Friday, August 31, 2012

5 Sebab Cendol Bakar 'Drive Thru' Kuala Selangor TERBAIK

Kete baru 3 tahun beli, baru jalan 91,247km 
Macam biasa, aku memang suka merantau sana sini. Biasanya aku jalan kat Kuala Selangor waktu subuh pagi dengan malam. Tapi kali ni aku jalan waktu siang, ternampak pulak satu gerai Cendol Bakar.... Siap ada drive thru lagi ! Pergghhh.... Selama ni memang da lama aku usha gerai ni, cuma time aku lalu tak bukak la sebab hari malam.

Lokasi gerai Cendol Bakar ni ialah berhampiran dengan Caltex Jalan Kuala Selangor ke Ijok. Kat situ boleh nampak kain rentang gerai tu, orang kat gerai tu jangan cerita la berapa ramai. Tak de seat kosong kot.

Okay, apa yang menarik tentang Cendol Bakar Kuala Selangor ni? Aku ada 5 sebab kenapa aku kata cendol bakar ni terbaik :p

1. Ada drive thru :) Tak payah risau lau takda seat kosong. Just drive thru macam beli mekdi.


Tu dia kereta dok beratur

Sementara dok beratur, pilih menu Cendol Bakar... Slurrppp
 2. Cendol dia sedap. Kalau tak sedap, tak la seat penuh :p



3. Menu cendol yang pelbagai. Takda la rasa bosan. Lagi satu, kalau korang makan dine in, boleh REFILL PERCUMA !!!
Macam-macam cendol ada !

Masih xda seat kosong untuk aku :(
4. Yg ni memang menyentuh perasaan la sikit. Bagi aku owner gerai ni bagus. Untuk orang OKU (Kelainan Upaya) dan fakir miskin, boleh makan cendol bakar PERCUMA ! Cuma tunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat :) Payah aku nak jumpa gerai yang macam ni kat Malaysia.

Ada ke gerai yang berani pamer signboard makan percuma untuk OKU dan fakir miskin selain gerai cendol bakar ni ?

5. Cendol dia SEDAP ! Saje nak ulang skali lagi, nak highlight bagitau SEDAP :p


Ni cendol VVIP ye, cuma RM 2.50. SEDAPP !
Mula-mula tu aku beli satu je (takut tak sedap), tapi tak sampai 3 minit dah habes ! Menyesal tak beli lebih. Wawawawa.... Tapi takpe, lain kali aku pergi lagi :p

Kalau korang berjalan sekitar Kuala Selangor, jangan lupa singgah kejap. Makan kat situ ok, boleh REFILL sampai kembung secara PERCUMA !

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D