersebut walaupun secara ansuran perlahan-lahan. Kerana kegagalan korang untuk bayar hutang PTPTN akan menyebabkan:

Korang dilarang ke luar negara. Macam mana nak pergi umrah ? Pergi haji ?
Tidak dibenarkan membuat pinjaman. Nak kena beli kereta dan rumah secara cash, mampu ?
Anak korang mungkin tak boleh pinjam PTPTN sebab korang.

Senang cerita la, bila nama pemimjam dimasukkan ke dalam senarai data kredit Bank Negara Malaysia, pada masa akan datang tak mustahil lebih banyak restriction akan dikenakan kepada peminjam yang ingkar.

Petikan The Star Online [SUMBER]:


Apa pun aku nak pesan kepada korang yang mempunyai hutang, tidak terhad kepada hutang PTPTN, malah merangkumi hutang piutang lain, HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT.


BAYAR ... BAYAR... BAYAR...
HUTANG

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Perodua Viva Kena Curi

Posting ni bukanlah nak mengajar korang mencuri kereta tapi sebaliknya sebagai awareness kepada korang yang memiliki kereta perodua Viva agar lebih berwaspada dan berhati-hati. Aku tau korang sayangkan kereta korang, tambah lagi loan dengan bank pun tak habis lagi. Maka aku nak berkongsi dengan korang cara kereta viva kena curi.


Aku tau caranya dari orang yang buat sales car security. Dia demo kat kereta aku, dalam 4 minit je dia boleh bukak kereta aku, siap hidup enjin. Ha, tu demo, kalau pencuri kereta yang real ? Mau hilang kereta aku beb. Kereta Viva aku bukan yang biasa, aku beli yang premium spec dulu tahun 2009 [airbag + abs]. Harga pun premium lah sikit, punyalah sakit hati aku tau perodua Viva aku punya senang kena curi.

Berdasarkan temubual aku dengan sales person car security, kereta nasional ni banyaknya datangnya 'kosong'. Maksud kosong tu ialah takda security. Korang kena pasang besi anti-theft, kena pasang alarm sendiri. Aku sangat tak bersetuju dengan pengeluar kereta nasional yang membiarkan kereta yang dijual di pasaran 'kosong', weh aku bayar duit kereta mahal tau. Tak kan 'kosong' camni. Patutlah banyak kes kecurian kereta nasional dilaporkan.

Okay, korek punya korek pasal car security, ni antara cara kereta dicuri.

1. Kopak Masuk

Cara ni, pencuri kereta akan bukak bonet enjin kereta dengan menggunakan besi khas. Besi tu diumpil kat bahagian atas tayar sebelah kanan. Aku rasa dia tarik kabel bonet enjin sebab tombol bonet enjin cam selari kat area tu.

Besi dicucuk kat tempat tu

Bila bonet enjin dah terbuka, hon kereta Viva akan berbunyi sebab dia detect pintu yang di lock guna remote, dibuka secara manual. Dengan pantas pencuri akan bukak bonet enjin, tarik fius alarm atau tanggalkan salah satu terminal bateri. Alarm akan mati dan pencuri boleh masuk dalam kereta.


Pencuri kemudian akan hidupkan kereta dengan garfu yang diubah suai atau melalui pintasan pendawaian elektrik kereta. Perghhhh senang gila kena curi.

PENCEGAHAN
Pastikan korang gunakan kunci tambahan yang berkualiti tinggi (stereng lock, gear lock) sebagai pencegahan dari kecurian. Parking di tempat yang selamat. Jika parking kereta di parking yang berbayar, jangan tinggalkan tiket parking dalam kereta.



2. By Pass Remote Kereta

Cara by pass remote kereta ni katanya dilakukan oleh pencuri yang pernah pegang kunci kereta kita. Dia akan transfer remote kereta kita kepada remote kereta lain. Bila kita kunci kereta, remote kita tak berfungsi sebab dah ditransfer ke remote yang lagi satu. Tentu korang sedia maklum kereta Viva bila tekan button lock dia tak ada bunyi melainkan korang pasang buzzer sendiri. Jadi tentu ada yang tak perasan remote tak berfungsi terutama yang tak pakai buzzer.

