Monday, March 26, 2012

Adakah Dia Benar-Benar Menyintaimu ?

Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya sesuatu yang sukar. Dalam memilih pasangan hidup juga, kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping 
mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan. Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.

"Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup anda yang sah.

Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati.

Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku. Dan ada pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang sesuatu yang tidak diduga:

1. Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan
alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata
dia,anda lah satu-satunya....woww

2. Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan
pujian, tetapi didalam hatinya anda adalah yang terbaik
dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr

3. Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau
mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau
panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu
yang buruk terjadi pada anda.

4. Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air
matanya di hadapan anda. Ketika anda cuba untuk
menghapuskan air matanya, anda telah menyentuh hatinya
dan hatinya selalu berdegup untuk anda.....sayunyaaa

5. Orang yang mencintai anda akan mengingat setiap kata
yang anda ucapkan, bahkan juga yang tidak disengajakan
dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada
waktunya....wowww

6. Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan
janji apa pun dengan mudah kerana dia tidak mahu
mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan
dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat
selamanya.....romantis nyerrrr

7. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati
tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda
tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap
mencintai anda.... bestnyerrr

8. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu
melafazkan 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana
segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan
adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya
mencintai anda......TQqqqqq

9. Orang yang mencintai anda selalunya berusaha
membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun
kadangkala caranya membingungkan.....betul tu!

10. Orang yang benar-benar mencintai anda akan membalut
hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan
setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan
anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa
menyakiti hatinya sendiri.....beruntungnya

Jika si dia yang merupakan teman hidup anda & tergolong dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata tentang sejauh mana dia menyintai anda, maka terimalah
dia seadanya. Bersyukurlah kerana dia kini telahpun menjadi milikmu.....

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D