Sunday, November 18, 2012

DUIT MATI

DUIT MATI ???! Mungkin korang tertanya-tanya dalam hati apa kejadahnya benda ni kan. Ha, inilah tajuk yang aku nak cerita kali ni. Benda ni ramai orang TAK AMBIL PEDULI sebenarnya, tapi kali ni aku nak jalankan tanggungjawab aku supaya masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu sedar tentang satu perkara yang tak pernah diambil peduli. 
Korang Ada Peruntukan Untuk Kecemasan ?
Berapa ramai di antara korang ada menyimpan duit dan buat pelaburan untuk masa depan ? Aku percaya korang tentu ada simpan duit kat bank, ASB, amanah saham dan tak kurang juga menyimpan dalam bentuk emas. Okay, kesemua simpanan dan pelaburan korang bukannya tak cukup bagus, tapi masih belum sempurna. Selain daripada menyimpan dan melabur di institusi kewangan dan lain-lain, sebenarnya korang perlu juga menyimpan dan buat pelaburan di Takaful. Korang tanya apa penting sangat Takaful ni ? Nah baca sendiri, ini semua pengalaman aku sendiri dalam industri Takaful :

  • Korang menyimpan menyimpan duit dengan bersusah payah, berikat perut, berjimat cermat. Andai ditakdirkan satu hari korang jatuh sakit dan perlu jalani pembedahan, korang terpaksa keluar kan semua simpanan untuk bayar kos rawatan hospital. Jadi untuk apa korang menyimpan selama ni kalau akhirnya terpaksa dileburkan dalam sekelip mata ?


Ramai orang akan cakap, "Tak perlu la takaful-takaful semua ni. Hospital kerajaan kan ada."

Ya, memang tak dinafikan hospital kerajaan banyak bagi sumbangan kepada rakyat Malaysia dalam bidang kesihatan. Tapi terdapat dua masalah yang timbul:

i) Kesesakan : Oleh kerana tersangat ramai rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan maka tidak hairanlah jika giliran seseorang pesakit mendapatkan rawatan Doktor Pakar boleh mencapai bertahun lamanya. Sanggup ke korang menunggu giliran dalam kesakitan ? Sekarang waktu sihat bolehlah action, tiba waktu sakit nanti tahulah betapa azabnya. Satu perkara lagi, hospital kita sesak dengan warga asing dan pendatang tanpa izin. Kat sini je tempat mereka untuk dapatkan rawatan murah. Maka tak hairanlah hospital kita penuh sesak.

ii) Keselesaan : Berapakah bilangan bilik kelas pertama yang disediakan di satu-satu hospital kerajaan jika hendak dibandingkan dengan pesakit yang ada ??! Maka terpaksalah berada di katil wad biasa yang status privasinya semua orang tahu. Dengan kebisingan waktu melawat dan pandangan mata dari orang lain yang turut mengganggu.



Tak kurang jugak dialog yang selalu aku dengar dari orang ramai, "Takaful ? Nanti dulu lah, sekarang aku sihat lagi. Nanti baru fikir."

Alhamdulillah kita dikurniakan kesihatan yang baik. Oh ya, namun kita perlu ingat bahawa kesihatan kita pada hari ni bukanlah kekal selamanya. Macam-macam perkara boleh berlaku pada masa depan. Dalam keadaan kita masa kini, sibuk bekerja siang malam, makan makanan yang berlemak dan tak seimbang. Bersenam jauh sekali, hanya bersenam jari jemari melayari facebook ! Itu lah kenyataannya, kita tak jaga kesihatan diri langsung, bila-bila boleh dapat penyakit.
Ada Yang Sanggup Berhutang Untuk Bayar Kos Rawatan Hospital

Jangan disangka usia muda tak boleh kena penyakit. Malaysia kaya raya dengan pelbagai jenis penyakit dan kita tak boleh jangka sama ada kita boleh terlepas daripada penyakit-penyakit semua ni:


  • Denggi
  • Demam Panas, Demam Campak, Segala Bagai Demam
  • Batu Karang
  • Kanser, Cyst (Orang Perempuan Lebih Tinggi Risiko)
  • Penyakit Jantung, Serangan Jantung
  • Kencing Manis, Darah Tinggi
  • Macam-macam lagi pakej penyakit kritikal kalau nak di listingkan

Semalam adalah Sejarah
Hari ini adalah Anugerah
Esok adalah Misteri . . .

Apa yang berlaku esok lusa, takda siapa pun tahu. Betul, Allah dah tetapkan takdir manusia jika nak ditimpa penyakit, kemalangan, dan musibah sebagainya. Allah juga telah beri kita jalan untuk berikhtiar dan berusaha dalam menghadapi ketentuan takdir pada masa akan datang. Adakah korang masih belum sedar lagi ?


88 % Kemalangan Berlaku Semasa Perjalanan Pergi Atau Balik  Ke Tempat Kerja - 
Harian Metro 15 /11/12

Kat sini aku nak kongsikan salah satu kes pemilik sijil Takaful yang aku kendalikan. Banyak lagi kes yang aku kendalikan, korang boleh tengok kat facebook aku sendiri. Kalau nak letak kat sini, sampai lusa tak habis baca.
Kad Perubatan Untuk 90 Panel Hospital Swasta Seluruh Malaysia
Umur beliau baru 26 tahun, doktor sahkan beliau menghidap cysts (penyakit wanita). Antara tanda-tanda ysts ni ialah period pain yang melampau. Beliau perlukan pembedahan segera, jika tidak cysts yang pecah boleh membawa akibat yang lebih teruk kepada beliau. 

Pada awalnya beliau telah memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, tapi beliau perlu tunggu 'Q' 3 bulan lamanya untuk jumpa pakar puan dan scan. Disebabkan terlalu lama, beliau telah ke Klinik Doktor Hamid Arshat dan doktor telah menyarankan pembedahan dilaksanakan segera.

Mujurlah beliau telah memiliki sijil Takaful beserta kad perubatan ! Kosnya menelan belanja hampir RM 10,000 ! Kalau takde kad perubatan, mana nak cekau duit sebanyak tu dalam masa terdekat. Kalau ada simpanan, mau menangis nak keluarkan.


Bil Rawatan Hospital


Kes : Bilateral Endometriotic Cysts 
Hospital : Pantai Medical Centre Bangsar (4 hari admission)
Jumlah Bil : RM 9,992.05
Pesakit cuma bayar : RM 57 sahaja
Tempoh memegang Sijil Takaful : 11 bulan


Guarantee Letter MAA Takaful


Baki Akaun Pelaburan MAA Takaful Langsung Tak Terjejas Dengan Claim



Eh, dah la bil hospital RM 10,000 Takaful dah uruskan, ada pulak lagi simpanan pelaburan. Langsung sedikit pun tak terjejas akibat tuntutan atau claim hospital tadi ! Alangkah beruntungnya beliau kerana memiliki pelaburan Takaful. Pelaburan beliau sekarang semakin berkembang dan boleh dikeluarkan untuk kegunaan sendiri bila dah banyak nanti.

Nak tahu berapa simpanan dan pelaburan beliau dalam Takaful ?
Untuk manfaat sijil takaful beliau, beliau mencarum hanya RM 120 sebulan !
Kalau simpan dalam bank RM 120 sebulan, bila sakit kena keluarkan balik, lagi la sakit jadinya :[

Bila kita jatuh sakit, kawan-kawan pun belum tentu datang melawat kita. Masing-masing sibuk dengan kerja. Lagi-lagi kalau tahu kita nak pakai duit untuk bayar bil hospital, masing-masing menjauhkan diri. Harapkan saudara-mara, berapa banyak lah saudara kita sanggup keluarkan duit untuk kita. Jadi, korang yang masih sihat walafiat ni, cepat-cepat dapatkan sijil Takaful dan kad perubatan ya !


  • Mati atau meninggal awal ? Bunyinya seperti kasar tapi itulah realitinya. Takda siapa pun manusia yang nak mati awal termasuklah diri aku sendiri. Semuanya mengharap agar dipanjangkan usia sehingga ke tua agar dapat dapat beribadat dan menikmati nikmat hidup di dunia ni kan. Apakan daya, setiap manusia telah ditentukan hayatnya oleh Allah yang Esa. Bila-bila hendak-Nya nyawa kita boleh diangkat dalam apa jua keadaan sekali pun.
Apa masalahnya kalau mati awal sekali pun ??? 

Pertama, kita sebagai manusia ketika hidup ni pegang banyak tanggungjawab. Sekarang kita belum rasa nak mati lagi, sebab tu kita tak rasa apa-apa sangat. Pernah tak terlintas di fikiran kita, andai kita ditakdirkan mati awal:

i. Bagaimana keadaan anak-anak kita ? Jika anak-anak kita masih kecil dan bersekolah, siapakah yang akan menyambung tanggungjawab bagi menyara anak-anak kita jika kita meninggal awal ? Lebih-lebih lagi jika korang adalah lelaki, seorang suami dan seorang ayah. Adakah dengan kematian korang, korang dah dikira 'discharge' tanggungjawab korang ? 


Kita tak tinggalkan wang simpanan yang secukupnya untuk keluarga kita jika kita mati awal. Kalau ada pun simpanan, pernah tak kita buat wasiat untuk memudahkan tuntutan keluarga kita ?? Tanpa wasiat bertulis, satu sen duit simpanan korang dalam bank tu tak kan boleh dituntut oleh keluarga korang.  

Jangan Jadikan Harta Korang Sebahagian Daripada Harta Yang Dibekukan

Walaupun korang dah mati, anak-anak dan keluarga korang masih perlu meneruskan kehidupan mereka. Dengan sijil Takaful, bila-bila masa jika ditakdirkan korang mati, pampasan akan dibayar kepada keluarga korang secara Hibah atau Hadiah ke atas penama yang telah korang namakan. Bukan itu saja, keluarga korang akan terima khairat kematian dan elaun upah haji bagi mereka mengerjakan badal haji untuk korang. Begitu besarnya impak memiliki sijil Takaful kepada keluarga dan diri korang.

