Thursday, June 27, 2013

Pengajian Jarak Jauh - PLK Blended UiTM

Mencari ilmu adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Kita seharusnya berlumba-lumba dalam mencari ilmu, bukan sahaja terhad kepada ilmu duniawi, malah juga ilmu ukhrawi.


Ok post kali ini aku nak cerita pasal ilmu dunia yang boleh korang miliki dengan keazaman dan semangat yang tinggi lagi kental. Kalau korang bercita-cita untuk memiliki segulung ijazah atau diploma secara santai dan separuh masa, korang boleh mendaftar sebagai pelajar PLK (Program Pengajian Luar Kampus) Blended UiTM. Program ni khas untuk korang yang bekerja dan takde masa yang banyak untuk datang kelas setiap hari.

Apa yang menarik tentang program pengajian jarak jauh ni ialah korang hanya perlu datang 7 kelas/seminar setiap semester. Kelas/seminar ni pulak diadakan pada hari sabtu dan ahad, tertakluk pada jadual subjek yang korang pilih, dan dilaksanakan 2 kali sebulan. Hah, enjoy dan rileks. Setiap kelas/seminar adalah selama 2 jam. Bermakna satu subjek korang cuma bertemu face to face dengan lecturer selama 14 jam aje. Lepas tu terus duduk final exam. Hah, hebat tak study PLK Blended ?? Hehehe


Oleh sebab interaksi dalam kelas/seminar hanya 7 kali satu semester, dah tentunya masa pertemuan face to face yang singkat akan membataskan sesi pembelajaran dan pengajaran kan. Tapi takpe, UiTM ada menyediakan laman iClass yang korang boleh log in dengan internet (PC,Laptop,Smartphone) untuk sesi pembelajaran secara maya. Kira lebih kurang macam forum, tapi lebih kepada perbincangan dan diskusi ilmiah dan akademik.

Bersesuaian dengan nama pengajian jarak jauh "Blended", korang adalah dikehendaki untuk menyediakan diri dengan subjek dan topik yang berkaitan sebelum datang kelas/seminar. Pensyarah korang takda masa yang cukup kalau nak ajar semua topik dalam satu semester dalam masa 14 jam pertemuan. PLK Blended ni korang kena banyak study sendiri, bila tak faham sesuatu perkara korang kena bincang dan rujuk dalam iClass.


Pada pendapat aku, seronok belajar secara pengajian jarak jauh dengan program PLK Blended ni. Aku sendiri dah masuk semester ke-2 Program PLK Blended Ijazah Perakaunan. Daripada aku tak buat apa hari Sabtu dan Ahad, sekurang-kurangnya ada program ilmu yang aku boleh pergi. Cukup waktu, dapat segulung ijazah :)

Rugi kalau korang tak sambung pengajian. Biarpun korang dah bekerja dan ada duit, mencari ilmu di amat dituntut. Banyak perkara yang boleh kita belajar selain secara tak langsung memajukan akal fikiran dan kehidupan kita. 

Dulu lepas diploma aku tak terus sambung ijazah sebabnya gaji aku lepas diploma dah lebih dari apa yang aku harapkan :) Tapi bila usia dah dewasa ni baru la aku sedar aku kena majukan ilmu disamping menjana pendapatan. Kan balance gitu hehe

Kepada korang yang nak memohon pengajian jarak jauh secara PLK Blended UiTM, boleh terus memohon sepanjang masa kat sini: http://ined.uitm.edu.my/


Korang yang nak sambung belajar, ni pesan aku :


  • Kuatkan semangat sebab korang buat partime jangan sangkut setengah jalan
  • Takda apa yang mustahil kalau nak pointer tinggi macam pelajar fulltime. Malas nak tunjuk result aku, nanti korang tak percaya hahaha
  • Hati kena kental datang kelas/seminar Sabtu/Ahad sebab korang kena tinggalkan jemputan kenduri kendara yang jatuh pada hari yang sama dengan kelas/seminar. Rugi woo lau miss kelas/seminar
  • Jangan hangat-hangat taik ayam, buktikan semangat korang tu lebih hangat dari taik ayam :D
  • Buat persediaan sebelum datang kelas/seminar. Kalau korang datang dengan otak kosong, balik pun gerenti kosong hahaha :D
  • Rajin-rajin log masuk iClass untuk tengok perbincangan akademik
  • Dan... Korang mesti ada internet.. Tak kira la internet rumah ke, ofis punya ke, mesti ada. Kalau xde, camne nak log iClass :P
Secara umum, belajar sepenuh masa or berkerja sambil belajar semuanya menuntut komitmen yang tinggi. pengurusan masa amat penting dan cara belajar. Apa yang paling penting apa niat kita sambung belajar dan kemana halatuju kita dan kena kuat semangat jika nak berkerja sambil belajar.

"Percaya pada diri sendiri daripada percaya pada cakap orang"

UPDATE 19 SEPTEMBER 2016

Secara rasminya telah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dengan mata akhir CGPA 3.70

Alhamdulillah

Intake June 2012, Complete Jun 2016
Hampir 4 tahun

One Step Ahead

Mini Transkrip UiTM




Gambar keluarga konvokesyen.
Pada Julai 2017, ibu saya telah pulang ke Rahmahtullah. Sesiapa yang masih membaca post ini, doakan untuk Allahyarhamah ibu saya ya 

Allahumma firlaha warhamha wa`afihi wa`fu`anha
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

72 comments:

  1. saya nak tanya PLK untuk ijazah perakaunan ni memang dijalan kn setiap sabtu ahad atau ada kelas malam atau tergantung pada pensyarah ye??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uitm shah alam, sabtu dan ahad sahaja. Kampus lain tidak diketahui.

      Delete
  2. Berapa tahun belajar PLK degree account?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tahun setengah aja, now saya dah officially graduate

      Delete
  3. Awak .pgajian separuh masa ni ade kne bayar pape ke time pendaftrn instead of bsn no.pin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pin bsn ? macam takde je sy beli pin kat bsn. masa mohon kena apply kat http://online.uitm.edu.my/ined

      Delete
  4. Assalamualaikum, saya nak tanya , pihak uitm ada cut course tak mana subjek yg kita dah bljar masa diploma ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Cut course (pengecualian kredit) akan dapat jika dari diploma perakaunan. Pengecualian kredit akan lebih banyak jika dari diploma UiTM. Manakala jika diploma dari politeknik, banyak paper kena ambil.

      Delete
    2. Okay, saya nak tanya lagi. Bleh ke kita take exam MUET masa belajar degree tu ? Tu sahaja, terima kasihhh

      Delete
    3. Okay, saya nak tanya lagi. Bleh ke kita take exam MUET masa belajar degree tu ? Tu sahaja, terima kasihhh

      Delete
    4. MUET kena la amek sebelum apply degree

      Delete
  5. assalamualaikum , dah 6tahun sy ambil masa untuk stabilkan ekonomi keluarga dan sy mmg dah lama pasang impian memiliki diploma sendiri.sy bekerja sbg juruteknik persisir pantai. apa yg sy concern sbnarnya masa dan costing utk PJJ ni. sy sndri pon xpasti sama ada sy ni hangat2 taik ayam utk belajar.sy takut separuh jalan je.mntk nasihat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. tahniah puan sebab dah pasang niat. kalau nak fikir masa dan kos, memang tak akan bergerak ke mana-mana dan masa serta duit tu tetap akan habis ke tempat lain :) setakat ni uitm masih tawarkan yuran yang berpatutan jika dibandingkan dengan u yang lain. cost is something, knowledge is everything. mungkin boleh start perlahan-lahan

      Delete
  6. Nak tanya,yuran pengajian berapa byak ye?

    ReplyDelete
  7. yuran ikut jam kredit setiap semester, masih termurah

    ReplyDelete
  8. I am inspired by u. Sy pun baru nak cuba pengajian separuh masa di politeknik port dickson diploma seni bina. Jauh tp sbb di uitm tidak ditawarkan pengajian seni bina secara separuh masa. Doa2 kan sy semoga semua berjalan lancar. And thank you for ur advice ��

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Nak tanya kuliah nye hari ahad atau hari kerja biasa? Mcm mana dgn yuran? Same tak dgn yuran sepenuh masa?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum nak tanya kuliah hari ahad atau hari kerja biase? Macam mana pulak dgn yuran pengajian? Adakah sama dgn yuran sepenuh masa atau lagi mahal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, kelas sabtu & ahad. yuran pengajian uitm sama dengan sepenuh masa dan masih yang terendah antara uni-uni yang lain

      Delete
  11. Boleh ke kita nak drag subjek sem 2 ke sem 1

    ReplyDelete
  12. kos yg saya nk apply untu pjj degree ni 5 tahun, 9 sem, lame nye 😂 takut sangkut je nanti, nk buat sepenuh masa tak boleh, sebab now dah ada keluarga sendiri n anak sorang, so kene kerja jugak untuk tampung kehidupan dizaman pakjib ni 😂 nk harap husband sorang sakit nanti, macam2 nk dibayarnya, so yuran memang sama ye separuh masa dgn sepenuh masa? dip saya amik office managmnt, deg nk sambung kos yg sama, office system mngmnt, tp hanya ada di shah alam & dungun, saya stay melaka. taknak g jauh2, terpaksa amik kos yg ada di melaka office systm human resource mngmnt. mohon pendapat dan nasihat sikit , tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 tahun, satu tempoh yang boleh katakan lama juga tu. Tapi kalau tak mulakan langsung, 5 tahun tu akan berlalu sia-sia aje. Just proceed je dgn apa yang terdaya buat masa ni. Biar diri kita 5 tahun akan datang, berterima kasih pada diri kita pada hari ni :)

