Tuesday, March 26, 2013

Akaun Simpanan Luar Biasa


Ni adalah posting pertama aku bagi tahun 2013 ! Ha, lama giler aku tak post apa2 artikel memandangkan aku sangat sibuk dengan kerja aku iaitu buat keluarga orang lain jadi kaya dan happy dengan menyimpan duit cara yang betul :D

Ok kali ni aku nak share sikit pasal isu AKAUN SIMPANAN LUAR BIASA. Apa yang luar biasa sangat tu eh??? Meh aku nak cerita kat korang ni....

Cakap pasal akaun simpanan, manusia mana kat Malaysia ni yang takda akaun simpanan ??? Semua orang tentunya ada akaun simpanan, bukan sekadar satu akaun, malah berakaun-akaun lagi. Dengan bank tu la, bank ni la, bank sana, bank sini. Tapi cuba tanya pada diri korang, berapa baki akaun simpanan korang ? Silap-silap semua akaun simpanan tu takat ada RM 1,000 RM 10 je. Tu pun simpan untuk kena tolak caj tahunan kad ATM kannnnnn..... Hehehe..

LUAR BIASA NIH ! 


Nama akaun simpanan, tapi kenapa takda simpanan ??? Ye tak ? Okeh, kebanyakkan daripada orang kita ni guna akaun simpanan hanya untuk duit gaji masuk bulan-bulan. Bukan bertujuan nak menyimpan pun. Luar biasa betul ni kalau akaun simpanan takda simpanan.... Teeeetttt... 


Ramai di antara kita silap percaturan dalam membuat tabungan dan perancangan kewangan. Merancang tabungan dan kewangan perlulah kita buat seawal yang mungkin, dapat je kerja, ada duit, terus buat perancangan kewangan. Bukan tunggu 5-6 tahun nak stabil baru nak simpan duit, dibimbangi kita mati tak sempat capai matlamat simpanan kita.


Okey, jom kita tengok trend tabungan simpanan. Ni la trend akaun simpanan hampir keseluruhan kita semua, kita tak akan menyimpan pun dalam akaun simpanan sebenarnya. Ada je duit sikit, kita dah gi cucuk kat mesin ATM. Hahaha... Last-last tinggal la baki RM 10 je....Nak menyimpan apa gitu ?? Sangat luar biasa ya akaun simpanan kita ! 


Bermula dengan kita dapat kerja, hujung bulan masuk la gaji kita. Kita simpan duit sikit-sikit, kemudian kuar duit deposit beli kereta. Kerja lagi, simpannnn lagi, kuar pulak untuk deposit beli rumah pulak. Ok xpe, simpan sikittttttt lagi pastu hangus belanja kawen. Simpan dan menyimpan lagi, kuar duit untuk baby plak. Macam2 alasan lagi lah utk keluarkan duit kan....

So, bila masanya kita ni nak simpan duit untuk persaraan kita yang selesa?? Simpanan untuk mengerjakan haji ?? Simpan duit untuk leisure kita ?? Simpan untuk kecemasan ???

SIMPAN DUIT !

Korang ada peruntukan duit kecemasan ?


Kita kena SIMPAN DUIT ! Oh ya untuk apa kita nak simpan duit ? Bukankah lebih baik kita enjoy dengan duit yang kita ada sekarang ni ??


Hello kawan-kawan semua, buat apa kalau enjoy sekarang tapi kemudian hari lingkup ? Banyak sebab kenapa korang kena simpan duit.
          • Simpan untuk pergi haji
          • Simpan untuk masa persaraan
          • Simpan untuk pendidikan anak
          • Simpanan untuk kos perubatan
          • Simpanan kecemasan

Cincai-cincai kira total simpanan yang kita perlu ada ialah RM 95,000. Ya dalam perkataan penuh ialah sembilan puluh lima ribu ! Dengan kadar inflasi dan penyusutan nilai mata wang mata masa akan depan, korang dah ada simpanan banyak mana sekarang ??

Kalau dah ada syukur Alhamdulillah, dah boleh tunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu fardhu haji, boleh hantar anak belajar ke luar negara untuk dapat pendidikan yang terbaik, dah boleh bersara dengan tenang kat rumah tanpa perlu fikir duit pencen yang cuma dapat setengah dari gaji hakiki ketika bekerja, ada duit simpanan untuk perubatan bila sakit-sakit.


Belum ada simpanan lagi ? Kena mula menyimpan dari saat sekarang ni ! Kerana apa, makin lama kita bertangguh, makin susah kita nak capai simpanan kita. Tambah lagi dalam keadaan sekarang nilai duit semakin kecil, gaji pulak tahap tu je lagi. RM 10 hari ni tak akan sama nilainya pada masa akan datang. Jadi simpanlah duit mulai sekarang. Ye tak ?


Ada simpan dalam ASB ?
Ada simpan dalam Tabung Haji ?
Ada pelaburan Emas ?


Okeh, aku tak cakap simpan dalam ASB, Tabung Haji dan pelaburan emas tu tak bagus. Diakui simpanan dalam ketiga-tiga instrumen tu menjana keuntungan yang stabil di samping dapat mengelak korang daripada withdraw cucuk keluar duit guna kad ATM. Tapi masih belum sempurna simpanan korang. So camne nak sempurna simpanan korang? Nah, ini yang korang perlukan !


CARUMAN TAKAFUL

Okay, kesemua simpanan dan pelaburan korang bukannya tak cukup bagus, tapi masih belum sempurna. Selain daripada menyimpan dan melabur di institusi kewangan dan lain-lain, sebenarnya korang perlu juga menyimpan dan buat pelaburan di Takaful. Kenapa plak Takaful ?

Aku percaya, dalam korang menyimpan menyimpan duit kadang kala korang terpaksa korbankan kehendak, bersusah payah sedikit, berjimat cermat malah mungkin ada antara korang yang ikat perut untuk simpan duit.s

Dalam kesibukan kita kejar simpanan duit, kadang kala kita juga terlupa and alpa. Apakah akan jadi pada simpanan kita andai ditakdirkan satu hari kita jatuh sakit dan perlu jalani pembedahan segera, sanggupkah kita keluar kan semua simpanan untuk bayar kos rawatan hospital? Jika kita terpaksa keluarkan semua simpanan kita, maka apa maknanya kita bersusah menyimpan duit selama ni  kalau akhirnya terpaksa dileburkan dalam sekelip mata?

RILEKS, HOSPITAL KERAJAAN MURAH
Ya, memang tak dinafikan hospital kerajaan banyak bagi sumbangan kepada rakyat Malaysia dalam bidang kesihatan. Tapi terdapat dua masalah yang timbul:

Kesesakan : Oleh kerana tersangat ramai rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan maka tidak hairanlah jika giliran seseorang pesakit mendapatkan rawatan Doktor Pakar boleh mencapai bertahun lamanya. Sanggup ke korang menunggu giliran dalam kesakitan ? Sekarang waktu sihat bolehlah action, tiba waktu sakit nanti tahulah betapa peritnya. Satu perkara lagi, hospital kita sesak dengan warga asing dan pendatang tanpa izin. Kat sini je tempat mereka untuk dapatkan rawatan murah. Maka tak hairanlah hospital kita penuh sesak.


Keselesaan : Berapakah bilangan bilik kelas pertama yang disediakan di satu-satu hospital kerajaan jika hendak dibandingkan dengan pesakit yang ada ??! Maka terpaksalah berada di katil wad biasa yang status privasinya semua orang tahu.

Rawatan hospital swasta lebih selesa & lebih privasi
Saje nak show off gambar aku melawat orang sakit kat hospital swasta. Takde pakai baju hospital yang warna ijau tu. Banyak lagi gambar aku buat lawatan ke hospital tapi tak payah share kat sini la ;p. Masuk hospital swasta tanpa perlu keluarkan duit simpanan, hanya gunakan MEDICAL CARD.  Rugi tang sapa yang takda medical card. Sakit ni bukannya boleh ramal macam ramalan cuaca. Tambah zaman sekarang penuh dengan penyakit.


"Takaful ? Nanti dulu lah, sekarang aku sihat lagi. Nanti baru fikir."


Alhamdulillah kita dikurniakan kesihatan yang baik. Oh ya, namun kita perlu ingat bahawa kesihatan kita pada hari ni bukanlah kekal selamanya. Macam-macam perkara boleh berlaku pada masa depan. Dalam keadaan kita masa kini, sibuk bekerja siang malam, makan makanan yang berlemak dan tak seimbang. Bersenam jauh sekali, hanya bersenam jari jemari melayari facebook ! Itu lah kenyataannya, kita tak jaga kesihatan diri langsung, mengundang pelbagai penyakit-penyakit untuk badan kita.
          • Denggi
          • Demam Panas, Demam Campak, Segala Bagai Demam
          • Batu Karang, Masalah Ginjal, Dialisis
          • Kanser, Ketumbuhan, Cyst (Orang Perempuan Lebih Tinggi Risiko)
          • Masalah Jantung
          • Kencing Manis, Darah Tinggi
Macam-macam lagi pakej penyakit-penyakit yang kalau nak di listingkan abes penuh blog aku ni.... Ce korang tengok berapa harganya untuk rawatan badan korang tu



Tak simpan duit untuk perubatan satu hal, berhutang satu hal pulak lagi...


Kat sini aku nak kongsikan salah satu kes pemilik sijil Takaful yang aku kendalikan. Banyak lagi kes yang aku kendalikan, korang boleh tengok kat facebook aku sendiri. Tak dan aku nak letak kat sini.


Umur beliau baru 26 tahun, doktor sahkan beliau menghidap cysts (penyakit wanita). Antara tanda-tanda ysts ni ialah period pain yang melampau. Beliau perlukan pembedahan segera, jika tidak cysts yang pecah boleh membawa akibat yang lebih teruk kepada beliau. Bab sakit organ dalam badan ni, memang kena segera selesaikan kalau tak boleh datangkan mudarat lagi nanti.


Pada awalnya beliau telah memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, tapi beliau perlu tunggu 'Q' 3 bulan lamanya untuk jumpa pakar dan scan. Disebabkan terlalu lama, beliau telah ke Klinik Doktor Hamid Arshat dan doktor telah menyarankan pembedahan dilaksanakan segera.


Mujurlah beliau telah memiliki sijil Takaful beserta kad perubatan ! Kosnya menelan belanja hampir RM 10,000 ! Kalau takde kad perubatan, mana nak cekau duit sebanyak tu dalam masa terdekat. Kalau ada simpanan sekalipun, mau menangis nak keluarkan. Nak ke ekau gadai emas yang ada, buat bank loan untuk bayar kos hospital ? Tak sanggup edan aihhh...

Bil Hospital Swasta


Kes : Bilateral Endometriotic Cysts
Hospital : Pantai Medical Centre Bangsar (4 hari admission)
Jumlah Bil : RM 9,992.05
Pesakit cuma bayar : RM 57 sahaja
Tempoh memegang Sijil Takaful : 11 bulan


Eh, dah la bil hospital RM 10,000 Takaful dah uruskan, ada pulak lagi simpanan pelaburan. Langsung sedikit pun tak terjejas akibat tuntutan atau claim hospital tadi ! Alangkah beruntungnya beliau kerana memiliki pelaburan Takaful. Pelaburan beliau sekarang semakin berkembang dan boleh dikeluarkan untuk kegunaan sendiri bila dah banyak nanti.


Nak tahu berapa simpanan dan pelaburan beliau dalam Takaful ? Untuk manfaat sijil takaful beliau, beliau mencarum hanya RM 120 sebulan !

Mana nak cari bang, kakak, bayar bulan-bulan RM 120 (11 bulan carum baru RM 1,320), tapi bila sakit medical card cover bil hospital RM 10,000 immediately. Dah tu, tak kacau langsung investment portion sijil Takaful.

Bila kita jatuh sakit, kawan-kawan pun belum tentu datang melawat kita. Masing-masing sibuk dengan kerja. Lagi-lagi kalau tahu kita nak pakai duit untuk bayar bil hospital, masing-masing menjauhkan diri. Harapkan saudara-mara, berapa banyak lah saudara kita sanggup keluarkan duit untuk kita. Jadi, korang yang masih sihat walafiat ni, cepat-cepat dapatkan sijil Takaful dan kad perubatan ya !

Medical Card aku & isteri aku :)


MENINGGAL DUNIA AWAL
Mati atau meninggal awal ? Bunyinya seperti kasar tapi itulah realitinya. Takda siapa pun manusia yang nak mati awal termasuklah diri aku sendiri. Semuanya mengharap agar dipanjangkan usia sehingga ke tua agar dapat dapat beribadat dan menikmati nikmat hidup di dunia ni kan. Apakan daya, setiap manusia telah ditentukan hayatnya oleh Allah yang Esa. Bila-bila hendak-Nya nyawa kita boleh diangkat dalam apa jua keadaan sekali pun.


Apa masalahnya kalau mati awal sekali pun ???



Hei, dah tentulah simpanan korang terhenti setakat mana nyawa korang berhenti. Betul tak ? Sempat pergi haji ? 

Sempat tanggung kedua ibu bapa korang ketika masih ada hayat ?

Kita sebagai manusia ketika hidup ni pegang banyak tanggungjawab. Sekarang kita belum rasa nak mati lagi, sebab tu kita tak rasa apa-apa sangat. Pernah tak terlintas di fikiran kita, andai kita ditakdirkan mati awal:
        • Bagaimana keadaan anak-anak yang kita tinggalkan ?
Jika anak-anak kita masih kecil dan bersekolah, siapakah yang akan menyambung tanggungjawab bagi menyara anak-anak kita jika kita meninggal awal ? Lebih-lebih lagi jika korang adalah lelaki, seorang suami dan seorang ayah. Adakah dengan kematian korang, korang dah dikira 'discharge' tanggungjawab korang ?

Kita tak tinggalkan wang simpanan yang secukupnya untuk keluarga kita jika kita mati awal. Kalau ada pun simpanan, pernah tak kita buat wasiat untuk memudahkan tuntutan keluarga kita ?? Tanpa wasiat bertulis, satu sen duit simpanan korang dalam bank tu tak kan boleh dituntut oleh keluarga korang. Nak tuntut pun makan tahun..... 
Moga anak-anak kita mendoakan roh kita setelah kita meninggal


Walaupun korang dah meninggal, anak-anak dan keluarga korang masih perlu meneruskan kehidupan mereka. Insyaallah dengan sijil Takaful, bila-bila masa jika ditakdirkan korang mati, pampasan akan dibayar kepada keluarga korang secara Hibah atau Hadiah ke atas penama yang telah korang namakan. 


Bukan itu saja, keluarga korang akan terima khairat kematian dan elaun upah haji bagi mereka mengerjakan badal haji untuk korang. Korang ada ke simpan khas untuk uruskan kos pengebumian korang ? Ada ? Upah gali kubur, mandi jenazah, upah kafan, van jenazah. Semua ni keluarga korang yang akan tanggung bila korang meninggal secara tiba-tiba. Siapa nak bagi korang elaun upah haji bila meninggal ? Ada ??

Begitu besarnya impak memiliki sijil Takaful kepada keluarga dan diri korang. Jangan sesekali biarkan keluarga korang mengharap ehsan masyarakat atas kecuaian tanggungjawab korang sendiri.
      • Bagi korang yang masih mempunyai ibu bapa, andai korang mati awal, terbalaskah korang jasa kedua orang tua korang ? 
Kedua-dua ibu bapa korang telah membesarkan korang dari kecil sampai dewasa, dan mengharapkan agar korang menjadi penjaga mereka di hari tua. Bagaimana nasib kedua-dua ibu bapa korang selepas ketiadaan korang di dunia ini ? Wahai anak-anak sekalian, milikilah sijil Takaful dan tinggalkan sedikit harta Hibah bagi kedua-dua orang tua kamu kerana itu sajalah caranya yang dapat diusahakan andai hasrat untuk menjaga mereka sehingga akhir nyawa tidak dapat kita penuhi.

Masa sentiasa berlalu dan ibu bapa kita semakin lanjut usianya. Jika korang meninggal, siapakah yang akan menjaga nafkah keperluan ibu bapa korang ? Pasangan korang mungkin berkahwin lain, adakah mereka yang akan ambil alih tanggungjawab korang ?


Satu lagi contoh kes kematian peserta MAA Takaful, arwah (peserta takaful) meninggal pada 31 Mei 2012 dan keluarga beliau telah menerima cek tersebut. Walaupun jumlahnya tak banyak, tapi sekurang-kurangnya keluarga beliau dapat selesaikan hutang piutang arwah, buat amal jariah bagi pihak arwah dan menyambung kehidupan keluarga tanpa perlu raih simpati jiran dan tetangga.


Kalau korang mati esok lusa, korang rasa sapa yang akan tolong setelkan hutang piutang korang tu ? Cukup ke simpanan dalam bank untuk selesaikan semua hutang tanpa menyusahkan ahli keluarga yang masih hidup ? Korang nilaikan diri sendiri lah. 

Kalau korang simpan dalam bank sebulan RM 500 sekali pun, setahun baru RM6,000. Tu pun kalau korang takde keluar duit untuk hal-hal lain dan panjang umur untuk kumpul duit dalam jumlah yang besar.

Tak perlu risau melabur dalam Takaful. Ada badan pengawasan syariah, diluluskan Bank Negara Malaysia dan ahli kepada PIDM. Takaful bebas daripada unsur-unsur riba, ketidakpastian dan perjudian.

Antara Sijil MAA Takaful Pelanggan Aku

Dah tu adakah korang ada alasan yang lebih baik untuk tak memiliki pelan Perlindungan, Pelaburan & Simpanan Takaful ? Sertailah Takaful sekarang. Korang ada Takaful bukan untuk orang lain, tapi untuk kemudahan pengurusan risiko korang sendiri. Korang jugak yang senang andai ditimpa penyakit dan keluarga korang jugak yang akan menerima manfaatnya kemudian hari.


Renung-renungkan, tak guna korang berkira-kira untuk kebaikan keluarga dan diri sendiri
Betul tak ?


IT'S FOR YOU 
AND 
YOUR FAMILY

Tak ada orang lain yang akan ambil berat tentang diri korang dan keluarga korang kalau ditimpa penyakit dan sebagainya, hanya dengan Takaful beban kewangan korang dapat diringankan.

Berminat untuk mendapatkan sijil Takaful ? Nak info lanjut pasal Takaful ?
Hubungi saya sekarang !


Emel: takafulmychoice[at]gmail.com
Sms/WeChat/Whatsup: +6013-2699 617

SMS KOD KUPON:
MAA 51773 ke 013-404 4072
& dapatkan diskaun caruman 10% bulan pertama

Aku percaya,
Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
Tapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok !


Business Card Aku


Pernah nampak bill board di kat tepi jalan tak ? Pernah ambil tahu ape bendanya ?

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D