Jangan biarkan keluarga kita jadi sebegini mengharap ehsan masyarakat atas kecuaian tanggungjawab kita 

ii. Bagi korang yang masih mempunyai ibu bapa, andai korang mati awal, terbalaskah korang jasa kedua orang tua korang ? Kedua-dua ibu bapa korang telah membesarkan korang dari kecil sampai dewasa, dan mengharapkan agar korang menjadi penjaga mereka di hari tua. Bagaimana nasib kedua-dua ibu bapa korang selepas ketiadaan korang di dunia ini ? Wahai anak-anak sekalian, milikilah sijil Takaful dan tinggalkan sedikit harta Hibah bagi kedua-dua orang tua kamu kerana itu sajalah caranya yang dapat diusahakan andai hasrat untuk menjaga mereka sehingga akhir nyawa tidak dapat kita penuhi.


Cek Pampasan Kematian Kepada Waris 
Satu lagi contoh kes kematian peserta MAA Takaful, arwah (peserta takaful) meninggal pada 31 Mei 2012 dan keluarga beliau telah menerima cek tersebut. Walaupun jumlahnya tak banyak, tapi sekurang-kurangnya keluarga beliau dapat selesaikan hutang piutang arwah, buat amal jariah bagi pihak arwah dan menyambung kehidupan keluarga tanpa perlu raih simpati jiran dan tetangga.

Kalau korang mati esok lusa, korang rasa sapa yang akan tolong setelkan hutang piutang korang tu ? Cukup ke simpanan dalam bank untuk selesaikan semua hutang tanpa menyusahkan ahli keluarga yang masih hidup ? Korang nilaikan diri sendiri lah. Kalau korang simpan dalam bank sebulan RM 500 sekali pun, setahun baru RM6,000. Tu pun kalau korang takde withdraw duit untuk hal-hal lain dan panjang umur untuk kumpul duit dalam jumlah yang besar.

Takaful, inilah yang dikatakan Hidup Dapat Duit, Meninggal Dapat Duit.
Orang yang bijak pastinya membuat pelaburan yang bijak !

Tak perlu risau melabur dalam Takaful. Ada badan pengawasan syariah, diluluskan Bank Negara Malaysia dan ahli kepada PIDM. Takaful bebas daripada unsur-unsur riba, ketidakpastian dan perjudian. Hukumnya harus bagi memiliki sijil Takaful.

Dah tu adakah korang ada alasan yang lebih baik untuk tak memiliki pelan Perlindungan, Pelaburan & Simpanan Takaful ? Sertailah MAA Takaful sekarang. Korang ada Takaful bukan untuk orang lain, tapi untuk kemudahan pengurusan risiko korang sendiri. Korang jugak yang senang andai ditimpa penyakit dan keluarga korang jugak yang akan menerima manfaatnya kemudian hari. 

Fikir-fikirkanlah, tak guna korang berkira-kira untuk kebaikan keluarga dan diri sendiri. Its for your FAMILY. Tak ada orang lain yang akan ambil berat tentang diri korang dan keluarga korang kalau ditimpa penyakit dan sebagainya, hanya dengan Takaful beban kewangan korang dapat diringkankan.



Jika korang nak tahu lanjut tentang Takaful atau berminat untuk memilik Sijil MAA Takaful, boleh berhubung dengan aku secara terus dengan mana-mana cara berikut yang korang rasakan selesa. Insyaallah aku akan bantu korang dalam urusan untuk memiliki pelan Takaful.
JANGAN TAKUT ATAU MALU-MALU SEBAB
  • Aku bukan promote benda MLM yang paksa-paksa orang join masuk
  • Segala maklumat bakal peserta atau prospek dirahsiakan sepenuhnya
  • Korang boleh dapatkan pelan takaful yang paling rendah carumannya bersesuaian dengan usia kemasukan korang
  • Aku akan bagi recommendation yang terbaik untuk korang sebab Takaful adalah satu pelaburan jangka panjang
  • Takda tipu-tipu, takda fake declaration sebab aku tak nak aniaya korang dalam tuntutan Takaful pada masa akan datang
Insyaallah dengan usaha posting aku ini dapat menyelamatkan masa depan keluarga dan diri korang daripada risiko dan musibah yang tidak dijangkakan.

MAA Takaful
Hidup dapat duit, meninggal dapat duit 


Kami menunaikan fardhu kifayah dengan membantu orang lain membuat persiapan kewangan untuk keluarga mereka. Di saat keluarga si mati berduka, kita datang dengan menghulurkan cek yang telah si mati hibahkan kepada keluarga.


Apabila si mati meninggal dunia, kami menyerahkan wang kepada keluarga untuk mereka melaksanakan upah haji untuk si mati.

Bukan keuntungan yang kami kejar, tetapi kepuasan apabila dapat menunaikan tanggungjawab sosial dalam menyediakan perlindungan masa hadapan kepada semua.


Kerana kami adalah Konsultan MAA Takaful,
MAA Takaful No. 1 in Malaysia
Anugerah MAA Takaful 2009, 2010, 2011 & 2012

Panel Hospital MAA Takaful



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus