Sunday, March 18, 2012

Petua Murah Rezeki

Dalam tak sedar rupanya dah masuk pertengahan bulan Mac 2012. Penghujung tahun 2012 dulu aku pernah berazam untuk sentiasa update blog ni dengan macam2 benda.. Hehehe apakan daya jari jemari aku sentiasa sibuk dalam urusan seharian terutama dalam hal mencari rezeki.

Bekerja sebagai seorang Tafakul Consultant banyak cabarannya. Maklumlah produk Takaful ni ketika masih sihat, bakal pemegang sijil Takaful tak akan nampak kebaikan dan kelebihan memiliki pelan Takaful. Nanti satu hari apabila berlaku kemalangan, kecacatan, penyakit kritikal dan kematian, barulah sijil takaful yang dimiliki akan nampak cahaya sinarannya :) Takpelah walaupun banyak cabaran yang aku lalui dalam kerjaya sebagai Takaful Consultant, aku amat gembira dengan kerjaya ni kerana aku dapat membantu orang mengurus kewangan jika berlaku risiko dan rezeki yang aku dapat halal sebab tak perlu putar belit & kelentong bakal pemegang sijil takaful.
Berbalik kepada tajuk yang aku taip kat atas, selain berusaha mencari rezeki yang halal, ada beberapa petua yang ingin aku kongsikan bersama dalam mencari rezeki yang banyak. Antaranya ialah dengan melakukan Solat Sunat Dhuha. 

Solat Dhuha sebenarnya merupakan magnet rezeki yang akan menarik rezeki datang kepada kita. Tapi janganlah baru solat sekali dua dah mengharap rezeki yang menggunung. Pastikan kita tak tinggal solat 5 waktu yang wajib tu dulu. Kita juga perlulah istiqamah dalam melakukan Solat Dhuha. Maksud istiqamah ni ialah secara berterusan. Waktu yang afdal untuk Solat Dhuha, ialah antara pukul 8 pagi - 11 pagi. Ketika sujud terakhir Solat Dhuha, bacalah ayat ni sebanyak 3 kali :

Kemudian setelah selesai solat, bacalah doa mohon semoga Allah murahkan rezeki kita dan mencukupkan keperluan kita.

Kalau nak senang hafal, cuba korang dengar doa ni yang dinyanyikan oleh UNIC klik kat sini Doa Dhuha UNIC. Untuk panduan lengkap Solat Sunat Dhuha, korang boleh cari kat google ataupun beli la buku kat kedai. Jangan asyik nak free aje :P Sekali segala belanjakan harta korang untuk amal jariah dan ilmu yang bermanfaat, barulah subur rezeki korang. :)


Selain Solat Sunat Dhuha, boleh juga korang amalkan ayat 1000 Dinar. Pendek dan mudah nak hafal, tapi tak berapa ramai pun umat Islam yang nak amalkan. Sebaliknya sibuk dok buat perkara yang khurafat kononnya petua murah rezeki seperti berjumpa dukun, bomoh dan sebagainya. Mintaklah pada Allah, dia yang menguasai seluruh alam.


Selamat beramal :) Psssstttt, rezeki bukan kekayaan harta semata-mata, tapi luas pengertiannya termasuk jodoh yang baik, anak yang soleh dan kesihatan yang kekal berpanjangan.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D