Aku dah try transfer remote ni, memang jadi. 


Korang boleh cuba. Dapatkan 2 kunci perodua (1 kunci kereta asal, 1 kunci kereta Viva/Myvi lain).

Letak kunci asal.

Masukkan kunci kereta yang asal kat tempat kuncinya. Putar pada posisi ACC. Okay kat sini tricky sikit. Dari posisi ACC tu korang kena putar mainkan dari ACC -> ON -> ACC -> ON -> ACC -> ON.

Dalam masa yang sama korang putarkan ACC -> ON berkali-kali tu, remote yang kedua (remote kereta lain) korang tekan button warna merah. Pastikan kereta kedua ni korang tak letak berdekatan, kalau tak alarm kereta kedua akan bunyi sebab korang tekan button merah tu.

Tekan remote yang lagi satu

Ok sambung tekan button merah pada remote kereta lain sambil putarkan kunci asal ACC -> ON. Korang akan dengar hon kereta asal berbunyi, so korang terus buat sampai hon berbunyi sebanyak 3 kali. Done. 

Sekarang cuba korang lock kereta guna kunci asal. Mesti tak boleh. Cuba lock guna kunci kereta lain tu, mesti boleh. Kalau korang dah master, dalam 10 saat je boleh transfer remote. 

Untuk kembalikan remote korang ke asal, kena ulang semula langkah yang sama, cuma kali ni putarkan ACC -> ON sambil tekan button merah remote kereta asal. Buat sampai hon berbunyi 3 kali. Done.

Padah bila kereta kita orang lain boleh bukak, macam-macam boleh hilang. Smartag, touch n go, gps, tidak terkecuali hilang kereta sekali.

PENCEGAHAN
Jangan mudah memberi kunci dan remote kereta korang kat orang sebarangan. Aku tengok orang kita mudah je hulurkan kunci kereta kat bangla-bangla carwash, kemudian pergi minum kat kedai tunggu kereta siap cuci.

Setakat ni ja aku kongsikan. 

Okaylah, kalau dah kena curi kereta tu, cepat-cepat report dan tuntut insurans. Kalau kereta korang dah ada insurans, meh jumpa aku untuk amek insurans diri korang pulak.

Kereta hilang boleh diganti
Korang hilang sapa nak ganti sara family

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, August 15, 2013

Rahsia Sujud

BONGKAR!!! Rahsia Sujud Di Dalam Solat


Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia.

Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Batu menyerupai orang bersujud

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pakaian Rasulullah dan Larangan Melabuhkannya


Dari Abdullah Bin Umar r.a berkata “Aku pernah melintasi (di hadapan) Rasulullah S.A.W dengan mengenakan (memakai) pakaian labuh..maka Baginda bersabda, ” Wahai Abdullah ! Naikkan/tinggikan kainmu. ” maka aku menaikkannya.. Baginda bersabda lagi, “Tambahkan (naikkan) lagi. ” maka aku tambah lagi..kemudian aku teruskan tidak meninggalkan cara berpakaian seperti itu selepas itu..beberapa kaum yang bersama bertanya..sampai paras mana? Baginda bersabda lagi, “PERTENGAHAN BETIS..” (Hadith Riwayat Muslim).

“Kain sehingga buku lali. TIDAK ADA KEBAIKAN untuk kain yang lebih bawah dari itu” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu: ‘Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni, maksudnya, ‘Tepat pertanyaan engkau’). 

Telah bersabda Rasulullah (s.a.w) kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yang bermaksud: (Bahagian bawah) Pakaian orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. Sesiapa melondehkan (memanjangkan atau melabuhkan dengan sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak melihat Allah swt kepadanya (di akhirat kelak). [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian].

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).

Ulasan Ustaz Azhar Idrus

Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah swt (walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia). Begitu juga orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa kepada azab neraka.

Gafir [60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, kain (bawah yang labuh melebihi) dua buku lali, ia berada dalam api (neraka).

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.

