Monday, January 10, 2011

Ujian Keserasian Jodoh

Korang yang duk bace blog aku ni dah kawen ke belum ? Kalau dah, tak perlu la kot bace posting ni melainkan korang ada niat nak kawen lain. Hahahaha !

Bagi korang yang belum kawen lagi, korang boleh la amek ujian ni kalau korang nak bertunang dengan makwe / pakwe korang.

Aku da beli dah ebook Mas Kahwin Yang Hilang, bagus buku tu. Sangat sesuai untuk korang yang nak kawen tapi takde duit, macam kes aku la. Tapi kes aku lain sikit, aku nak kawen tapi takde calon dan takde duit. Kuang²..Untuk ujian ni, korang memerlukan blog sehelai kertas kosong bersaiz buku 555 dan sebatang pen.. Dah ready nak jawab?? 

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup korang tu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang korang yang mahu mengikatkan pertunangan tu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...jeng jeng jeng.....

(1) Adakah korang berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah korang berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang korang itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang korang itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri? 

(6) Adakah korang berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan korang dengannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan korang berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang korang itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang korang seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah korang sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang korang itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang korang itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang korang itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang korang itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah korang berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang korang itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang korang itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah korang sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan korang itu baik untuk korang?

Kalau tiap-tiap seorang dari korang berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan korang berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan korang sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.
Walau berapa pun jawapan yang korang dapat, bagi aku tak kisah lah. Jodoh itu rahsia Allah. Ujian ni cuma nak menguji sikit je, bukan mencerminkan keseluruhan perjalanan perkahwinan korang. Korang yang nak berkahwin tu buatlah pilihan yang terbaik ye, aku doakan semoga korang yang nak kawen berbahagia sampai ke cucu cicit. Lau korang blum ada duit lagi nak kawen, beli la ebook Mas Kahwin Yang Hilang untuk panduan korang kumpul duit. Ekekekeke :p Jom dapatkan buku tersebut ! http://www.Maskahwin.com/index.php?ref=peningkutu
P/s- Aku masih bujang lagi nih...
              

4 comments:

  1. xnk la pkhwinan smpai cucu cicit je...nk sampai akhir hayat....:)

    ReplyDelete
  2. wah... pening kutu da makin rancak bcerita pasal kawin ni nmpknyew.. sabor ye. thun dpn je. x lama dh. kudoakan smuge selamat semuanye ye sahabatku. kekeke

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D