      Delete
  13. Good info.. thanks.. saya ada nak tanya pasal pjj degree account uitm ni.. dalam 1 sem tu 6 bulan cuma 7 kali seminar je ke yang kite kena attend?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni masih 7x seminar untuk 1 semester

      Delete
  14. Sy nak tnya. Kalau sy dari business juga. Ambil pjj business agak agak brape tahun ya sy kena ambil ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend pada berapa paper awk mampu amek 1 sem & berapa pengecualian kredit awk layak. paling laju 3 tahun setengah

      Delete
  15. Saya nak tnya kalau sy dip uitm nak ambil degree pjj dengan uitm estimation brape tahun ya ?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum En Helmi,

    Saya dapat tawaran course akaun di uitm shah alam.. tapi saya masih dilema untuk terima atau tak disebabkan beberapa faktor..Mohon advise dan saya ada 2 soalan nak tanya,
    1. pihak uitm ined ni ada sediakan penempatan tak untuk student pjj ni? ke kena cari penempatan sendiri, sebb saya duduk di Johor. kalau kelas sabtu ahad saya x ada tempat utk tinggal..

    2. Berkenaan dengn Pengecualian Credit, saya diploma perakaunan dari kolej Profesioanal Mara, banyak ke saya akan dapt PC tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penginapan urus sendiri. tak disediakan. boleh menginap kat intekma resort atau hotel bajet area seksyen 7 tu atas kos sendiri

      pengecuaalian kredit tu kena check dgn ined sebab tak tau kod subjek yang dari diploma kpm yang layak pengecualian

      Delete
  17. Hi,saya nak tanya. Saya lepasan stpm dan dapat tawaran upu utk degree.tapi course yg saya dapat ni course yg bukan pilihan utama(maksud tak berapa minat). So saya nak ambil pjj utk course lain. Kena apply baru ke macam mana ya? Adakah peluang nak dapat pjj ni tinggi? Takut lepaskan peluang skrg tp tak dpt pjj. Mohon perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. upu full time kan. better lagi go for full time. pjj utk org bekerja sesuai

      Delete
  18. Hi, saya nak minta pendapat. Saya ada mohon PJJ utk degree akaun dan dapat di Uitm Shah Alam, tapi saya stay Johor. Memang kelas dia sabtu ahad je ke ? Sebulan berapa kali ada class ? Selain daripada pergi kelas ada sebab sebab lain tak memerlukan kita datang ke fakulti ? Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PJJ ke PLK Blended ? kalau PLK Blended kelas 7x satu semester untuk setiap subjek. kelas hari sabtu ahad. kalau ada kelas ganti kena la datang. tapi jarang berlaku kelas ganti

      Delete
  19. hi, saya nak tanya pendapat kalau sekarang ni kita daftar course, dan kemudiannya kita tak dapat meneruskan salah satu course yang didaftarkan, boleh tak kita gugurkan course tersebut sebelum tarikh exam dikeluarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. part timer takda peluang utk drop subjek. apa yg dah daftar, kena pegi exam

      Delete
  20. Assalamualaikum Encik Helmi.Saya nk tanya, syarat minimum utk muet klu kita nk enrol dlm PJJ ni kena band berapa ya?
    Terima kasih��

    ReplyDelete
  21. Salam saya nak tanya apa beza PJJ dengan PLK Blended. Kalau kita apple utk belajar separuh masa, confirm dapat ke camne ye. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. PJJ dgn PLK Blended hampir sama cuma ada beza sikit, blended kena lebih rajin study sendiri. Tak confirm dapat kalau result spm/diploma tak meet requirement yg diperlukan

      Delete
  22. Aslmkum sya nk tya Utk pjj diploma dia habis brapa tahun ya???

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum, saya nak tanya..dulu saya prnah study utk spenuh msa d uitm tp sya kna dismiss dr uitm,then sya ada baca knonny klau dah kna dismiss x ble pohon lg utk study spenuh msa tp ble phon utk pjj mcm tu. Tapi mslahny sya x bkrja n xda pnglman keja,jd ble ke sya amik bljar pjj? dan mna lgi patut sya ambil..pjj ke or plk?sbb kali ne sya nk bljar btul2 dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa kata dismiss tak boleh apply fulltime ? boleh apply tapi course berlainan dari course yang pernah dismiss.