Berkata Abu Hurairah r.a, satu ketika seorang lelaki bersolah, kain yang dipakainya labuh. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya pergi berwuduk semula, maka orang itu pun pergi. Kemudian itu ia datang, bertanya seorang lelaki (sahabat) katanya, wahai Rasulullah apakah sebabnya tuan menyuruhnya berwuduk (semula). Sabdanya (jawab) sesungguhnya ia telah bersolah (dalam keadaan) kain yang dipakainya itu labuh, dan sesungguhnya Allah (swt) tidak menerima solah seseorang lelaki yang kainnya labuh.

“Orang yang solat dalam keadaan isbal (labuh lebih buku lali), tidaklah dalam keadaan dihalalkan dan tidak pula dalam keadaan yang diharamkan Allah” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud) Maksud hadith ini orang tersebut tidak beriman kepada perkara yang Allah halalkan dan yang Allah haramkan.

Kebanyakan ulama berpendapat lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari India berpendapat bahawa “tidak diterima solah” itu bermaksud “tidak diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima Allah s.w.t. dan lipatlah kain seluar agar tidak menutupi buku lali.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kisah Rasulullah Dan Limau Pemberian Wanita Kafir

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Illustrasi Sahaja

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Mampukah kita mencontohi akhlak Nabi.... sama-samalah kita tanamkan tekad, Insyallah...

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, August 14, 2013

Cara Tukar Domain Blogspot Ke Dot Com

Cara tukar domain paling senang :D 

Tak perlu tengok blog lain dah, nanti lagi pening korang dengan setting-setting bagai. 

Aku dengan suka hatinya nak kongsikan dengan korang cara tukar domain blog .blogspot ke .com. Bagi korang yang mengikuti blog aku tentunya perasan nama domain blog ini telah berubah. Blog ini dahulunya atas nama domain www.peningkutu.blogspot.com dan sekarangnya www.hidupmatiku.com.

Kalau korang taip domain lama peningkutu, automatik korang akan di redirect ke domain yang baru aku ni. Macam mana aku tukar ? Ha, dalam proses aku nak tukar domain, macam² blog yang aku baca untuk cara tukar domain. Tapi mengecewakan walaupun banyak posting, kesemua cara tu sangat remeh dan complicated. Silap hari bulan kalau tak pandai setting, blog korang boleh tak berfungsi dan error.


Website NetKL

Macam mana nak tukar domain semudah A, B, dan C ?

1. Pastikan korang ada internet banking untuk buat bayaran. Untuk nama domain & setting, modalnya tak besar pun, cuma RM 38 setahun.

2. Log masuk ke website NetKL [KLIK SINI]

3. Ikut step dalam gambar ni



4. Sebab NetKL yang akan settingkan DNS Management dan sebagainya kat blog korang, maka dia akan request korang punya username & password blog. Okay, sebelum korang bagi usernama & password, aku advise korang tukar dulu password korang kepada password sementara untuk dorang settingkan. Lepas dorang da siap setting dan domain korang dah berfungsi, korang tukar balik password korang untuk blog security.

Tukar password blog korang kat dashboard ---> account setting ---> security

5. Dah fill in borang, korang buat payment kepada bank yang NetKL terima secara online transfer. Emelkan ke NetKL untuk maklumkan pembayaran korang.

6. Dalam tempoh kurang sehari, domain korang dah berfungsi. Senang giler. Korang tak payah susah² nak setting DNS bagai, caj dia pulak cuma RM 38 setahun.


7. Siap, korang da boleh update blog korang macam biasa dengan domain yang baru.

Selain dari NetKL, ada banyak company yang boleh register nama domain dan hosting macam Asiahost tapi problemnya dorang ni lembab, lepas tu korang kena setting sendiri². Bagi aku NetKL sangat mudah. Sehari siap dan bayarannya standard. Sangat puas hati dengan servis mereka.

Tak payah nak pening² kepala, korang pun bukan programmer pun nak setting sana sini sangat kan. Keh..keh..keh..

Nak tukar nama domain tu korang pilih la nama yang best², yang boleh naikkan traffic blog korang. Nak check potensi nama domain korang boleh check kat Domometer [Klik Sini]. Kredit kepada blog farizreza.com

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Hot Tips Simpan Duit


Apa khabar semua ? Okay posting kali ni aku nak kongsi tips untuk korang menyimpan duit dengan lebih berkesan. Secara teorinya kita boleh cakap simpan duit tu senang, tapi dalam masa yang sama sedarkah korang yang setiap kali korang simpan duit setiap kali jugak korang withdraw kan duit tu semula untuk kegunaan sendiri ?

Kalau macam tu la gayanya kita simpan duit, sampai bila simpanan kita tak kan ke mana. Ciput gitu jelah. Baki akaun simpanan sekadar RM 10 atau RM 20 cukup2 untuk tolak caj tahunan kad atm seolah2 simpanan kita bak pepatah "Hidup segan, mati tak mahu". Huhuhu, kalau lah peraturan akaun simpanan tak perlu maintain baki minimum dalam akaun, da tentu habis licin semua amaun korang keluarkan. 

Ada banyak objektif untuk kita simpan duit. Aku tak nak ulas banyak2 kenapa korang kena simpan duit. Sendiri mau ingat lah ye, di antara objektif simpan duit ialah:

✔ Simpan untuk menunaikan haji, umrah
✔ Simpan untuk pendidikan anak
✔ Simpan untuk persiapan persaraan
✔ Simpan untuk kecemasan
✔ Lain-lain ikut selera korang

Perlu diingatkan, korang perlu menyimpan seawal yang mungkin supaya objektif korang tercapai. Ambil contoh mudah, kalau korang berhasrat untuk simpan duit bagi pendidikan anak. Korang seharusnya mulakan simpanan sejak anak korang masih kecil lagi. Kalau korang nak tunggu anak korang besar, lagi 2-3 tahun nak start belajar, korang rasa sempat ke nak kejar jumlah simpanan yang banyak.

Sama jugak untuk persaraan korang, simpan dari sekarang. Jangan tunggu lagi 5 tahun nak pencen baru terkial-kial nak simpan duit. Memang tak dan la nak simpan dan joli besar lepas pencen ;)

Meh baca tips yang korang boleh cuba amalkan untuk simpan duit.

Simpan Sikit, 'Cucuk' Banyakkkkk
# TIPS 1
Kalau korang jenis yang simpan kat bank pastu cucuk keluar balik duit guna kad ATM, maka aku menyarankan korang tukar tempat meyimpan duit korang. Korang perlu membuat simpanan yang tak ada tawarkan fasiliti kemudahan pengeluaran dengan mudah.

Antara simpanan yang sesuai untuk korang ialah:

✔ Amanah Saham, Unit Trust (Public Mutual, ASB, ASG, SSPN dan sebagainya)
✔ Tabung Haji (jangan mohon link dengan kad ATM)
✔ Simpanan secara pelaburan emas dan perak (fizikal)
✔ Simpanan Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment Link)

Jenis simpanan kat atas ni, korang boleh buat deposit simpanan yang mudah. Tapi bila korang nak buat pengeluaran, korang kena berurusan kat kaunter (amek nombor, isi borang, beratur dan sebagainya). Sekurang-kurangnya bila korang malas nak berurusan kat kaunter untuk pengeluaran, simpanan korang akan terus selamat dalam tabungan korang.

# TIPS 2
Dapat gaji pagi, petang dah habis duit gaji ? Parah.. Parah... Tapi nak buat macam mana kan dah kos sara hidup kat Malaysia ni tak setara dengan kadar pendapatan rakyatnya. Bagi korang yang mengalami fenomena seperti ini, aku sarankan korang paksa diri korang untuk menyimpan.

Macam mana nak paksa diri untuk simpan ?

Tak susah mana pun. Sebagaimana korang boleh paksa diri korang untuk bayar segala bil setiap bulan, maka korang jadikan simpanan korang sebagai bil wajib setiap bulan.


