Saturday, July 23, 2011

Cara Nak Dapat Diskaun Broadband Celcom

Assalamualaikum. Macam yg korang tau aku ni pengguna setia  Celcom. Aku tak pakai MaxCis yang bagi aku cuma menghabiskan duit aku aje. Dulu aku sempat la pakai bil Maxcis, baru guna sebulan beratus bil aku padahal aku takde byk buat call out pun. Jadi dengan senang hati aku pun terminate aje MaxCis tu. Pakai Celcom lebih jimat, nak kol customer service pun FREE aje. Cuma dail 1111.

So mcm biasa la aku ni rajin kol customer service Celcom. Alkisahnya, dulu aku da buat manual configuration untuk Celcom broadband lepas aku complaint broadband aku lambat cam siput (artikel nak configuration manual ada aku tulis kat sini).

Tujuan aku kol customer service tu bukanlah aku nak complaint lagi yang broadband Celcom ni lembab, tapi aku kol untuk TERMINATE kan terus. Ganas tak ? Hahahaha... Entah macam mana, tetiba operator Celcom yang jawab kol aku tu buat counter offer.. Korang nak tau ape yg dorang counter offer kalau aku tak terminate broadband celcom aku tu ? Dorang offer aku diskaun 50% atas bil aku untuk 2 bulan. Taraaaa...


Aku amek pakej yg RM68 tiap bulan utk 3GB, so untuk 2 bulan berturut2 aku cuma bayar RM34 utk 3GB. So kira ni bulan kedua atau last aku terima diskaun 50%, aku pun ingat nak terminate broadband aku start Ogos ni, tapi tetiba tadi de masuk 1 msg dari Celcom yang buatkan aku TAK JADI terminate..Nah ko... 4GB dah sekarang broadband aku, FREE ikut caj bil lama! Celcom The Best (pomot & bodek) !!!

KORANG TANAK KE ???


Korang cuba la buat macam aku ni, untung2 dapat diskaun selama 2 bulan. Sapa nak bagi kan. Hehehe selamat mencuba

Thursday, July 21, 2011

Muka Orang Dalam Kopi





Selamat tengah hari semua. Seperti yang korang tau minum kopi ni banyak bagi khasiat kepada tubuh badan korang terutama kepada korang yang study. Minum kopi boleh buat korang tak tido malam so boleh la korang gaming study !

Sekarang ni aku bukan nak ajak korang minum kopi atau saja² nak belanja korang minum kopi (melainkan korang nak dengar aku citer pasal insurans / takaful :q ). Aku nak korang semua cari muke orang dalam gambar kopi kat atas ni bermula dari SEKARANG !

Tik...Tik....Tik....Tik.... Aku tengah kira masa ni... Jumpe tak ? Kalau tak jumpe takpe nanti aku tunjukkan jugak mane muke orang dalam gambar kopi kat atas.

Doktor menyimpulkan kalau korang mampu jugak muka orang tu dalam masa 3 saat, otak kanan korang berfungsi lebih maju dan bagus daripada orang lain.

Wei Mabuk Ker





Eh eh korang mabuk ker ? Jangan ketuk² monitor PC korang. Bukan benda tu yang rosak. Mata korang yang spero tu. Hahaha... Macam ni la rasanya bila pening kutu.. Korang nak tengok imej sebenar korang kenyit² kan sikit mata korang... Ha ada nampak tak ? Lawa kan...

Lagi kat gambar askar sniper ni ape yang korang ada nampak ? Tak nampak ape² ? Korang tak bertuah la maknanya tu... Nak tengok ape yg korang boleh nampak dalam gambar askar ni ? Ce korang tekan "CTRL + A".. Menarik tak ?

Kalau korang tengok gambar pak cik dua orang kat atas ni depan komputer, korang akan nampak pak cik sebelah kiri muka dalam keadaan marah manakala pak cik sebelah kanan pulak pak cik yang cool. Sekarang korang ce bangun, pegi jauh dalam 12 kaki dari monitor PC korang. Waaaa apa yang korang akan nampak, pak cik yang marah tadi sekarang dah cool, pak cik yang cool tadi dah  marah pulak..

Nak tau kenapa dia marah ? Sebab dia tengok korang tak buat keje !!!!!

Bas Sekolah Pergi Mana

Selamat pagi kepada korang yang suka curi masa bekerja untuk baca blog yang tak berfaedah. Waktu pagi² adalah waktu yang sesuai untuk korang panaskan kepala otak korang dengan soalan² mencabar sampai korang boleh pening kutu.

Kiri ke kanan ? Kanan ke kiri ?
Ok korang dah tengok kat atas ni ada gambar sebuah bas. Jadi, soalannya ke arah manakah bas kat atas pergi ? Ke kanan ke ? Atau ke kiri ?

Kira² 90% kanak² tadika berjaya menjawab soalan ni dengan betul, manakalaka 90% orang dewasa tidak mampu menjawab soalan ini. Maksudnya otak korang dah berkarat sebab korang dah malas nak fikir lagi hahahaha....

Ha teka la bas ni pergi kanan ke pergi kiri ? Tengok balik gambar bas tu betul² ... Kalau korang da giveup sangat klik baca lagi untuk jawapan (pemalas betol ah korang )

Wednesday, July 20, 2011

Ikan Sebelah

Korang pernah tak makan Ikan Sebelah ni ? Bagi korang yang tak pernah tau kewujudan Ikan Sebelah ni, rajin-rajin kan kaki korang ke pasar tani mahupun pasar malam. 

Ikan Sebelah ni dapat nama macam ni bukan sebab ikan ni digoreng oleh jiran rumah sebelah. Ikan Sebelah ni rupanya macam ikan biasa yang kita makan sebelahnya aje, baki sebelahnya lagi kita tak makan.
Ini adalah rupa Ikan Sebelah

Ikut yang aku dapat cari,  Ikan Sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga ke hari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam...

Sejauh mana kebenarannya aku tak dapat pastikan lah sbb aku ni rajin baca blog je...Malas baca buku....Korang yang ada fakta tolong betulkan la ye.....Wallahualam.. Tapi yg aku pasti, Ikan Sebelah ni sedap isinya... Nyyyummm Nyuuummm !

Gambar Lawak

Eh korang ni semua takde keje nak buat ke asyik dok bace blog orang aje. Kuang kuang....

Korang same je dengan gambar-gambar kat bawah ni... Takde keje !
Boleh la korang berkawan baik dengan diorang ye
(^_^)/"/

Anak dia kurang angin tu nak kasi tambah angin

Sukan Olimpik 2012 nanti

Iklan Pepsi Lemon

Macam biasa la adat orang meniaga macam-macam cara dorang guna untuk promot barang dorang. Terutama bagi yang buat Multi-level Marketing atau bisnes cari orang cari orang cari orang cari orang cari orang...... Bla...Bla....Bla.....

Korang penah minum Pepsi Lemon tak ? Penah tak tengok macam mana Pepsi promot perisa Pepsi Lemon dorang tu macam mana ? Kalau belum penah tengok, jom tengok. Kalau dah tengok, tekan klik pangkah je kat blog aku. Hahahahaha !