      Delete
  24. tempoh masa antara PJJ and plk mana lebih cepat huhu.. Kalau diploma paling cepat brp lama ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. fulltime paling cepat. kalau PJJ / plk nak buat cepat, takut tergrad awal atau grad tapi takda kualiti pointer. diploma 3-5 tahun part time tu ok dah, 3 tahun tu pun da laju macam fulltime. tercirit nak carry paper

      Delete
  25. Sebelum apply PLK kene amek exam MUET dlu ke? Sy punye result muet da ade cume x valid lg da sbb taun 2003. Boleh gune lg ke or amek muet lg skali sebelom apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. muet wajib ada sebelum masuk degree la ni. contact ined uitm utk confirmation

      Delete
  26. Klu apply PLK boleh gune exam muet yg da x valid x sbb result tu 2003 pnye or kene amek muet yg bru dlu bru boleh apply?

    ReplyDelete
  27. hi nak tanya klau epjj degree akaun slain shah alam sama tak tempoh pgajian?sebab saya dari diploma perakaunan uitm nak ambik degree perakaunan scara epjj.tpi bila kol kampus uitm kota samarahan minimum pgajian 4.5tahun tapi bila kol kampus shah alam cakap 4 tahun.stiap kampus x sama tempoh ke?mohon pcerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencerahan kena contact Ined uitm. depa yang control intake setiap kampus lain-lain

      Delete
  28. as salam...sy nak tnya, PJJ ade sepenuh masa or separuh masa ke??

    ReplyDelete
  29. Text book blh dpt dri mna? Selain copy dgn senior, bacause awl2 ni senior pun tak knl lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. textbook ada kedai/publisher yang jual, tak semestinya kena pakai textbook pun

      Delete
  30. Salam....nk tny.sy br dftar ri ni.pastu tup2 esok ade clas.clash plak ngn kursus tempat kijo sy.bole absent ke clas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak absent class kena inform kat lecturer u. Sbb ecturer u aja boleh bagi permission jika ada test pada hari kelas. Bukan inform kat sy :D Hahaha

      Delete
  31. salam nak tanya.
    pjj akaun depend on kite kan brape paper nak ambil each semester tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. terpulang pada bajet untuk bayar yuran (yuran based on jam kredit). kalau mampu amek full jadual sabtu ahad, lagi cepat habis (dengan syarat tak repeat paper) :p

      Delete
  32. Salam. Nak tnya? Kalau dri diploma perakaunan dan nak smbung PLK degree akaun, brapa lama o? Adakah trus lompat kpda semester 3?

    ReplyDelete
  33. Salam. Nak tnya? Kalau dri diploma akaun uitm dan ingin sambung dlm degree akaun scra PLK, brapa thn kna diambik dan adakah trus lompat kpda sem 3?

    ReplyDelete
  34. Salam. Nak tnya? Kalau dri diploma akaun uitm dan ingin sambung dlm degree akaun scra PLK, brapa thn kna diambik dan adakah trus lompat kpda sem 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend berapa laju boleh habiskan paper dalam setiap sem. Lompat sem jika layak pengecualian kredit

      Delete
  35. kalau kita da grad diploma thun 2005, masih valid lagi ke utk apply PC?
    Thnx in advance utk pncerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak kalau paper yang kita amek tu coding dia masih sama dengan pelan pengajian untuk paper degree. Boleh key in course code diploma masa kat page application degree

      Delete
  36. Salam nak tanya, kalau nak part time tapi ambil kelas malam ada ke (weekdays)? Taknak sabtu ahad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Takde kelas malam dah. Weekend aje sekarang.

      Delete
  37. Salam tuan tanah, tumpang iklan ye untuk mencari rakan seperjuangan belajar bersama :)

    hai semua, kepada yang bercadang seperti saya untuk melanjutkan pelajaran secara PJJ di UITM Shah Alam (kos perakaunan) batch March 2019, boleh whatsapp saya untuk kita tukar-tukar info ye ditalian 0197887624 (eka).

    Tq :)

    ReplyDelete
  38. Salam, tumpang tanya. Saya ada diploma buss admin dr politeknik, dlm masa yg sama ada CAT (ACCA). Pengalaman kerja dlm bidang perakaunan 12 tahun. Sy boleh dpt pengecualian kredit tak? Satu lg sy tgk utk bach in accountancy pengajian secara PLK, fahaman sy PLK ni memerlukan dtg kelas hari2 lepas waktu bekerja, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengecualian kredit kena tanya uitm. sy tak tahu.
      kelas hari sabtu dan ahad. mesti komen tak baca post kan atas kannnnnn

      Delete
  39. Salam nak tanya, saya Diploma Syariah dan Undang-undang tapi dah kerja 3 tahun sebagai pembantu kerani perakaunan. Saya ada apply untuk Degree Perakaunan PJJ, rasanya lepas tak tu? mohon pendapat tuan. terima kasih

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D