Bulan Disember 2011 adalah bulan yang paling pack bagi sesetengah orang termasuklah aku. Penghujung tahun ni aku berkesempatan melawat ke Singapura. Lepas balik dari Singapura aku sempat singgah ke salah satu kedai 'mahal' di Kulaijaya, Johor. Kenapa aku panggil kedai 'mahal' ? Sebabnya barang-barang yang mahal atau premium aje yang ada jual kat sini. Nama tempatnya pun Johor Premium Outlet @ JPO. Aku datang saje je kat JPO, apa pun aku tak beli. Bagi aku kualiti kadang-kala bukan pada jenama atau harga, tapi pada kepandaian kita memilih sesuatu barang. Cehhh....
Sori la ye aku takde nak beli keychain atau goodies untuk korang, cuma aku bawak gambar-gambar je untuk korang santapkan mata korang. So lau korang plan nak cari outlet yang jual barang-barang premium dan ori, singgahlah ke JPO ! Jom ronda-ronda style jantan. Ronda style jantan senang je, tak serumit dan tak secerewet perempuan ronda-ronda. 10 minit selesai aku ronda satu JPO. Hahahahaha !
|
JPO dibuka setiap hari oh ! |
|
Mula-mula sampai shopping mall kita kena lah tengok direktori dulu ye |
|
Direktori JPO |
|
Outlet CK, bukan "Kelvin Ke Lain" yang cap ayam ek |
|
Lau hujan komfem korang basah lenjun sebab dia open air |
|
Ruang Parking Berbayar Yang Luas |
|
Kawalan keselamatan kat kawasan JPO semua ada senjata. Kat entrance guna pump gun |
|
Juga terdapat shuttle bas ke JPO |
|
Jangan risau lau tak cukup cash ! Bank ada, balai polis pun ada ! |
|
Kawasan Load & Refill perut |
|
Curik2 amek gambar budak ni hahahahaha |
|
Ko tengok tu harga pakaian yang tak cukup kain. Bukan main murah lagi ! Perghh.. |
Korang yang dapat bonus 5-6 bulan gaji tu meh la jengah perabih duit kat sini kejap jer. Hihihihihi . . .
Mercedes Benz E55 AMG AC Compressor
ReplyDeleteThis is my Good luck that I found your post which is according to my search and topic, I think you are a great blogger, thanks for helping me out from my problem..
thanks, i m just blogging for fun not more than that :p . Pay a visit to JPO !
ReplyDelete