Antara cara lain menjadikan simpanan sebagai bil wajib setiap bulan ialah dengan cara mencarum dalam sijil takaful. Ramai yang tak tahu sebenarnya dengan mencarum kat takaful, bukan setakat kita dapat perlindungan kewangan, malah kita dapat menyimpan duit secara lebih konsisten dan berdisiplin. Dengan menjadikan simpanan atau caruman takaful sebagai bil wajib setiap bulan, maka kita tak ada pilihan lain selain teruskan simpanan kita setiap bulan secara 'terpaksa'. Cukup masa boleh withdraw simpanan.

Baki Tunai Terkumpul Dalam Akaun Pelaburan Takaful
Aku jugak mendisiplinkan diri aku sendiri dengan menyimpan secara caruman takaful. Tak banyak mana yang aku carum, bermula tahun 2011 setiap bulan aku carum RM 100 sebulan. Sekarang bakinya ada dalam RM 1,500 (ok la daripada takda simpanan langsung). 

Itu pun hujung tahun nanti declare dividen bertambah lagi simpanan aku, harga pasaran saham naik aku juga yang untung. Dengan caruman RM 100 sebulan jugak aku tak perlu risau pasal masuk hospital, dapat medical card dengan limit setahun RM 50,000. Simpanan yang berbaloi² dengan nilai RM 100 sebulan.

# TIPS 3
Elakkan membuat simpanan secara berhutang. Pada pendapat dan perkiraan peribadi aku, pinjaman ASB loan untuk buat simpanan adalah tidak menguntungkan

Kenapa tak menguntungkan ?

  • Dividen sekitar 7-8%, kadar interest bank 5-6%. Net dividen korang cuma 1-2%, belum masukkan lagi kadar inflasi tahunan
  • Korang meminjam dari bank, korang tambah komitmen liabiliti. Kegagalan korang membayar balik boleh menyebabkan nama diblacklist.
  • Nak keluar dari kontrak pinjaman, korang bakal dikenakan penalti sekiranya tak cukup tahun kontrak
  • Jika korang rolling dividen tahunan untuk bayar installment loan asb, bila masanya korang nak rasa duit ASB tu ? Nak tunggu tempoh tamat loan lengguh la.
  • Risiko kenaikan kadar BLR (Bank Loan Rate) akan efek bayaran installment loan korang, maka korang kena tambah bayaran monthly atau tempoh pinjaman korang akan bertambah. Bank syok la sebab income interest
  • Hidup tak berkat bila terlibat dalam urusan riba. Dalam hal riba ni, kita mesti elakkan sehabis-habisnya selagi kita mampu. Banyak dalil dan hadis pasal pengharaman riba.
  • Lain-lain sebab tak untung, korang boleh google dan baca...
Dari Jabir Ibn Abdillah telah berkata: Rasulullah SAW menlaknat sesiapa yang memakan (harta) riba, yang menjadi wakil, penulis (bagi kontrak) dan saksi-saksi, Baginda telah berkata: Mereka semua sama.


Jangan Terperangkap Dengan Pinjaman

Sekiranya korang dah terlibat menyimpan secara pinjaman, bermaksud korang ambil ASB loan, pastikan korang attachkan loan korang dengan insurans. Walaupun dengan attach insurans akan membuatkan installment bulanan korang sedikit tinggi tapi untuk kebaikan jangka masa panjang lebih baik korang attach.

Seperti yang aku cakap, pinjaman bank untuk simpanan ASB ni satu komitmen liabiliti. Biasanya tempoh loan yang korang ambil ialah 20 - 25 tahun. Satu tempoh masa yang panjang. Andai kata dalam tempoh pinjaman tersebut korang meninggal dunia dan loan tersebut tidak diattach bersama insurans. Maka waris korang perlu selesaikan dan bayar interest kepada bank untuk memberhentikan kontrak pinjaman tersebut. 

Aku juga pernah ambil loan ASB dengan RHB Bank, tahun 2009 aku start dan tahun 2012 aku batalkan. Dapat la dalam RM 500 duit pokok ASB walaupun installment bulanan aku RM 90 (kalau simpan dalam ASB direct dah ada RM 2,000++). Alhamdu lillah aku berjaya lepaskan diri dari satu transaksi yang Allah haramkan, iaitu riba walaupun rugi sikit.

# TIPS 4
Dalam pada keghairahan korang menyimpan duit, kena ingat sama terdapat situasi yang bukan sahaja menghentikan simpanan korang, malah boleh menghabiskan simpanan korang dalam sekelip mata.

  • Meninggal dunia (sudden death) - simpanan korang berhenti setakat mana yang korang dah simpan. Tak tercapai objektif simpanan andai kata simpan untuk haji, pendidikan anak.
  • Kecacatan - Korang bakal hilang pekerjaan. Simpanan korang terpaksa dikeluarkan bagi menampung kos sara hidup.
  • Penyakit - Nikmat sihat hanya korang rasa bila korang berada dalam kesakitan. Penyakit yang datang menguji bakal meleburkan simpanan yang korang ada lebih-lebih lagi penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Penyelesai kepada perkara yang tidak pasti ini ialah dengan menyertai skim takaful (investment linked). Andai kata berlaku ketiga² perkara di atas sepanjang tempoh korang mencarum + menyimpan, simpanan korang akan terus dilindungi dan tak perlu korang keluarkan duit simpanan sebab korang boleh guna medical card untuk rawatan hospital percuma.

Bagi kes meninggal, family korang akan terima lump sum pampasan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka setelah hilangnya pencari nafkah mereka. Kebiasaannya aku akan bagi advise pada waris agar gunakan wang pampasan tersebut bagi menunaikan upah haji bagi orang yang telah meninggal dunia.

Oklah, itu aja tips yang aku nak kongsikan dengan korang. Ada banyak lagi tips untuk simpan duit, cuma aku nak tekankan 4 tips tersebut kerana tips tersebut lebih mendatangkan kesan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Selamat beramal !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, August 11, 2013

Koleksi Softcopy Nota, Past Year Question UiTM Ijazah Perakaunan AC 220 (Vol.1)

BARANG PANAS !!!
Baru keluar dari laptop
Hahahaha ;D


Sepanjang bulan Ramadhan lepas, aku ada banyak masa terluang. Maka aku telah mengemas dan menyapu laptop aku yang penuh semak samun dengan macam-macam files dan folders.


Antara folders yang aku kemas ialah folder study aku: Ijazah Perakaunan dengan Kepujian (AC220) mode Program Luar Kampus - Blended Learning. Nak tau pasal program ni ? Baca kat sini [ENTRY]. 

Kemas punya kemas, terhasil la satu himpunan softcopy nota, assignment, past year (questions + some answers) bagi subjek yang aku da selesai dan lulus dengan jayanya. Jadi untuk manfaat lebih ramai pelajar AC 220, aku compile semuanya dalam satu CD: 

CD Pakej 10 Subjek Nota & Past Year Questions 

- RM 20 termasuk postage-

Koleksi Softcopy Nota, Past Year Question UiTM Ijazah Perakaunan AC 220 (Vol.1)


✔ BAB 401 - Arabic 1
✔ BEL 432 - Business Corresspondence
✔ BEL 492 - Communication & Interpersonal Skill
✔ BEL 499 - Interpersonal & Communication Skill
✔ CRG 520 - Business Ethics & Corporate Governance
✔ CTU 553 - Ethnic Relations
✔ FAR 400 - FRS & Principle I
✔ FAR 430 - FRS & Principle II
✔ MAF 420 - Mgmt Accounting & Control
✔ PSA 420 - Public Sector Accounting

Kesemuanya dalam format PDF. Di susun dengan teratur untuk kemudahan pencarian. Harga yang diletakkan adalah harga balik modal (Kos producing & burning CD, kos postage, kos compiling, kos incidental) bertujuan membantu pelajar yang belum ambil paper seperti tersenarai. 


Nota yang di compile adalah daripada sumber iclass, eModul, portal UiTM. Nota tersebut juga aku telah gunakan sendiri ketika semester yang berkaitan sebagai panduan dan rujukan bagi menduduki peperiksaan akhir. Jangan tanya bape pointer aku, confirm korang tak percaya. 

Turut aku muatkan dalam CD ni sekali dengan personal assignment + beberapa set jawapan past year yang aku kena buat. Korang boleh refer la buat contoh, jangan amalkan plagiarisme pulak (plagiat=copy paste orang punya, pastu claim diri sendiri punya). 

Minat nak dapatkan sekeping CD tu ? Cepat contact aku, aku burn CD limited kuantiti ;) 

Insya Allah lepas ni selesai je lulus subjek lain, aku akan compilekan dalam Volume 2 pulak.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, August 6, 2013

Permohonan Takaful/Insurans Digantung (Deferment)

Awal pagi Isnin semalam aku dapat satu emel notification dari MAA Takaful tentang permohonan takaful salah seorang daripada pelanggan aku yang baru mohon takaful. Dukacitanya permohonan beliau digantung atau dalam istilah insurans/takaful ialah deferment.


Pengantungan permohonan takaful bukanlah bermaksud permohonan takaful itu ditolak mentah-mentah (reject), tapi permohonan digantung sementara untuk mendapat maklumat lanjut seperti laporan kesihatan terdahulu, siasatan tahap kesihatan semasa pemohon (jika maklumat kesihatan pemohon meragukan) atau arahan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ni aku tunjukkan surat deferment permohonan takaful yang aku terima bagi pihak pelanggan aku. Seperti biasa, menjadi tanggungjawab aku untuk merahsiakan maklumat pelanggan aku tak kira la siapa sekali pun yang mohon. Aku cuma kongsikan isi kandungan suratnya sahaja dan surat deferment setiap orang adalah berbeza-beza mengikut kes permohonan.



Bagi pemohon insurans/takaful yang kena pengantungan permohonan (deferment), mereka ini perlu melaksanakan keperluan bagi melepaskan permohonan mereka daripada terus digantung dan di hold. Sebagai contoh dalam kes aku, pelanggan aku perlu menjalani dan melengkap kesemua empat keperluan surat pengantungan (deferment).

Lepas tu ? Setelah selesai lengkap keperluan surat deferment, pemohon perlu tunggu status selanjutnya dari Ibu Pejabat untuk mengetahui sama ada permohonan insurans/takaful mereka:

1. Diluluskan seperti yang dimohon; atau
2. Diluluskan dengan bersyarat (counter offer); atau
3. Permohonan tidak diluluskan (reject)


Pemohon juga boleh memilih untuk tidak melengkapkan keperluan surat deferment, dan membuat pembatalan permohonan (jika dirasakan permohonan akan di reject atas sebab telah ditimpa penyakit dan lain-lain). Pemohon akan mendapat semula 100% pengembalian wang bayarab permohonan takaful

Adalah sadis jika satu permohonan insurans/takaful itu tidak diluluskan atau reject, kerana apabila permohonan itu reject, bermakna seseorang itu tidak boleh mendapat perlindungan takaful. Lebih baik ianya diluluskan dengan bersyarat daripada direject mentah-mentah. Bila dah reject, kita apply insurans/takaful dengan syarikat mana sekalipun keputusannya tetap akan sama.

Takda isu 'kawtim' dengan agent dalam urusan takaful walaupun ada sesetengah agent kata boleh boleh kawtim. Bagi aku agent yang kata boleh kawtim2 ni hanya menganiaya pelanggan mereka. Mana taknya, buatnya satu hari nanti pelanggan masuk hospital, tetiba medical card reject tak boleh pakai sebab didapati kemasukan ke hospital adalah kerana penyakit yang dirahsiakan dan sedia diketahui ketika memohon.

Perlu diingatkan penyelewangan maklumat kesihatan dalam permohonan takaful akan menyebabkan polisi atau sijil insuran/takaful korang dibatalkan serta merta. Tak ke aniaya macam tu kalau terjadi kat korang.

Syarikat insurans/takaful lagi pandai dari agent dan pemohon, dia akan semak habis2 rekod perubatan yang kita ada. Mau tak nya dia nak semak, sebab nanti dia nak bayar claim kita bukannya seringgit dua ringgit, tapi berpuluh-puluh ribu ringgit. Jadi adat untuk mana-mana pembayar sekali pun, sebelum mereka keluarkan duit, pastinya mereka akan semak dan puaskan hati sebelum buat bayaran.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus