Sunday, March 18, 2012

Sibuk Tak Sempat Update Blog, Maaf :p


Mesti ada kawan2 blogger aku yang tertanya2 kenapa aku lama sangat tak update blog. Dalam hati korang mungkin ada yang kata aku da meninggal kot. Betul tak ? Hahahaha... Alhamdulillah aku masih bernafas lagi. Aku sibuk tak sempat update blog sebabnya tak lama lagi aku bakal menjadi seorang suami & pembimbing kepada seorang wanita. Jadi aku sibuk belajar sikit supaya aku tak lepas daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. :) 

Insyaallah 27hb April 2012 nanti aku akan diijabkabulkan dengan pilihan hati aku :) Tahun ni umur aku dah masuk 25 tahun, jadi aku ikut sunnah Rasulullah mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun. Doakan kebahagiaan aku ye kawan2 semua. Kepada kawan2 yang masih bujang, rancanglah kehidupan berkeluarga kerana Allah menjanjikan rezeki yang luas untuk mereka yang berumahtangga. Selain rezeki, kita pun boleh jauh daripada dosa2 kemaksiatan.

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat ke 32:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.



Oppsssssss.... Walaupun dah berstatus suami nanti, tak bermakna aku akan stop berblogging hehehe... Cuma kandungan blog aku ni aku nak ubah kepada yang lebih Islamik, kurangkan kandungan2 yang boleh bawak dosa. Sekurang-kurangnya kalau aku meninggal, ilmu yang disampaikan kat blog aku ni boleh jugak lah jadi pahala aku. Wallahualam...

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D