Tuesday, December 27, 2011

Johor Premium Outlet

Bulan Disember 2011 adalah bulan yang paling pack bagi sesetengah orang termasuklah aku. Penghujung tahun ni aku berkesempatan melawat ke Singapura. Lepas balik dari Singapura aku sempat singgah ke salah satu kedai 'mahal' di Kulaijaya, Johor. Kenapa aku panggil kedai 'mahal' ? Sebabnya barang-barang yang mahal atau premium aje yang ada jual kat sini. Nama tempatnya pun Johor Premium Outlet @ JPO. Aku datang saje je kat JPO, apa pun aku tak beli. Bagi aku kualiti kadang-kala bukan pada jenama atau harga, tapi pada kepandaian kita memilih sesuatu barang. Cehhh....  

Sori la ye aku takde nak beli keychain atau goodies untuk korang, cuma aku bawak gambar-gambar je untuk korang santapkan mata korang. So lau korang plan nak cari outlet yang jual barang-barang premium dan ori, singgahlah ke JPO ! Jom ronda-ronda style jantan. Ronda style jantan senang je, tak serumit dan tak secerewet perempuan ronda-ronda. 10 minit selesai aku ronda satu JPO. Hahahahaha !

JPO dibuka setiap hari oh !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Mengutip Remis

Nah, inilah hasil kutipan petang nih.
Bila cuaca baik, mood baik maka aku akan ke tepi pantai kat pesisiran pantai Sabak Bernam untuk buat aktiviti kutip remis.

Remis, mungkin perkataan ni asing buat sesetengah orang. Termasuk la diri aku sendiri sebenarnya, pada awalnya aku memang tak tau ape benda remis tu. Tapi sebab aku tak tahu, aku pun pegi la menimba ilmu dengan orang yang tahu. :p

Remis adalah sejenis kerang lautan yang boleh didapati di pesisir pantai, bukan hanya terdapat di Pantai Remis. Huhuhuhu... Untuk mendapatkan remis ni, korang perlu beberapa peralatan asas iaitu:

► Periuk untuk korang isikan remis yang dah dikutip
► Senduk nasik untuk korek pasir laut. Bawak lebih pun takpa kot-kot senduk hanyut ada senduk spare ☺
► Kereta atau motor untuk korang pegi pantai dan balik ke rumah dengan cepat

Dah siap peralatan asas, korang kena pegi kat tepi pantai yang tak bape jauh dari ombak dia, kat kawasan pasir yang lembab. Kat kawasan tu, korang boleh mula mengorek guna senduk nasik tu. Korek lebih kurang sedalam 20cm pun dah memadai. Sambil dok korek tu perhatikan la ada tak jumpe remis. Kalau ada, cepat2 kutip masuk dalam periuk.

Remis yang korang dah kutip tu boleh la dibawa balik ke rumah. Ada orang cakap kat aku, remis ni sedap kalau masak sambal. Masalahnya aku duk bujang tak reti nak masak sambal² ni. Leceh. Jadi, apa yang aku buat, aku rebus remis tu dalam periuk. Kemudian lepas cangkerangnya terbukak, korang boleh lah makan isiniya tu dicicahkan sekali dengan sos cili maggi. Perghhhh FRESHHHHH beb rasa dia. Rasa dia tawar kalau korang rebus tanpa letak garam. Tapi tawar dia tetap mengenyangkan perut aku yang semakin membesar... Hahahahaha :D

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Azam Tahun 2012

Pejam celik pejam celik dah masuk penghujung tahun 2011. Tak lama lagi berlabuh lah tirai tahun 2011 dan terbitlah sinaran tahun baru 2012.

Sepanjang tahun 2011 ni ada jugak la beberapa kawan aku yang dok tanya kenapa la susah sangat aku nak update blog. Banyak benda dan perkara sebenarnya aku nak share kan kat blog ni. Bagi aku bila aku share secara bertulis di alam maya ni, ilmu yang secebis tu boleh berkembang tanpa ada sempadannya. Dan yang pasti, bila aku share, aku tak kan lupa apa yang aku dah learn & earn.

Tapi apalah daya aku seorang manusia yang mempunyai batas-batas tersendiri hehehehe. Bukan aku tak nak update blog pening kutu ni, tapi sebab aku manage 3 blog yang berbeza oleh tu kadang-kadang tak sempat nak berblog kat sini. Hahahaha... Maka dengan ini, aku declare azam baru tahun 2012 aku adalah untuk mengUPDATE blog ini dengan sewajarnya. Hehehe....

ERKKK...KORANG DAH PASANG AZAM BARU KE ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, December 16, 2011

Happy Toilet (Tandas Gembira)


Tandas Gembira ?? Ha macam tu la lebih kurang bunyinya. Cuba tengok logo atau simbol yang digunakan untuk menunjukkan tandas kat atas tu. Gembira kan ?? Hahahaha... Kalau rasa tak gembira, jangankan berak, kencing pun korang tak boleh ! Hanya orang yan gembira aja dibenarkan masuk ke tandas ni.


Tandas ni terdapat di City Square Mall Singapore. Siap ada star ranking lagi tandas dorang beb. So tandas gembira yang aku masuk tu diberi 4 bintang. Walaupun tandas yang aku masuk tu "Happy Toilet", tapi aku tak berapa happy ler sebabnya tandas di Singapore ni takde paip air untuk cebok atau istinjak. Hanya gulungan tisu aja yang ada. Tak de lah sempurna mana pun, bagi orang yang tak beristinjak, tandas ni sesuailah untuk mereka.

Sila bawa botol air sendiri apabila ingin ke tandas di Singapore. Lau tak bawak botol air, korang lap aje lah dengan tisu ye.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, December 7, 2011

Sisi Gelap Facebook

Siapa yang takda facebook ? Hampir 85% pelayar internet sekarang mempunyai akaun facebook. Facebook ni kononnya best, untuk hilangkan boring-boring katanya. Tapi dalam keghairahan korang login setiap hari, ada perkara-perkara yang tak pernah korang fikirkan. Yang korang tahu hanyalah BERSERONOK & BERSOSIAL ! Nah amek kau . . . . Share jangan tak share beb.


1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
2) Terlebih gambar
3) Penyamaran
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka.Tertekanlah suami serba salah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus