Thursday, August 30, 2012

Taktik Penipuan Kad Kredit/Kad Debit

Contoh SAMPEL Kad Kredit Visa Keluaran Bank Tempatan
Seringkali kita terdengar pasal kes penipuan kad kredit melalui panggilan telefon. Kali ni aku nak dedahkan taktik syarikat yang menipu pengguna kad kredit bagi memasarkan produk diorang yang entah apa² tu. Taktik ni aku dapat melalui pengalaman aku sendiri yang pernah bekerja selama 1 hari kat syarikat ni. Asalnya aku tak tau pun syarikat ni kejenya menipu orang, dah time tu aku cari keje part time bagi memenuhkan ruang cuti semester aku. Sehari suntuk aku kerja, fikir punya fikir, esok terus aku xdatang kerja dah. Hahaha :D Bukan sbb aku kena pecat, tapi sbb aku ada integriti tak mau makan duit hasil tipu menipu orang nih..

Kepada pencari² kerja kosong di luar sana, aku nak nasihat sikit ni, berhati² apabila mencari kerja kerana tak semua iklan dalam surat khabar tu betul. Contohnya iklan dalam surat khabar :

DATA ENTRY CLERK (part time/full time) MIN. SPM - RM 1,500 - RM 2,000
Jawatan ni nampak cam byk income kan. Tapi iklan ni banyak AGENSI taik yang publish dalam surat khabar. Bila korang call, dia akan suruh korang datang interview. Nanti bila korang datang interview, dia akan suruh korang bayar kat syarikat dia RM 150 - 200, kononnya syarikat tu akan hantar korang ke tempat yang ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan pengalaman korang. JANGAN PERCAYA ! Korang da bayar, dia akan bagi alasan macam² kemudian. Awal² lagi dalam iklan da menipu, buat apa nak percaya lagi kan. Zaman skang penuh dengan penipuan.

TELESALES EXECUTIVE - RM 2,500++
Nampak je gaji gah kan. Tau kerja apa? Kerjanya korang kena call orang dari pagi sampai petang cari sales. Kalau ada sales, ada la komisyen, xda sales xda la gaji ko untuk bulan tu. Hahaha.... Lagi satu, produk yang dia sales kan ni merapu² - kad diskaun yg xkan boleh digunakan oleh pembeli :p Yg keje ni ada kaitan sikit dengan topik aku kali ni

BACK TO TOPIC
Berbalik kepada taktik si penipu kad kredit, apa yg syarikat penipu akan bekalkan kepada pekerja² dorang adalah seperti berikut:

1. Skrip untuk perbualan telefon. Skrip ni aku xda sbb aku blah dari syarikat tu camtu aje.

2. Sebatang pen dan kertas untuk mencatat maklumat kad kredit orang yang dihubungi (xda komputer langsung pun modalnya, tapi bila cakap dgn bakal mangsa "sebentar encik/puan, saya buat semakan sistem"- ini sebahagian dari ayat dalam skrip. 

3. Senarai nombor telefon bimbit beserta nama dan no. kad pengenalan (aku suspek listing ni operator telefon jual kat syarikat² yg nak beli, tak pun dari kedai henfon yg boleh daftarkan no henfon pelanggan baru)

4. Sebiji henfon beserta sim kad private number dan charger henfon.

5. Senarai no prefix (8 angka pertama) setiap kad kredit bank di Malaysia. Contohnya

RHB Master Card - 5400 6925 XXXX XXXX
Maybank Master Card - 5400 6700 XXXX XXXX
Publicbank Visa Platinum - 4553 8800 XXXX XXXX
Bank Rakyat Master Card - 5222 4200 XXXX XXXX

dan banyak lagi jenis kad & bank (full listing ni aku tak amek sbb blah camtu dr ofis tu)


Dengan listing prefix ni, sorang telesales boleh dapatkan dengan mudah:
  • Nombor penuh kad kredit
  • Nama penuh
  • Tarikh tamat tempoh kad
  • No CVV (pin kad kredit)
Nombor prefix 8 angka ni adalah sama untuk kad pengeluar yang sama. Jadi, syarikat yang menipu ni akan call henfon korang dan bagitau korang terpilih untuk terima tawaran 'hebat' atas sbb korang membayar kad kredit tanpa tunggakan dan mcm² sbb lagi. Padahal, dorang tak tau pun korang ada kad kredit atau xda kad kredit. Dia call secara random. Syarikat² ada yang berani menipu dengan mengatakan dorang ni call dari bank, mastercard, visa dan macam² lagi utk dapat kepercayaan awal mangsa yang dihubungi.

SKRIP SI PENIPU
Bila korang kata korang ada kredit kad, si penipu ni akan mula la cakap:
"Sebagai pengesahan, boleh encik sebutkan kad kredit encik dari bank mana, visa atau mastercard ?"  

Bila korang jawab aja bank pengeluar kad kredit, cepat² si penipu refer listing kad kredit dan baca 8 angka prefix tu kat korang. Korang pun mula la terpedaya ingatkan memang bank yang call. Padahal nombor prefix 8 angka tu adalah yang memang dah diketahui umum (korang je tak pernah amek tau). 

Si penipu akan cakap "Untuk pengesahan, nombor kad kredit encik/puan akan bermula dengan 8 angka iaitu (baca nombor prefix ikut bank yang dia dah dapat tau di awal panggilan) dan diikuti dengan 8 angka seterusnya. Untuk tujuan pengesahan, encik/puan sila bacakan 8 angka seterusnya." Done, dapat dah complete 16 angka kad kredit bahagian depan !

Skang ni nak dapat no CVV pulak, senang je....
Contohnya kalau kad korang nombornya 5222 4200 0000 1234
Kat belakang kad tu akan tertulis ulangan 4 angka terakhir no kad di depan kad kredit dan diikuti dengan 3 angka nombor CVV. Skripnya panjang, aku pun malas nak taip. Dengan trick ulang baca 4 angka last tu, si penipu boleh dapat nombor CVV dengan mudah.

Dah dapat maklumat lengkap, syarikat penipu ni akan proceed transaksi dengan bank. Dan korang pun akan terima sekeping kad diskaun apa ntah beserta penyata kad kredit yang menunjukkan pembelian kad tersebut yang berharga RM 300 - RM 500. Maka korang telah berjaya DITIPU......

Kad diskaun tu haram korang tak kan boleh guna, walaupun kat henfon dia bagi tau boleh dapat diskaun hotel bagai la, diskaun kapal terbang la, semua tu penipu hahahaha. Bila korang nak guna, nanti hotel bagi alasan bilik dah penuh, musim cuti sekolah tak boleh pakai, peak season tak boleh, off season pun tak boleh. Jadi untuk apa korang bayar kad diskaun tu (pada awal panggil tepon, dia tak cakap pun korang kena bayar, dia cakap korang pelanggan bertuah untuk dapat kad diskaun) hahahahaha.... Korang TERTIPU sudah....
Gambar belakang kad kredit yang ada nombor CVV

Dengan berbekalkan modal yang entah berapa sen, semua maklumat dah ada. Maka dapatlah syarikat penipu dan konco²nya komisyen RM 50 - XXXXXX bergantung pada jumlah transaksi yang berjaya. :P

Moral of story, jangan mudah jadi mangsa penipuan. Share kepada keluarga dan rakan² yang ada kad kredit/kad debit.