Wednesday, August 14, 2013

Hot Tips Simpan Duit


Apa khabar semua ? Okay posting kali ni aku nak kongsi tips untuk korang menyimpan duit dengan lebih berkesan. Secara teorinya kita boleh cakap simpan duit tu senang, tapi dalam masa yang sama sedarkah korang yang setiap kali korang simpan duit setiap kali jugak korang withdraw kan duit tu semula untuk kegunaan sendiri ?

Kalau macam tu la gayanya kita simpan duit, sampai bila simpanan kita tak kan ke mana. Ciput gitu jelah. Baki akaun simpanan sekadar RM 10 atau RM 20 cukup2 untuk tolak caj tahunan kad atm seolah2 simpanan kita bak pepatah "Hidup segan, mati tak mahu". Huhuhu, kalau lah peraturan akaun simpanan tak perlu maintain baki minimum dalam akaun, da tentu habis licin semua amaun korang keluarkan. 

Ada banyak objektif untuk kita simpan duit. Aku tak nak ulas banyak2 kenapa korang kena simpan duit. Sendiri mau ingat lah ye, di antara objektif simpan duit ialah:

✔ Simpan untuk menunaikan haji, umrah
✔ Simpan untuk pendidikan anak
✔ Simpan untuk persiapan persaraan
✔ Simpan untuk kecemasan
✔ Lain-lain ikut selera korang

Perlu diingatkan, korang perlu menyimpan seawal yang mungkin supaya objektif korang tercapai. Ambil contoh mudah, kalau korang berhasrat untuk simpan duit bagi pendidikan anak. Korang seharusnya mulakan simpanan sejak anak korang masih kecil lagi. Kalau korang nak tunggu anak korang besar, lagi 2-3 tahun nak start belajar, korang rasa sempat ke nak kejar jumlah simpanan yang banyak.

Sama jugak untuk persaraan korang, simpan dari sekarang. Jangan tunggu lagi 5 tahun nak pencen baru terkial-kial nak simpan duit. Memang tak dan la nak simpan dan joli besar lepas pencen ;)

Meh baca tips yang korang boleh cuba amalkan untuk simpan duit.

Simpan Sikit, 'Cucuk' Banyakkkkk
# TIPS 1
Kalau korang jenis yang simpan kat bank pastu cucuk keluar balik duit guna kad ATM, maka aku menyarankan korang tukar tempat meyimpan duit korang. Korang perlu membuat simpanan yang tak ada tawarkan fasiliti kemudahan pengeluaran dengan mudah.

Antara simpanan yang sesuai untuk korang ialah:

✔ Amanah Saham, Unit Trust (Public Mutual, ASB, ASG, SSPN dan sebagainya)
✔ Tabung Haji (jangan mohon link dengan kad ATM)
✔ Simpanan secara pelaburan emas dan perak (fizikal)
✔ Simpanan Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment Link)

Jenis simpanan kat atas ni, korang boleh buat deposit simpanan yang mudah. Tapi bila korang nak buat pengeluaran, korang kena berurusan kat kaunter (amek nombor, isi borang, beratur dan sebagainya). Sekurang-kurangnya bila korang malas nak berurusan kat kaunter untuk pengeluaran, simpanan korang akan terus selamat dalam tabungan korang.

# TIPS 2
Dapat gaji pagi, petang dah habis duit gaji ? Parah.. Parah... Tapi nak buat macam mana kan dah kos sara hidup kat Malaysia ni tak setara dengan kadar pendapatan rakyatnya. Bagi korang yang mengalami fenomena seperti ini, aku sarankan korang paksa diri korang untuk menyimpan.

Macam mana nak paksa diri untuk simpan ?

Tak susah mana pun. Sebagaimana korang boleh paksa diri korang untuk bayar segala bil setiap bulan, maka korang jadikan simpanan korang sebagai bil wajib setiap bulan.


Antara cara lain menjadikan simpanan sebagai bil wajib setiap bulan ialah dengan cara mencarum dalam sijil takaful. Ramai yang tak tahu sebenarnya dengan mencarum kat takaful, bukan setakat kita dapat perlindungan kewangan, malah kita dapat menyimpan duit secara lebih konsisten dan berdisiplin. Dengan menjadikan simpanan atau caruman takaful sebagai bil wajib setiap bulan, maka kita tak ada pilihan lain selain teruskan simpanan kita setiap bulan secara 'terpaksa'. Cukup masa boleh withdraw simpanan.

Baki Tunai Terkumpul Dalam Akaun Pelaburan Takaful
Aku jugak mendisiplinkan diri aku sendiri dengan menyimpan secara caruman takaful. Tak banyak mana yang aku carum, bermula tahun 2011 setiap bulan aku carum RM 100 sebulan. Sekarang bakinya ada dalam RM 1,500 (ok la daripada takda simpanan langsung). 

Itu pun hujung tahun nanti declare dividen bertambah lagi simpanan aku, harga pasaran saham naik aku juga yang untung. Dengan caruman RM 100 sebulan jugak aku tak perlu risau pasal masuk hospital, dapat medical card dengan limit setahun RM 50,000. Simpanan yang berbaloi² dengan nilai RM 100 sebulan.

# TIPS 3
Elakkan membuat simpanan secara berhutang. Pada pendapat dan perkiraan peribadi aku, pinjaman ASB loan untuk buat simpanan adalah tidak menguntungkan

Kenapa tak menguntungkan ?

  • Dividen sekitar 7-8%, kadar interest bank 5-6%. Net dividen korang cuma 1-2%, belum masukkan lagi kadar inflasi tahunan
  • Korang meminjam dari bank, korang tambah komitmen liabiliti. Kegagalan korang membayar balik boleh menyebabkan nama diblacklist.
  • Nak keluar dari kontrak pinjaman, korang bakal dikenakan penalti sekiranya tak cukup tahun kontrak
  • Jika korang rolling dividen tahunan untuk bayar installment loan asb, bila masanya korang nak rasa duit ASB tu ? Nak tunggu tempoh tamat loan lengguh la.
  • Risiko kenaikan kadar BLR (Bank Loan Rate) akan efek bayaran installment loan korang, maka korang kena tambah bayaran monthly atau tempoh pinjaman korang akan bertambah. Bank syok la sebab income interest
  • Hidup tak berkat bila terlibat dalam urusan riba. Dalam hal riba ni, kita mesti elakkan sehabis-habisnya selagi kita mampu. Banyak dalil dan hadis pasal pengharaman riba.
  • Lain-lain sebab tak untung, korang boleh google dan baca...
Dari Jabir Ibn Abdillah telah berkata: Rasulullah SAW menlaknat sesiapa yang memakan (harta) riba, yang menjadi wakil, penulis (bagi kontrak) dan saksi-saksi, Baginda telah berkata: Mereka semua sama.


Jangan Terperangkap Dengan Pinjaman

Sekiranya korang dah terlibat menyimpan secara pinjaman, bermaksud korang ambil ASB loan, pastikan korang attachkan loan korang dengan insurans. Walaupun dengan attach insurans akan membuatkan installment bulanan korang sedikit tinggi tapi untuk kebaikan jangka masa panjang lebih baik korang attach.

Seperti yang aku cakap, pinjaman bank untuk simpanan ASB ni satu komitmen liabiliti. Biasanya tempoh loan yang korang ambil ialah 20 - 25 tahun. Satu tempoh masa yang panjang. Andai kata dalam tempoh pinjaman tersebut korang meninggal dunia dan loan tersebut tidak diattach bersama insurans. Maka waris korang perlu selesaikan dan bayar interest kepada bank untuk memberhentikan kontrak pinjaman tersebut. 

Aku juga pernah ambil loan ASB dengan RHB Bank, tahun 2009 aku start dan tahun 2012 aku batalkan. Dapat la dalam RM 500 duit pokok ASB walaupun installment bulanan aku RM 90 (kalau simpan dalam ASB direct dah ada RM 2,000++). Alhamdu lillah aku berjaya lepaskan diri dari satu transaksi yang Allah haramkan, iaitu riba walaupun rugi sikit.

# TIPS 4
Dalam pada keghairahan korang menyimpan duit, kena ingat sama terdapat situasi yang bukan sahaja menghentikan simpanan korang, malah boleh menghabiskan simpanan korang dalam sekelip mata.

  • Meninggal dunia (sudden death) - simpanan korang berhenti setakat mana yang korang dah simpan. Tak tercapai objektif simpanan andai kata simpan untuk haji, pendidikan anak.
  • Kecacatan - Korang bakal hilang pekerjaan. Simpanan korang terpaksa dikeluarkan bagi menampung kos sara hidup.
  • Penyakit - Nikmat sihat hanya korang rasa bila korang berada dalam kesakitan. Penyakit yang datang menguji bakal meleburkan simpanan yang korang ada lebih-lebih lagi penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Penyelesai kepada perkara yang tidak pasti ini ialah dengan menyertai skim takaful (investment linked). Andai kata berlaku ketiga² perkara di atas sepanjang tempoh korang mencarum + menyimpan, simpanan korang akan terus dilindungi dan tak perlu korang keluarkan duit simpanan sebab korang boleh guna medical card untuk rawatan hospital percuma.

Bagi kes meninggal, family korang akan terima lump sum pampasan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka setelah hilangnya pencari nafkah mereka. Kebiasaannya aku akan bagi advise pada waris agar gunakan wang pampasan tersebut bagi menunaikan upah haji bagi orang yang telah meninggal dunia.

Oklah, itu aja tips yang aku nak kongsikan dengan korang. Ada banyak lagi tips untuk simpan duit, cuma aku nak tekankan 4 tips tersebut kerana tips tersebut lebih mendatangkan kesan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Selamat beramal !

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D